Wednesday, December 24, 2008

Ayat dibawah aku ambik dari buku jangan bersedih dari Dr Badrul Amin Mahrom, tersentuh hati kalau dibaca dengan bersungguh-sungguh..bertapa banyak dosa yang telah kita buat pada mak ayag kita, pada orang lain dan dosa yang sengaja atau ketidak sengajaan...sesungguhnya ALLAH maha pengampun dan penerima taubat, sebelum nyawa kita di ambil oleh malaikat jibrail marilah kita sama-sama minta ampun dari ALLAH.



" Ya ALLAH, kami berlindung kepada-Mu daripada keresahan dan kesedihan. Kami berlindung kepada-Mu ya ALLAH daripada sifat lemah dan pemalas. Kami berlindung kepada-MU ya ALLAH daripada sifat penakut dan kedekut. Kami berlindung kepada Mu ya ALLAH dari beban hutan dan juga tekanan perasaan"


Ya ALLAH ya Tuhan kami, akhirnya kami memohon kepada-MU, jangan kau bebankan kami dengan dosa-dosa kami ya ALLAH. Ampunkan dosa kami Ya ALLAH. Ampunkan dosa kami Ya ALLAH ya ALLAH. Ampunkan dosa ayah dan ibu kami ya ALLAH. Itulah ayah yang telah banyak berkorban untuk kami. Itulah ibu yang telah mengandungkan, melahirkan kamu dengan penuh penderitaan. Ampunkanlah dosa ayah dan ibu kami yang masih hidup , apatah lagi yang telah meninggal dunia


Ampunkan dosa kami sebagai anak, Ya ALLAH. Kiranya selama ini kami pernah menyakiti hati mereka, kami pernah menguris perasaan meraka, kami pernah menghina mereka, kami pernah mengkhianati mereka, kami pernah mengecewakan mereka. Ya ALLAH, jangan Kau jadikan dosa itu belenggu di hati kami, penyebab kedukaan kami ya ALLAH. Lapangkanlah hati ini dengan Kau ampunkan segala dosa-dosa kami


Ampunkan dosa isteri dan anak-anak kami Ya ALLAH. Ampunkan dosa seluruh keluarga kami - abang, kakak, adik, makcik, pakcik kami. Ampunkan sahabat-sahabat kami. Ampunkan jiran tetangga kami. Ampunkan seluruh muslimin dan muslimat Ya ALLAH.

Angkatlah kedukaan ummat ini ya ALLAH. Angkatlah kesedihan ummat ini Ya ALLAH. Jadikanlah kesedihan ini suatu kebahagian. Menangkanlah umat Muhammad. Hentikanlah segala musibah. Hentikan segala bencana menimpa umat Muhammad. Menangkanlah umat ini Ya ALLAH, atas musuh-musuh kami. Hancurkan musyrikin kuffur. Hancurkan siapa saja Ya ALLAH yang ingin menghancurkan agama-Mu

Ya ALLAH, menangkan kami di dunia, menangkan kami di akhirat dengan syurga-Mu Ya ALLAH. Muliakan kami di dunia, muliakan kami di akhirat Ya ALLAH

Wednesday, December 17, 2008

Charger Laptop Aku Yang Rosak

Sedihnya beteri laptop aku da rosak, tuh yang macam malas jerk nak update blog nih, semalam aku pergi kemaman, kononnya nak beli charger baru la kan, pergi cari punya pergi cari ..aku pon pergi la tanya dia ada ke tidak charger jenis laptop aku nih, orang tuh pun call la tanya saper entah, dia cakap ada tapi kene tempah dulu, nak tak nak 2 m inggu baru sampai dan harga nya maunya dia cakap 200-300 mak aiii!! mahal nya dalam hati aku, biar tul kedai nih, nak tipu aku pun agak2 la sebab kawan aku pun baru gak beli charger laptop baru dalam RM 100 lebih jer, aku pun cakap tak aper la, lagi pun tak ada untuk sekarang...sema gak lari 2 minggu masuk belajar balik gak kan. So aku pun ke kedai lain plak, dia pun cakap ada..so aku cakap ler nak charger port nyer macam ni..aku ingat kan da betul la kan..so aku pun tanya la harga nyer berapa

berapa harga dia erk- 180
leh kurang lagi tak- kasi 160
boleh la aku jawab pon
tp kalau saya pasang kat laptop saya tak leh..saya datang balik tukar ya
ok..

so aku pun beli la charger tuh kan..lepas tuh aku, adik aku dan jugak mak sedara aku pun pergi la makan KFC, mak sedara aku belanja..belasah jerk la..lepas2 order semua..aku makan seketul jerk ayam.. aku pun tengok balik charger tuh, macam bukan jerk charger aku ni.aku cakap ler kat adik aku, rasanyer lubang kat port dia besar skit, ni yang beli ni kecik ler, x muat ler..sebab semalam sebelum aku beli aku da tgk charger laptop adik aku, kecik skit dan x muat kalau nak masuk laptop aku nih..so aku suruh ler adik aku tunggu kejap ngan mak sedara aku, aku pun belari balik pergi kedai tadi

salam bang..saya rasa nih bukan jenis laptop saya la...toukei kedai kot tgk..dia cakap yer la, ni bukan...salah sorang dari diaorg menyampuk..

awak try dulu, nnti kalau tak dapat awak datang balik tukar- umah saya jauh,bukannya dekat, kalau umah kat sini boleh la datang balik

umah awak kat mane-bukan kat kemaman,tp kat kerteh..30 minit plak nak datang sini

awak tengok la nih..yang ni beso yang ni kecik tak kan sama plak- bos dia suruh cari la charger lain yang sama ngan yang aku bawa kan..

rupanyer pekerja dia tuh..tgk power dia berapa..mmg la kebanyakkan charger beteri 240 aku da cakap tengok ler port dia beso mane..naik hangin gak ler ..sabo jerk ler dalam hati..hanya tuhan yang tahu..aku sorang dia 4 orang..heheeh

lepas dia cari2 x jumpa jenis charger laptop aku nak kan, aku pun cakap kat dia camni

maaf ler bukan salah saya..dan bukan saya tak nak beli..dah sebab tak der kan..so saya nak balik la duit saya erk..malu gak..hahah tp nak buat camner..kalau beli pun nak kasi saper charger tuh..

dia pun bagi balik ler duit aku..

sekrang ni da tak dapat update sangat blog..sebab charger me rosak..nanti da masuk belajar nak try cari kat melaka tak pun nak turun kL cari..

cedih2 terpaksa kuar duit lagi..huhuhu..sabo jerk la..da la sekarang ekonomi tak stabil..effect kat aku jugak upanya..hehehe

Friday, December 12, 2008

Hari Raya ke 4



Hari raya yang ke4...hahaha ada jugak ker raya yang ke4 erk..tapi yang pasti aku nak beraya gak, tak kira la ada ker tak ada, janji aku dapat beraya kan, hari raya ke 4 ni aku pergi dungun untuk hantar akak aku balik umah dia, sebelum pergi dungun macam biasa la..sempat ler bergambar skit-skit..suka beno kan aku bergambar kan..nak buat macam mane..da hobby kan nak buat macam mane..hehehe

Hari raya Ke-3





Hari raya ke 3 ni aku pergi jalan2 cari makan arr..so aku mak, abah, akak dan 2 anak buah aku pergi la kuala terengganu..bertolak da la lambat gak dalam lul 2 sampai sane dalam kul 4 baru la sampai Kuala Terengganu..ikut je la mak dan akak pergi jenjalan beli la aper2 yang patut kat sane. Kul 6 abah datang ambik balik dan mak suruh abah balik terus. tp abah nak pergi jumpa pak sedara sebab ada hal kerje..ni lah gambor2 yang dapat diambil masa ke sane.heheh maklum la kitaorg ni suka bergambar kan..so gambar ler yang diambik nya

Thursday, December 11, 2008

Selamat Hari Raya AdilAdha



Assalamualaikum pertama sekali me nak ucapkan selamat hari raya adiladha kepada semua, terutama kepada mak, abah, akak, abang,adik, kawan2, orang yang kenal dan orang yang tak kenal kalau ada silap..arap dimaafkan

Alhamdulilah hari raya tahun nih tak la hujan, sebab 2-3 hari sebelum hari raya adiladha hujan lebat sangat, hingga malam, pagi raya tuh bangun awal pagi sebab nak pergi sembanyang raya, bangun awal pun tp mandi lewat gak, mak dan akak aku duk siap tunggu da, tetapi aku jer lum siap lagi...Mak dan akak duk bising kat luar rumah sebab da jam 8 a.m, biasanya mak cakap kalau lewat nanti tak dapat solat adiladha plak, kelam kabut jugak la pagi tuh, kuar2 je umah, aku sorang je yang tak bawa sejadah..mak bising suruh pergi ambik sejadah dalam umah, sebab mak da sedia 3 sejadah untuk mak, akak dan juga aku, masuk2 mak cakap atas kerusi, aku pergi cari atas kerusi lain plak, tak jumpa la jawab nyer..aku cakap kat mak tak aper la nnti guna je la sejadah kat masjid , tiba2 kat masjid aku cakap kat akak orang pun tak ramai lagi, tadi beria sangat nak cepat sampai kan aku x sempat nk comei2..hehe..lepas solat adiladha aku pun balik umah, kemudiannya pergi umah jiran antar makanan. petang tuh abah baru balik dari Peneg..so hari raya tahun ni tak beraya ngan abah arr jawab nyer:(...SELAMAT HARI RAYA ADILADHA

Sunday, December 7, 2008

Cerita Sedih Sehari Hari Raya Adiladha

pagi ini aku bangun tido awal sangat, lepas sahaja solat subuh entah kenapa pagi ini mata memang tak mengantuk, so aku tengok lah citer kat tb berapa entah, tajuk citer tuh aku atau dia. Ok lah lepas dari tengok tuh ada plak call masuk..saper la pagi2 call aku nih, dia plak suruh aku teka saper dia, mane la aku nak tau saper dia tuh, karang salah teka susah plak, last-last dia bagi clue kat aku budak optimal(tempat aku prtical dulu) ehh saper plak nih, main2 plak dia ni, aku tanya lagi budak prtical ker, ehh tak adalah, aduh kene mikir lagi saper plak dia nih..last2 dia cakap jugak dia saper rupanya abg peja(satu ofis dengan dia la) dah setahun lebih aku dengan dia tak bertanya kabo, memang la dah aku tukar no tel kan, memang tak adalah no aku kan, sebab masa tukar no tel dulu aku lupa nak cakap kat dia, sembang punya la sembang, mak aku cakap ada orang cari aku, kawan aku, saper plak erk pagi2 macam ni pun ada orang cari, tapi time tuh tak adalah pagi sangat pun dah jam 10.00 pagi, dia suruh aku bersiap sebab jam 12.00 pm dia datang umah ambik aku bawa pergi ke kuala terengganu , aku kene jumpa jpj, aper plak salah aku kan sampai kene g kuala terengganu jumpa jpj nih, aku pun mandi, lepas aja mandi siap2 dan makan jap, lepas makan da nak kul 12 aku tunggu la orang ajar aku tuh nama dia kak ani, so tunggu kak ani tuh la datang ambik, letih jugak duk tunggu nih, kul 12.15 baru la dia datang. Dalam perjalanan ke Kuala Terengganu satu kemalangan telah berlaku, iaitu dekat jambatan kerteh, pajero jatuh dalam sungai sebab pajero tuh terbabas, aku pun macam nak tengok, tapi bukan aku yang bawa kete kan, kita penumpang jerk so tak yah la gatal-gatal nak nengok kan, kak ani cakap jom nengok accident jap, aku pun turun dari kerete dan mmg tak nampak pun pajero tuh sebab duk dalam sungai da..tenggelam..cedih pun ada gak..esok da la hari raya kan, dengar citer plak sorang terselamat dan sorang lagi masih dalam proses pencarian, keadaan bertambah rumit plak sebab tetiba hujan turun berserta ngan angin, nasib baik la aku turun dan duk bawah jambatan plak, ramai sangat orang yang nak tau perkembangan, sorang penyelam persendirian bersama penyelam bomba turun menyelam dalam sungai untuk mengesan pajero dan mencari seorg lagi mangsa yang ada dalam pajero tuh, dalam hati aku berdoa agar sorang lagi mangsa dijumpai, dari kul 12.30 sampai la jam 3.45 aku duk kat tempat accident, untuk ke terengganu jumpa jpj terpaksa la dibatalkan memandagkan hari pun hujan lebat gak, so kalau aku pergi pun mungkin akan beraya kat tepi jalan kot, sebab dengo kata air naik kat marang, berbalik kes kemalangan tadi, krenn pun datang la ngan jentera nya..penyelam dari kdrp ngan penyelam bomba masuk balik menyelam dalam sungai tuh untuk ikat tali kren supaya pajero tuh dapat naik keatas, masa kren angkat pajero tuh tetiba mayat sorang lagi kawannya ada di pintu belakang, orang ramai menjerit orang tuh..ada orang tuh..ada orang tuh, tetiba mayat tuh pun jatuh balik kedalam sungai, masa tuh pun aku geram jugak, sebab bomba duk tengok je, x der la nak g selamatkan mayat tuh dari hanyut..sedih nyer x terperi..menggigil jap tengok mayat nyer..dah nak kul 4 aku pun balik la..dalam keadaan ujan nyer dah la tak bawa payong..berlari2 ke kerete....semalam abg dan adik ku bercerita yang mak kepada mangsa bermimpi yang mayat anaknyer ada tersangkut pada batu, dan alhamdulilah pagi tadi adik ku cakap yang mayat anaknya telah dijumpa..

Friday, December 5, 2008

Aku Jual Sutera Terengganu

Saper-saper yang berminat untuk membeli sutera boleh lah membuat tempahan kepada saya antara jenis-jenis sutera adalah chifon,crick,sutera biasa dan lain-lain.. Sila buat tempahan di talian YM saya_comot atau email tudung_purple87@yahoo.com. Tempahan akan dihantar terus atau menggunakan perkhidmatan pos.

RM 140

RM 140

RM 140

RM 140
RM 220
RM 110

Manusia, Malaikat Dan Syaitan

Manusia - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu ...
Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini...awal lagi nie?.zzzzzzzz

Manusia - Nak makan, laparlah ??
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah...
Syaitan - Ahh, tak payahla... dah lapar ini !! mmm..sedapnyaaaa?.

Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat..
Syaitan - Ehh, panaslah, takde style langsung, nampak kampung!!!

Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat..
Syaitan - Ahhh?awal lagi?mmm..aaahh?suruh si X, punchkanlah?

Manusia - Azan sudah kedengaran...
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan - Baru pukul berapa... . rilex lah..awal lagi nieii?.

Manusia - Eh, eh... .tak boleh tengok ini, berdosa...
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan mengetahui !
Syaitan - Perggghh... best tu... . rugi ooo kalau tak tengok nie..

Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat - Wahai anak Adam:cegahla ia..
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantaklahh? .

Manusia - Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihatilah sesama kamu..
Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2... pandai2lah?

Manusia - aku telah berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu,sesungguhnya Allah Maha Pengampun. .
Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... lagipun muda hanya sekali....rugila... (kalau sempatla)

Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah,berpalinglah dari jalan itu ..
Syaitan - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu...Jomlahhh?.

Manusia ? Uuhhh?letihnya arini..tak solat lagi nieee?.
Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu...
Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku,kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan diakhirat (jangan mimpilah!) .

Thursday, December 4, 2008

jIKa aKU jATUh cINTa

Ya Muhaimin, jika aku jatuh cinta, jagalah hatiku padanya agar tidak melebihi cintaku pada-Mu

Ya Allah jika aku jatuh cinta,berikanlah kekuatan akal fikiran ku supaya tidak akan lupa kepada hukum-hukum -MU dan batansan-batasan pergaulan seorg perempuan ajnabi dan muhrimnya

Ya allah jika aku jatuh cinta,mekarkanlah sentiasa kasih sayang kepada ku
agar aku tidak terdorong kepada perbuatan engkau murkai

Ya allah jika aku jatuh cinta, jauhi aku dari sifat sombong dan angkuh kepada Mu dan jgn biarkan diriku diselipu dengan perasaan tersebut agar aku adalah manusia yang tau bersyukur dia atas kuniaan itu

Ya allah jika aku jatuh cinta, jgn lah hati ku berpaling dari mengingati Mu.dan aku berharap aku sentiasa menyebut nama mu dibibir ku..

Ya Rabbul Izzati jika aku rindu, halal kan rindu tersebut supaya aku aku tidak berada dalam golongan yang leka kepada Mu Ya Allah

Ya Allah jika aku rindu, rindukanlah aku pada kekasihmu yang melabuhkan cintanya melebihi cintanya kepada Ku.

Ya allah jika aku jatuh hati , jatuhkan lah hati ku pada insan yang tidak melupakan dirinyer kepada Mu Ya Allah agar dia tahu manfaatnya

Wednesday, December 3, 2008

pEriNGATaN kiTA uNTuK mATi

Wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBUSAYA, hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah yang mana kamu ada bawa bersama-sama dari dunia ini. Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat. Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah, dan bahawa senya Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah. Ingatlah wahai SAYA Bin IBU SAYA, apabila datang kepada kamu 2 orang malaikat sebagai wakil Tuhan yang menemui kamu, iaitu Mungkar dan Nakir, maka janganlah berasa gentar dan takut, janganlah kamu berdukacita dan risau serta janganlah kamu susah-hati dan terkejut. Ketahuilah wahai SAYA Bin IBUSAYA bahawasanya Mungkar dan Nakir itu hamba Allah Taala, sebagaimana kamu juga hamba Allah Taala. Apabila mereka menyuruh kamu duduk, mereka juga akan menyoal kamu. Mereka berkata:

Siapakah Tuhan kamu?
Siapakah Nabi kamu?
Apakah agama kamu?
Apakah kiblat kamu?
Siapakah saudara kamu?
Apakah pegangan iktikad kamu?
Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?

Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka dengan cermat dan sehabis-habis terang, tepat dan betul. Janganlah berasa gementar, janganlah cuak dan janganlah bergopoh-gapah, biarlah tenang dan berhati-hati. Hendaklah kamu jawab begini:

Allah Taala Tuhanku, Muhammad nabiku, Islam agamaku, kitab suci Al-Quran ikutanku, Baitullah itu kiblatku,malahan solah lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku. Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku, bahkan dari masa hidup hingga aku mati aku mengucap: "La ila ha illallah Muhammad dur rasulullah".

Wahai SAYA Bin IBU SAYA tetapkanlah hatimu, inilah dia suatu dugaan yang paling besar. Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal di dalam alam Barzakh, sehingga sampai satu masa kelak, kamu akan dibangunkan semula untuk berkumpul di Padang Mahsyar. Insaflah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawa senya mati ini adalah benar, soalan malaikat Mungkar dan Nakir di dalam kubur ini adalah benar, bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar, berkumpul dan berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar, dihisab dan dikira segala amalan kamu adalah benar, minum di kolam air nabi adalah benar, ada syurga dan neraka adalah benar. Bahawa senya hari Kiamat tetap akan adanya, begitu juga Tuhan yang maha berkuasa akan membangkitkan semula orang-orang yang di dalam kubur. Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah dan selamat tinggal kami disisi Allah Taala. Semoga Tuhan akan memberi sejahtera kepada kamu. Tuhan jua yang menetapkan hati kamu. Kami sekalian berdoa mudah-mudahan Allah Taala menjinakkan hati kamu yang liar, dan Allah menaruh belas kasihan kepada kamu yang berdagang seorang diri di dalam kubur ini. Mudah-mudahan Tuhan akan memberi keampunan dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala amal kebajikan kamu. Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon kepada Mu supaya tidak disiksa mayat ini dengan kemegahan penghulu kami Muhammad SAW. Subhana rabbika rabbil izati amma ya sifun wassallamu alal mursalinwalham dulillahi rabbil alamin. Al-Fatihah.. Setiap yang bernafas, Pasti akan Mati - "Kullu nafsin za iqatul maut" Firman Allah swt, "Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar berada di dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, yang ingat-mengingati supaya mentaati kebenaran, dan yang ingat-mengingati dengan kesabaran." Surah Al-A'sr Dari Abdullah bin 'Amr R.A, Rasulullah S.A.W bersabda: "Sampaikanlah pesanku walaupunpun satu ayat... " *"jika tidak dapat apa yang kita suka... belajarlah utk menyukai apa yang kita dapat..

Tuesday, December 2, 2008

1- sila la baca

Semua manusia ada membuat kesilapan termasuk la dengan diri aku yang hina ini, biasanya manusia ni x pernah sedar apa yang dia buat sebab terpengaruh dengan dek nafsu, teringat satu cerita pasal nafsu ini susah benar nafsu nak tunduk pada ALLAH sehingga la kali yang ke 3 klau tak silap baru la nafsu tunduk pada perintah ALLAH, biasanya nafsu kitayang membuatkan kita terjerumus untuk membuat kejahatan sebab kita leka, bab orang cakap yang senang itu la susah sangat orang nak buat contohnya solat la, bukan susah sangat pun nak buat kalau solat, tak ada la ambik masa sampai satu jam pun, kalau benda yang susah tuh senang sangat nak dibuatnya , ni la namanya manusia kan, dengan namanya manusia ini la macam-macam perangai kadang2 baik, dan kadang2 kurang baik( jahat la ) dan juga kadang2 manusia ni suka hipokrit( suka berlakon) . Manusia ini lahirkan sama sahaja, kalau kita faham,kita dijadikan dari setitik air mani, kemudiannya membentuk segumpul darah, kemudiannya membentuk seketul daging, pembentukan tulang dan seterusnya sehinggalah kita dilahirkan didunia ini kan, terfikirkah kita bertapa unik nya proses kelahiran kita , dan bertapa besarnya kekuasaan ALLAH S.W.T. Bab kata pepatah, bayi dilahirkan seperti kain putih yang bersih, yang mencorokkan nya adalah ibu bapa. Maka terpulang lah pada ibu bapa untuk mencorakkan samada untuk menjadi baik dan sebaliknya kan. Berbalik pada persoalan tadi kenapa manusia hari ini terlalu mengikut nafsu, nak salahkan ibu bapa tak boleh jugak, kadang2 mak abah kita dah bagi secukupnya ilmu, tetapi yang jadi masalahnya adalah diri kita juga kan, da memang salah kita 100% , sebab orang lain hanya boleh menjadi pendorong kita sahaja, nak salahkan persekitaran? kenapa kita memilih persekitaran yang sebegitu?, nak salahkan kawan? kenapa kita pilih kawan yang begitu? so memang salah kita, jangan ego sangat dengan hanya nak menyalahkan diri orang lain sahaja kan, pernah tak kita dengar lagu dari raihan, iman tak dapat dijual beli, iman tiada ditepian pantai, so memang iman kita lemah, sebab tuh la kita sering lalai dengan ikutan nasfu kita kan, apa yang penting kita kuatan iman, tingkat kan prestasi. Moga-moga kita menjadi insan yang boleh membuat orang lain kearah kebaikkan..insyallah

kEnaNGAn sEMiNAr sOFwarE eNGInEERiNG




Tetiba teringat kenangan semasa pergi seminar Sofware engineering kat hotel mane entah lupa la, tp kat melaka la. Kitaorang(ngan kawan-kawan) malas nak pergi seminar tuh sebenar nya sebab time tuh banyak projek yang belum disiapkan lagi, so seminar ni kitaorang pergi atas paksa la jugak, sebab untuk kos aku memang wajib pergi dan ada 2-3 kos lagi yang memang kene pergi lah, kalau kitaorg tak pergi kene potong markah, mana boleh beb nak tambah markah so kene la kitaorang pergi. Bas disediakan pada jam 7.15 pagi, bab bangun pagi la ni yang malas skit, nak-nak ari minggu kan, lene dek tido la jawab nya, macam gitu la nampak gaya nya kan, kitaorang bangun da la lewat, orang first bangun da kul 6.45, bilik air da la satu, so kene la mandi dalam 5 minit sorang, time aku mandi da kul 6.55, jadi aku mandi kerbau la(lebih kurang mandi lembu la) passtu siap2 mandi siap2 la nak pergi hotel kan kene la pakai lawa2, nasib baik semua baju kitaorg da gosok dari malam lagi, tak ada la kelam kabut sangat, walaupun serabut gak la pagi tuh. Lepas semua dah siap sama2 la nak pergi kat bas yang tunggu, tengok semua orang dah tak ada, memang comfim terlepas bas, dah la nak pergi hotel tuh kitaorang tak tau, dalam kabut2 tuh aini pun teringat la kat kawan yang kitaorang, aini call orang tuh dan tanya bas lalu tak kat belakang hostel kitaorang, nasib baik la bas belum terlepas dari hostel kitaorang lagi, alhamdulilah. kami pun berkejar2 ke belakang hostel, nasib baik la bas lalu kat situ kalau tak, tak tahu la kami kan..so masa seminar tuh plak dia cakap la pasal ERP dan SAP, kami pun dengar jer la apa yang dicakap kan walaupun aku tak paham mane apa yang disampaikan(ngantuk masa tuh, tak cukup tido) sempat la jugak ambik gambar dengan henset aini, sebab aku pakai henset murah je, me kasih aini sebab tolong ambik gambar aku masa time tuh sebab pagi tuh nak cepat2 terlupa bawa kamera. Ni la gambar kenangan semasa seminar tuh. ni gambar aini, hanim..gambar aku tiada...harap maklum..heheh :)

Monday, December 1, 2008

GaMBar LaGI




ni gambar yang akak aku tolong editkan(kak zura)..me kasih erk sebab editkan gambar ni..comei tul gambar yang kak ura editkan ni... cayang kamu..muahs

Sunday, November 30, 2008

aDaM aND dDriAna gAMBar TerBARu..














ni lah gambar anak buah aku terbaru..masih comel seperti dulu, adam da pandai bergambar da sekarang, bila orang nak ambik gambar jer, terus senyum..adriana suka sangat bila kitaorang suruh dia pakai tudung..

Friday, November 28, 2008

Baca demi kebaikan diri yang mudah lupa..

assalamualaikum saya ambik article ni dari email saya.

Bacalah sehingga habis, dan semoga bagi pengajaran kepada kita

Kita cuba mengingat ALLAH didalam MASJID pada hari Jumaat..
Mungkin malam JUMAAT?

Dan sewaktu solat MAGRIB SAJA?
Kita suka ALLAH pada masa kita sakit....
Dan sudah pasti waktu ada kematian...
Walaubagaimanapun kita tidak ada masa atau ruang untuk ALLAH waktu bekerja atau bermain?
Kerana..Kita merasakan diwaktu itu kita mampu dan sewajarnya mengurus sendiri tanpa bergantung padaNYA..

Semoga ALLAH mengampuni aku kerana menyangka..Bahawa nun di sana masih ada tempat dan waktu dimana ALLAH bukan lah yang paling utama dalam hidup ku. (nauzubillah)

Kita sepatutnya senantiasa mengenang akan segala yang telah DIA berikan kepada kita.
DIA telah memberikan segala-galanya kepada kita sebelum kita meminta. RENUNGKANLAH!

Sebarkan lah seandaianya ANDA BENAR-BENAR MENGHAYATI!!
Ya aku CINTA ALLAH!!
Dia adalah sumber kewujudanku dan Penyelamatku...
Allah yang mengerakkan ku setiap detik dan hari. TanpaNYA aku adalah HAMPAS yang tak berguna.
Ini adalah ujian yang mudah.
Kalau anda benar meyintai ALLAH dan tidak berasa malu akan segala kebaikan yang telah diberi ALLAH kepada mu...
Kirimkan kepada orang dan kepada pengirim anda.

Susah vs. Senang

Kenapa susah sangat nak sampaikan kebenaran?
Kenapa mengantuk dalam MASJID tetapi sebaik saja selesai ceramah kita segar kembali?

Kenapa mudah sekali membuang e-mail agama tetapi kita bangga mem "forward" kan email yang tak senonoh?
Hadiah yang paling istemewa yang pernah kita terima.

Solat adalah yang terbaik....
Tidak perlu bayaran , tetapi ganjaran lumayan.

Notes: Tidak kah melucukan betapa mudahnya bagi manusia TIDAK Beriman PADA ALLAH setelah itu hairan kenapakah dunia ini menjadi neraka bagi mereka.

Tidakkah melucukan bila seseorang berkata "AKU BERIMAN PADA ALLAH" TETAPI SENTIASA MENGIKUT SYAITAN. (who, by the way, also "believes" in ALLAH ).

Tidakkah melucukan bagaimana anda mampu hantar ribuan email lawak yang akhirnya tersebar bagai api yang tidak terkawal., tetapi bila anda hantar email mengenai ISLAM , ramai orang fikir 10 kali untuk berkongsi?

tidakkah melucukan bagaimana bila anda mula menghantar mesej ini anda tidak akan menghantar kepada semua rakan anda kerana memikirkan apa tanggapan mereka terhadap anda

Wednesday, November 26, 2008

Cinta hakiki ialah cinta oleh akal dan takqwa

Kereta diciptakan dengan kuasa untuk bergerak, tetapi pergerakannya perlu diatur dan dikawal. Begitulah cinta, ia adalah kuasa, tetapi kuasa itu memerlukan peraturan dan kawalan. Sebagaimana jasad memerlukan makanan, begitu juga halnya dengan jiwa yang memerlukan cinta. Allah menciptakan naluri tersebut kerana ingin menyelamatkan, membahagiakan dan mententeramkan jiwa manusia. Tetapi cinta sekarang banyak meruntuhkan erti kemanusiaan itu sendiri. Bukannya menyelamatkan tetapi merosakkan.
Hukum cinta perlu dipatuhi agar maksud penciptaanya tercapai. Cintailah sesiapapun, asalkan cinta itu dapat memberi lorong yang sebaik-baiknya untuk terus menyintai Allah. Cinta itu harus dibina diatas dasar cinta kepada Allah. Sebagai bukti, kita akan mendahulukan kehendak kecintaan kita kepada Allah melebihi kehendak kecintaan kita kepada yang lain. Cinta harus tumbuh atas dasar tapak yang murni yang selalunya didorong oleh faktor agama, akhlak, kewibawaan dan keperibadian yang baik. Dorongan dan rangsangan yang menyuburkan cinta ini tidak memerlukan kata-kata luahan yang indah, namun body language sudah cukup membuktikan betapa dalamnya cinta.
Kebiasaannya cinta yang suci akan membawa ke gerbang perkahwinan, untuk bercinta lagi dengan seribu keindahan. Bahkan jika diizinkan Allah, ia akan bersambung di akhirat. Suami yang soleh dan isteri yang solehah akan bercinta lagi di akhirat. Jikalau cinta seseorang itu benar-benar hanya kerana Allah, dia akan lebih khusyuk selalu dalm solatnya dan semakin bertambah pula amal ibadat dan ketakwaannya kepada Allah. Sebaliknya jika hubungannya dengan Allah semakin renggang dan mengarahkan dirinya melakukan perkaraperkara yang merugikan dan melalaikan. Itu ertinya Cinta Nafsu.
Cinta yang bersalut nafsu akan mudah diganggu oleh syaitan. Maka akan berlakulah zina hati dan mata. Orang yang sebegini sifatnya jikalau dia mengaku cintanya itu dibina atas dasar cinta kepada Allah jelaslah dia menipu dirinya sendiri. Mustahil boleh bersatu dua unsur yang berlainan dalan satu masa bagaimana sukarnya air dan minyak bercantum menjadi satu. Semangat itu perlu untuk menghidupkan perjuangan yang telah lama mati dalam diri.
Tetapi bukankah kita masih mempunyai Allah??? Bergantung sepenuhnya kepada Allah itulah sebaik-baiknya pilihan. Tiada usaha yang luar biasa dilakukan oleh pejuang-pejuang agama Allah untuk menegakkan kebenaran. Mereka menundukkan nafsu dan menguasainya. Perjuangan menegakkan kalimah Allah memang pahit. Tohmahan dan hinaan datang silih berganti. Namun syurga dan segala nikmatnya telah dijanjikan oleh Allah buat hamba-hambaNya yang bersabar.

Tingkatkan taqwa....cekalkan semangat...tabahkan hati.... jalan yang engkau lalui ini.... bukan setenang air di kali.......

pErinGAtAn uNtuK diRI aKu sENdiRI

ni bukan aku nak menyindir sapa2, ini adalah peringatan untuk diri ku juga...kadang-kadang aku pun tidak sedar apa yang telah aku buat, dan sama2 la kita memperingati diri kita

Nak kata dah kahwin,
rasanya belum lagi,
bila tanya bila nak kawin?
entahlah... .. x tau lagi... .

perangai mengalahkan org dah kawin
berkepit sana-sini,
padahal bukan muhrim,
ikut trend masa kini..heran... .
pegang tangan tak takut dosa ke,

berpeluk-pelukkan x tau malu ker,
tak kasihan mak bapak ker,
hantar suruh belajar / kejer kau buat leka...

nak kata tak belajar agama,
kecik-kecik mak bapak hantar,
sekarang nak salah siapa kalau buat dosa,
sendiri bangang coz x ikut apa yg diajar...

belajar tinggi sampai gayat,
tp tak amal sepanjang hayat,
islam tu kan penyelamat,
bila nak amal... . tunggu sampai jadi mayat ?..

sana sini buat wayang,
orang tengok naik bengang,
itu belum lagi rumput kat padang,
kalau idup sure kena terajang...

dulu masa single okey jer,
sekarang dah couple banyak lak dosa,
bila org tegur buat derk jer,
apa kulit dah tebal nak masuk neraka?...

bila kena tangkap khalwat,
buat muka jadi kelat,
malu mengalahkan ikan jelawat,
tambah muka penuh jerawat..

masa buat x tau malu,
ikut sangat telunjuk nafsu,
buat maksiat x segan silu,
sekarang lagu mana...
susu dah jadi keju..

suruh sembahyang... nanti..nanti..
boyfriend tepon terus pergi,
nak bersyukur atas nikmat allah x reti²,
boyfriend yg bg sekuntum bunga tulah dipuji²...

yang si mamat nie pun sama,
suruh gie masjid nak bawak girlfriend sama,
mana taknya dah berjanji hidup bersama,
sampai solat jumaat pun nak dikerjakan bersama

kesudahanya hari jumaat,
org solat jumaat,
dia bershopping bukan main ligat,

Peringatkan diri kita

Sememangnye di dalam Islam, mengingati kematian dan kehidupan selepas mati itu adalah sebahagian dari "motivation factor" kepada seseorang untuk menigkatkan keimanan, amal soleh dan mencegah &mengawal diri dari melakukan maksiat.Kita selalu di latih, dimotivasikan, dikursuskan, dibrainwashkan,dinasihatkan, disarankan, dan ada yang dipaksa untuk buat improvement untuk syarikat dan diri kita. dalam masa yang sama juga kita ada membuat personal OBJECTIVE dan TARGET dengan SCHEDULE yang lengkap.Umpamanya

1)Dari bujang -- kahwin No 1 ---- no.2 ----- DLL.

2)Daru pakai moto kap --- kancil -- wira --- Honda ---- seterusnye..

3)Badminton ----- Golf ----

4)Rumah sewa---- rumah murah ---rumah teres --- banglow...

5) technician ----supervisor ----- engineer --- manager...

6)Tv 14' --- 21" --- 29" ---- Home teather...

7)Sg Tekali --- Port dickson --- langkawi ---- Hadnyai --- bangkok..

8) Dalam semua segi kita nak kan perubahan kearah yang lebih baik danglamour...

9) mancing kat parit /longkang ---- sungai --- kolam (bayar punye) ----laut dalam (sewa bot mewah)......

TETAPI...KITA JUGA LUPA...SEMAKIN BANYAK KITA KECAPI KEJAYAAN, SEMAKIN HAMPIRLAH SAAT KEMATIANKITA....DITAKUTI SEMAKIN BERJAYA, KITA SEMAKIN LUPA, SEMUA YANG KITA DAPAT ADALAHPEMBERIAN TUHAN..."ON LOAN"...SETIAP KALI KITA BUAT ACTION PLAN ATAU BUAT REVISION, BERAPA BANYAK KAHKITA MASUKKAN ITEM ITEM YANG MEMBAWA KEARAH "PERSEDIAN UNTUK MATI "umpamanya"

1)tak sembahyang ---- pastikan sembahyang---jadikan amalan....

2)banyak maksiat ----- kurangkan ----- hapuskan...

3)Bangi ---- madinah ---- mekah---

4)sedekah RM1.00 ---- RM10.00 --- RM100.00/

5)sembahyang dirumah --- sembahyang di surau/mesjid....

6)5 jam sehari menonton TV ----- 3 jam TV & 2 jam majlis ILMU....

7)3 jam baca suratkabar/majallah/internet ----- 2 jam majallah/suratkhabar/internet & 1 jam membaca AL QURAN /selawat , zikir.

8)Apa apa aktiviti yang hasilnya adalah untuk AKHIRAT.

Tetapi apa yang banyak berlaku pada ZAMAN AKHIR ini ialah PERSONAL improvement banyak kepada kearah KEDUNIAAN SEMATA.Perkara berkaitan AKHIRAT slowly di ketepikan....

Contohnye:Kalau dulu rajin dan tak tinggal 5 waktu, tetapi beransur ansur........Kalau dulu tak kenal DANG DUT/KARAOKE... bila tuhan beri kenaikan pangkat &gaji lebih benda seperti ni dah jadi biasa...Macam macam lagi yang kita pun sedia maklum dan tahu... malah berlakudikalangan ahli keluarga kita, jiran, rakan rakan, DLL.

Jadi samalah kita membuat BALANCE ACTION PLAN, BALANCE OBJECTIVE & TARGET dan BALANCE IMPROVEMENT.Tuhan beri semua makhluk didunia ini 24 jam sehari, tiadalah seorang punyang mendapat kurang atau lebih barang sesaat pun...Tuhan juga memberi kita peluang untuk menggunakan masa yang ada untuk dimanafaatkan... dengan sebaik mungkin..Tuhan hanya mahu kita beramal selama lebih kurang 40~50 tahun demi untuk mendapat balasan Syurga untuk selamanya... infiniti...Semuga tuhan terus memberi kita petunjuk dan hidayah untuk kita berjaya didunia dan akhirat.

1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.

2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.

3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.

4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung disyurga mengikut ke hendakmereka.

5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung diudara tidak di bumi dantidak di langit sampai hari kiamat.

6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyakmisik.

7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka diseksaberserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat."Telah bersabda Rasullullah S.A.W: Tiga kelompok manusia yang akan dijabattangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-

1. Orang-orang yang mati syahid.

2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.

3. Orang berpuasa di hari Arafah.Sekian untuk ingatan kita bersama.Wassallam.

p/s: Kalau rajin.Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain.Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yangmengajarnya meskipun dia sudah mati

MeLAkA




Gambar ni aku ambik masa mak dan abah juga adik bongsu aku datang menghantar aku ke melaka..terima kasih abah dan mak.. tetiba teringat hari pendaftaran, sebelum pergi daftar malam tuh aku tido di K*NG H**** naik menyampah aku dengan pengurusan hotel tersebut, ada ker patut masa tuh da time subuh, aku bangun awal la kan, sebab nya nak mandi nak solat subuh, dan terus pergi buat pendaftaran..tetiba air dalam bilik air tiada, aku pun call operator bertanyakan kenapa air tiada, dia maklum kan aku dalam pukul 8 nanti akan ada air macam biasa sebabnyer hotel tersebut teleh buat penyelengaraan, tunggu dan punya la tunggu air tak ada jugak,aku ambik keputusan turun bawah dan bertanya face to face, mcm la berani sangat, tapi takut lewat la, hari first kan, si hawa ni 2-3 kali da duk sms, bertnya kan bila aku nak sampai, sian hawa masa tuh sensorg2..hehehe maaf ya hawa ada kesulitan yang tidak dapat dielakkan, semua sudah selesai abah ajak pergi makan pagi, aku hanya minum air tea o ais limau,hehe pagi2 pun minum ais limau, dan x makan, perut x terasa lapar, entah naper, selepas selesai makan pagi, abah terus bawa untuk pergi buat pendaftaran, rupa2 nya abah silap, dan aku jugak turut silap sebabnya telah pergi ke kempus induk, masa di pintu gard kempus induk tuh, abah bertanya kan tempat pendaftaran, rupa2 nya bukan kat situ, terpaksa pusing balik dan cari kempus industri, akhirnya jumpa jugak setelah beberapa kali abah bertanyakan orang dikawasan itu dan jumpa la kampus industri, selepas itu mak dan adik bongsu aku(amri) tunggu dalam kerete, abah temankan aku untuk buat pendaftaran, aku tengok dari jauh ramai jugak yang daftar untuk hari ini, tut2 aku lupa plak bawa pen, sebab sebelum aku daftar aku tukar beg, last2 sekali aku pergi beratur, bila time aku banyak plak org yang jaga kaunter tanya aku, aku da mula nervous dan tangan da mula ketar, sampaikan nak ambik sijil dan surat tawaran masa hulurkan pada orang yang bertugas di kaunter tersebut, mula terketar2, dan abg yang menjaga kaunter tuh perasan, dia cakap kamu dari diploma kan, nak ambik degree kenapa mesti takut, bukan dia makan org pun, memang la dia x makan aku, tapi soalan dia pelik membuatkan aku takut,ada ker dia tanya....
awak datang ngan saper-aku jawab la ngan abah mak dan adik

awak sampai sini bila-semalam da

awak orang mane-terengganu

mane mak ayah awak?- ada kat luar

saya nak tengok reslut spm awak?-nak tengok result spm kenapa?pelik gak

lepas dia da tanya aku macam2 dia tanya nama aku..
saper nama awak? nurbazlina awalludin ahmad

ooo nama awak tidak ada dalam ni pun, huhuhu boleh plak dia main2 gitu, dia cakap ker nama awak zaiti? khainizah?(nama kawan2 aku yang dapat satu kos) aku cakap tuh bukan nama saya, saya pun tak tau la kenapa nama saya tidak ada, yang pasti saya ada surat tawaran..ehehehe

passtu abang tuh cakap, dia sajer jerk la naik main2..main2 bertempat gak ..mentang2 la aku budak baru..da kene buli, tp kalau ingat kan kelakar gak tangan aku yang terketar2 abg tuh main sound jerk depan org ramai..hehehe dengan tidak bawa pen nya..aku cari idea mcm mane la aku nak tulis ni, kebetulan ada sorang budak cina, aku pun tego dia, dengan muka tak malu, kebetulan mak dia ada tepi aku tuh, dengan selamba badak aku tanya nama dia.

awak nama saper erk- aper entah nama, susah la nak type nama dia panjang sangt

awak dapat kos aper kat sini- pengkalan data

dulu awak belajar kat mane-stpm

awak orang mane-johor baharu
awak ada pen lebih tak?- ada
boleh saya pinjam tak?-boleh
kalau saya tak jumpa awak? awak bagi jer la pen ni kat saya yer?-ok boleh

akhirnya aku jumpa gak dia untuk kali yang keberapa entah, dan aku pulangkan balik pen nya..terima kasih kalau x silap nama dia ling sebab dalam time aku debor campur nya kelam kabut masih ada sudi tolong pinjamkan aku pen..sampailah sekarang bila aku jumpa ling lagi aku akan tegor dia dan senyum kat dia.

Tuesday, November 25, 2008

adam ajmal dan adriana khadeeja













Telefon...Telefon dah berbunyi......ade haiwan dalam bahaya....wonder pet2 kami datang utk bantu haiwan dalam kesusahan...aper yg penting kerja sama...ape yg penting kerja sama.....:D

khas untuk anak buah yang chumel...

eNJoY keJAp seBeLUm FiNaL..








Masa minggu study week pun dapat jugak kitaorg pergi hilangkan tension, tension la sangat kan, tapi macam gitu la nampak gaya nya, satu umah kitaorg pergi jalan2 cari makan(heheheh)kat Mahkota prade dan sekitar nya, kitaorg pergi la dekat bangunan bersejarah tuh apa entah nama nya lupa plak, aku, hanim dan hawa x naik kat atas, sebab da letih sangat, kenyang makan pizza pakwe mira belanja, cuma imah, zaiti ngan aini je naik atas, tunggu la kitaorg kat bawah ni, ada la sekumpulan org taiwan ambik gambor, termasuk la gambor kitaorg dia ambik bersama, dia cakap nak buat kenangan, glemour jugak kitaorg kan, hehehehe macam gitu la nampak gayanya kan. antara gambar-gambar menarik la yang kitaorg sempat ambik, entah la menarik ke tidak, bagi aku kiranya menarik la hehehe

aBis FiNaL

Alhamdulilah akhirnya dapat juga aku abiskan final aku. Last paper 16 haribulan, kawan2 lain sudah abis awal, cuma yang tinggal zaiti, aini dan aku je yang belum menghabiskan final, diaorg dapat enjoy 14 haribulan lagi, anim hawa ngan imah dan balik awal dah, tinggal la 3 orang lagi yang kene berjuang untuk menghabiskan paper last iaitu paper hubungan etnik, hari last aku dan kawan2 tumpang si bard. Mekasih ye bard sebab bagi aku dan juga kawan2 lain tumpang kereta kamu, kalau tidak pening jugak nak datang dengan siapa, sebab nya kat sana tidak tau nak solat kat mane, baru first time datang kat dewan pusat sukan, mane nak cari surau, bas plak awal, so dengan bard dapat la datang lewat skit..alhamdulilah lepas saje abis final 16 petang tu, terus balik, bukan balik kampung, tapi ke putrajaya dulu, sebabnya antar barang kat umah akak, duk umah akak sekajap n terus balik kampung.. bab org kata ujan emas dinegeri orang, ujan batu dinegeri kita, baik lagi dinegeri kita, macam tuh la lebih kurang nya, balik2 cuma tinggal mak ngan adik lelaki je, yang lain semua x der kat umah, abg mie keje ngan abah kat peneng, abang man kene keje sampai pagi, adik ah memang belajar kat poli, so tak ada sape2 la kat umah, tapi aper2 pun windunyer ngan umah, besh sangat balik kampung, kat umah pun tak tau nak buat aper cuti sebulan ni, teringat plak lesen yang tergendala, terus call kak ani(orang yang ajar kerete) dia cakap minggu depan baru boleh start belajar, kene la tunggu lagi nampak gaya nya, bila la lesen kete ngan moto siap agak nya, da lama belajar tapi tak abis2, harap2 dapat la lesen ngan jaya nya..insyallah..

Monday, July 14, 2008

.: seDihNYa... :.

dapat pun nngis..x dapat pun ak nngis...entah la... awl bangun ari nih..sbab bangun awal..nak pergi belajar kete.. tetiba ada plak msg masuk ckap x jadi belajar kete pagi.. dia cakap petang dia nak ajar ..ok jugak leh la sambung tido lagi.. hehehe...passtu da x leh tido..bangun la... bangun2 dengan x basuh muka nyer terus g ngadap pc... bukan chatting ...tp nak check result rayuan upu kuar ker x.. tgk2 x der....dia cakap kuar kul 12 tgh hari nnti.. ok la kan...x per la..kemas2 umah dulu... lepas siap kemas umah...tgk surat kabo jap...pass siiap tuh duk ngadap lagi pc...cari2..kuar ker x lg rayuan tuh...x der lagi.. ok la..sambil2 duk situ ada la satu messsage masuk..dia cakap rayuan dia x dapat..dia tnya dapat ker x?..me pun cakap x tau la...lum nngok lagi..tp tgk kat tenet x jugak ada...passtu tnya la kawan yang da check tuh..camner dia nngok kan upanyer dia taip UPU NO/IC dan hantar kan ke 32020.....ingtkan malas la nak check guna sms..tp abah suruh jugak check..tetiba dapat plak messge...tahniah anda berjaya...x tergambar nyer perasaan masa tuh gembira giler..passtu g dapur cakap kat mak dapat alhamdulilah...masa tuh mak ngah masukkan kueh tart dalam plastik..terketar2 tangan ..abah cakap x per la.. x yah bt..g tnya kawan2 lain dapat ker x...call la kawan2..sedihnyer kawan baik me jugak x dapat..call lagi sorg kawan..alhamdulilah dia dapat satu kos n satu u ngan me..alhamdulilah..ada jugak kawan rupanyer.. byk plak ari ni msg masuk bertanya kan dapat ker x.... me call adik me..akak me..diaorg cakap tahniah la... tp dalam tahniah2 tuh me nngis...sebab nyer jauh tuh...plak tuh ari jumaat ni kenduri sepupu me..me x leh g plak..sedih la jugak kan.. mesti ramai saudara datang umah nnti ari khamis..tp mak ngan abah x der plak ...nak bt camner..me mesti la nak suruh mak n abah g antr.. sedih ma.. x pernah berpisah jauh pun ngan family.. biasa nyer dekat ngan ganu jerk... ni ambil masa dalam sehari gak tuk sampai sane.. passni kalau da tertinggal barang ..da x leh balik da mak cakap...bukan mcm dulu kalau tertinggal boleh balik umah... sedih la..sebabnyer ari rabu nih da nak kene g.. khamis tuh kene lapor diri da.. ok la nak g uruskan kerje yang lum selesai..

Sunday, July 13, 2008

.: Surat Dari Seorang Ibu Kepada Seorang Anak :.

assalamualaikum...
teringt plak kisah citer pasal surat dari seorang ibu kepada anak.. da lama da bca citer nih..rasa nak kongsi citer nih... bt pengajaran.. arap2 kita x jadi anak yang macam ni.. insyallah........

Pernah tak korang terfikir..atau pun terlintas kat fikiran korang yang ibu korang mungkin tahu segala perkara yang korang buat..? Tak kiralah time korang buat kebaikan ke, kejahatan ke.. pernah tak terlintas kat kepala korang? sebab baru2 ni, aku terjumpe sebuah surat surat dari seorang ibu kepada anak perempuannye. Surat lace tu buat aku terfikir.. walau macam mana pun korang cuba nak sembunyikan kelakuan korang, tuhan somehow akan bagi petunjuk kat ibu korang.. ibu korang akan dapat tahu jugak.. Cuma persoalannye bile je.. ni isi kandungan lace surat tu! "Anakku.., Ibu tak tahu nak mulakan dari mana dulu. Ini semua akan mengganggu pelajaran kamu tapi ibu terpaksa luahkan juga. Sudah menjadi tanggungjawab seorang ibu untuk membetulkan kesalahan dan kesilapan yang dilakukan oleh anak-anaknya.. Anakku yang dikasihi.. Tergamak kamu menipu ibu kamu yang polos ini. Inikah balasan yang diberikan atas segala pengorbanan ibu terhadap kamu. Telahan yang sentiasa bermain difikiran, setiap kali kamu meminta izin untuk tidur di rumah kawan2 rupa2nya benar terjadi. Kamu mengambil kesempatan tidur bersama dengan teman lelaki. Kamu menghampiri zina dan membuat zina. Apa lagi yang ada pada seorang gadis kalau maruah tak pandai dijaga. Ingatlah rupa paras yang hodoh boleh dihiasi dengan perangai yang baik. Perangai yang buruk boleh diubah sepuluh kali dalam sehari. Semalam semasa di dalam kereta kamu menyebut jijik dengan kawan kamu, habis ibu tak jijik ke dengan perangai kamu itu. Kamu kata kamu sayangkan ibu dan ayah tapi kamu heret kami berdua dalam neraka kerana tak pandai mendidik kamu. Apa yang perlu ibu jawab dengan nenek kamu. Dia ada telefon ibu tanya apa cerita dengan kamu?dia ada terdengar perbualan kamu dengan teman lelaki kamu. Apa yang telah dia dengar? Kamu fikirlah sendiri. Kamu jangan nak tipu ibu, ibu ada semua bukti pengakuan dari kamu sendiri. Betapa berat hati untuk melepaskan kamu belajar jauh2 ni. Dekat dengan keluarga pun kamu boleh melakukannya apatah lagi jauh. Boleh tak kamu berjanji dengan ibu yang kamu tak akan ulangi lagi perkara yang tak elok tu. Janganlah lagi ambil peluang atas kepercayaan yang ibu berikan pada kamu. Cukuplah kamu ego dapat katakan yang kamu dapat bohongi ibu dengan senang aja. Betapa sedih rasanya ditipu oleh anak ibu sendiri. Ibu rasa macam nak gila memikirkan ada juga salah seorang anak ibu yang liar perangainya. Depan nampak alim tapi tewas dengan hawa nafsu sendiri. Ibu nak tahu apa slh ibu dan ayah, sehingga kamu sanggup buat semua itu. Sekarang ibu mahu kamu buat pedoman di hari muka, apa yang kamu cari pada budak yang suka merosakkan anak gadis orang, hisap rokok, berjudi. Kemana perginya akal cerdik kamu dalam soal ini. Jangan gunakan akal yang cerdik itu untuk mencari helah menipu ibu. Bertaubatlah sebelum terlambat. Nasihat ibu, lupakanlah semua itu. Anggaplah titik hitam itu sebagai pengajaran dalam mengenal liku2 kehidupan. Ibu mahu lupakan segala2nya. Mulakan hidup yang baru. Jangan ulangi lagi. Ibu mahu kamu teruskan belajar-kejar cita2. lupakan soal cinta. Cinta adalah pemusnah. *kalau tak mahu diketahui kawan2, musnahkan surat ini. Kalau tidak akan terjadilah macammana ibu tahu cerita kamu.. Sayang, Ibu mu!' Hem!. So how!? Maybe surat ni surat biasa je bagi sesetengah pihak.. tapi kalau kite hyatinya, mesti kite dapat rase penderitaan ibu tu kan! Dari isi kandungan surat lace ni, aku dapat simpulkan yang anak seorang ibu ni selalu je bermalam kat luar. Kire over nite r. Cakap nak tido uma kengkawan tapi dibantainye tido uma pakwe n buat maksiat.. oleh itu aku seru sume anak2 kat luar , jagalah diri masing2. jagalah maruah korang n maruah parent korang..

Akhir kata,jangan heret mak dan ayah kite yang dah banyak berjasa kat kite ke neraka!

Wednesday, July 9, 2008

.: erti persahabatan :.




Dalam dunia ini, kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri.. tetapi dalam kita bersendiri, kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita.Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat,begitu juga dia. Tetapi kita sering terlupa akan hal itu. Kita cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita.
Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya. Kita tidak memberi dia peluang untuk menerang keadaannya. Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri. Kita terlupa, kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti.... kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati. Kita beri beribu alasan, 'memaksa' dia menerima alasan kita. Waktu itu, terfikirkah kita tentang perasaannya??? Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa....tetapi kita sering terlupa.
Untungnya mempunyai seorang kawan yang sentiasa di sisi kita pada waktu kita memerlukan dia. Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan, harapan dan impian kita luahkan, dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah.
Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang diri kita hingga kadang-kadang terlupa kawan kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita. Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya?
Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita? Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya? Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya seperti mana dia meniup semangat setiap kali kita merasa kecewa dan menyerah kalah? Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah? Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan?
Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita. Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan, kerana dia juga seorang manusia;dia juga ada rasa takut, ada rasa...bimbang, sedih dan kecewa.
Dia juga ada kelemahan dan dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan. Jadilah kita kawannya itu. Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka. Disebalik senyumannya itu, mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan,disebalik kesenangannya, mungkin tersimpan seribu kekalutan, kita tidak tahu.......tetapi jika kita cuba jadi sahabat seperti dia, mungkin kita akan tahu.
Renungilah.......

.: Persoalan Hidup Seorang Manusia, Kenapa ? :.

KENAPA AKU DIUJI?
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta." -Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, pada hal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." -Surah Al-Baqarah ayat 216

KENAPA SUSAH SANGAT UJIAN INI?
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." -Surah Al-Baqarah ayat 286

RASA FRUST? TENSION? LEMAH SEMANGAT?
"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman." - Surah Al-Imran ayat 139

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah- daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya,kamu berjaya (mencapai kemenangan)." -Surah Al-Imran ayat 200
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" -Surah Al-Baqarah ayat 45

APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
"Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... .. -Surah At-Taubah ayat 111

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." -Surah At-Taubah ayat 129

ARGHHH AKU TAK TAHAN!!! AKU DAH BOSAN!!
"... .. dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir." -Surah Yusuf ayat 12

.: my litle brother .:












heheh ni pasal adik lelaki me..sian plak dia...dia cakap gmbr dia x der pun dalam blog me..
hehehe bukan nyer me x nk letak gmbr dia pun... dia cakap letak la gambar dia gak dalam blog me..senang nnti kawan2 dia nak kenal dia..hahahha. ni lah adik me paling bongsu..tp kan bongsu2 jugak..dia beso dari me..ehehhe..aper2 pun dik..akak kamu da penuhi impian kamu..untuk masukkan gambar kamu dalam blog nih..nnti invite kawan2 suruh baca erk;)) dik ku cayang...belajar rajin2 erk..ingt adik yang bongsu..so adik kene berjaya dari org lain..tahun depan da pmr..belajar tul2..akak kamu mendoakan kamu semoga kamu berjaya dalam hidup..insyallah..tp alhamdulilah tahniah atas diri kamu..kamu da mula tidak tinggal solat..
alhamdulilah..mcm tuh..ingt pesan mak....org yang da mati tuh..meronta2 suruh dihidupkan balik..nak buat amal kat dunia..so kita yang masih hidup ni...jangan lupa pada ALLAH k..
ok dik......nnti kalau ada masa nnti tulis lagi pasal adik erk..
CAYANG KAMU DUNIA AKHIRAT...
muahh...








.: wanita ibarat epal :.


Epal yg tak berkualiti mmg mudah diperolehi Kerana ia berguguran ditanah… Tapi epal yg mampu dibeli…berada dipuncak… Susah dipetik…susah digapai… Terkadang epal itu risau…kenapa diriku belum dipetik… Lantas ia merendahkan mertabatnya dan mengugurkan dirinya… Menyembah tanah…sedangkan ia sebenarnya telah Allah jadikan… Begitu tinggi mertabatnya…sehingga tiada siapa yang berani… Memetiknya…Hanya pemuda yg benar2 hebat…sahaja yang mampu… Mungkin bukan di dunia…tapi akhirat…biarlah jodoh bukan didunia… Asalkan cinta ilahi mengiringi....


Dalam hidup ini kita selalu memikirkan bahawa kita boleh hidup tanpa sesiapa di sisi kita.. tapi kenyataanya.. kita memang memerlukan seseorang untuk mendorong kita menempuhi liku-liku kehidupan.. hargailah seseorang itu.. jika dia masih setia di sisi kita.. kerana jika dia pergi.. belum tentu lagi ada orang lain yg mampu menemani kita sepertinya.. kasih sayang ibarat sepohon pokok yang perlu di jaga, di baja dan di sirami supaya ia sentiasa tumbuh dan hidup.. subur

.: solat subuh :.


Solat Subuh!

Kayu pengukur salehnya seorang manusia dalam menjalankan ajaran agama ialah solat Subuh secara berjemaah. Sebab, solat Subuh waktunya tepat pada masa rehat setelah berjaga malam.
Jikalau saudara ingin tahu soleh tidaknya seseorang, perhatikanlah bagaimana solat Subuhnya. Apa yang kita perhatikan, memang ramai orang meninggalkan solat Subuh. Mereka tidak mengambil berat tentangnya dan tidak pula rasa bersalah di atas apa yang mereka lakukan, sebab hati mereka sudah mati.
Mendakwa diri sebagai orang yang beragama dan bertaqwa memang mudah. Namun demikian, ukuran sebenar bukanlah pengakuan mulut, sebaliknya membuktikan dengan amalan. Apabila saudara melihat seseorang mengerjakan solat lima waktu secara berjemaah, berhati-hati dalam berbicara, takut kepada Tuhannya dan menyesal di atas dosa kesilapannya, inilah dia orangnya yang diharap dan dijanjikan mendapat balasan yang baik.
Orang yang meninggalkan solat, kagum dengan diri sendiri dan tidak mahu mengakui kesilapan, adalah orang yang tidak boleh diterima pengakuannya bahawa dia adalah orang beragama dan bertaqwa. Dia termasuk dalam golongan orang-orang yang sangat rugi. Kita selalu melihat orang yang nampak seperti beragama dan baik, tetapi apabila masuk waktu Subuh, syaitan dan hawa nafsu menguasai diri, sehingga tidak hadir solat berjemaah. Dia bukanlah orang yang benar-benar beragama, dan kepercayaan saudara-saudaranya yang beriman pun luntur.
Usah memuji dan usah menyucikan sesiapapun. Amalan dan akhlaknya sendirilah yang akan memuji dan menyucikannya. Kita sudah jemu memuji mereka yang selalu mengaku bahawa mereka mengamalkan ajaran Islam, tetapi dalam bab sembahyang berjemaah, berkata benar, menepati janji dan menunaikan kewajipan, mereka gagal merealisasikannya.
(Amat besar kebenciannya di sisi Allah apabila kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya.)Al-Saf : 3 Petikan Daripada: Hakaza Haddathana al-Zaman (Beginilah Zaman Mengajar Kita) Oleh Dr. 'Aid Abdullah al-Qarni)

.: penat nyer ari nih :.

sakit pale..semua ada...nak muntah la..
pening pale sangat ari ni..
tuh la..mcm mlas jerk ambik lesen ni..
nyampah tul la..
benci........
tp kalau x ambik..sampai bila la ak x pndai kan..
x per la nak bt camner lagi kan..
td cikgu ak cakap kul 8 da nak g..
bukan kul 8 ak tunggu...kul 7.45 da siap nngu da..
tut2..tup2 x datang lagi..
aper la ..janji melayu tul..
kalau nak janji bt la janji org puteh ker..x pun org itam ker..
letih ak nunggu..
ak pun call la..takut gak karang tinggal plak ak..
heheh leh plak dia cakap baru mandi..
aper da..
15 minit da lewat..
aingt kan belajar kat situ2 jerk...
aduii dibawaknyer ak sampai ker dungun..
da la jauh..
penat ma..
lepas tunggu tunggu turn plak...
kul 1 lebih baru turn ak..
da la x tau aper2 pun pasal kete nih...
disuruhnyer ak bawa kete..
haha ngan sengeh2 ak tuh..
ak jawab saya x pernah lg bawa kete..
so mmg x tau aper2 la jawabnyer..
dia ajar la ak main gear..
ok la..boleh la lepas da satu ujian..
dia suruh bawa kete..ak pun bawa la..
dalam hati yakin leh bt ..sebab org lain leh bt
naper plak x aku kan..
so dia cakap dia lapo..
ak cakap g la makan..aku nemankan dia..
dia cakap x yah...
dia suruh ak naik kete sorg2..
wuawaawa..
takutnyer ak...
tp org da suruh..lantak ler..bawa la jugak kete tuh
nasib baik la kete tuh jalan
hahaha...
tp kelakarnyer ak rasa naik kete cam x naik kete plak..
tp walaupun kejap.. sakit pale la rasa..
da la minggu air nesscafe kat situ manis..
balik umah da kul 2.38..
terus jerk makan ..sebab lapo sangt..
hehehe..
passtu mandi sebab tuk elak sakit pale..
tuh la pengalama paling letih untuk ari nih kot..
hehehe...
aper2 pun ak tetap kene belajar jugak.......
x abis ngan ujian ..ada ujian lg..
letih ma...

Tuesday, July 8, 2008

.: g chemerong :.














ni gambar air terjun dari jauh...





Monday, July 7, 2008

.:anak buah yang paling me cayang:.







ni la 2 org anak buah yang paling me cayang sekali..



sorg nama mohammad adam ajmal..



dan sorg lagi nama adriana khadeeja...





































.:for my litle sister:.


for adik me..happy belated berday 5 july ....
semoga panjang umo murah rezeki..
belajar elok2 erk..
pastikan pointer tuh tinggi dari me k..
kita fight dua...
jgn la asyik ngah couple jerk..
ingt pesan mak abah...
belajar la sungguh2...
jgn bercinta pelajaran kemana..
hahaha..
org lain kali tgk la cam akak ni..
x der couple pun still leh hidup..
hahaha..
nak tnya adik ku cayang ni..aper yang besh sangt erk pasal cinta nih..
hahaha..
tp kelakar gak korang berdua...
hehehe kalau ada masalah..mesti pakwe hang tuh call me..
hahah aper da.
cuba hargai orang yang dah suka kat kita..
jgn mainkan perasaan dia..
me tau..dia mmg suka giler2 kat kamu..
hehehe......
besh la kamu..selalu dapat hadiah dari si dia..
:( me x der org nak kasi pun
hahaha..
x per la..
hope berbahagia selalu kemana kamu pergi..
cinta2 jugak..tp akhirat jgn lupa..
no pegang2.. k..
terapkan dalam diri cam tuh...
no naik moto ..
ingt.. ALLAH selalu..
sesungguhnya...ALLAH lihat setiap perbuatan kita k..

hiasi diri..pelihara peribadi..passtu hdup akan hapi...

HAPY BELATED BERDAY K...
CAYANG KAMU DUNIA AKHIRAT
muahhh..........

.:friend forever:.

huhu...tetiba teringat kat kawan2 satu umah dulu.

bahagianyer masa tuh...kita sama2 borak2..petang2 main badminton..
besah sangt msa tuh kan..
kita kuar makan ramai kan..
kita ngumpat sama2..
kita tido sama..
kita study sama..
ingt lagi kita kongsi meggi ramai2..
makan ramai plak tuh masa tuh kan..
bila la entah nyer kita dapat camtuh nyer lagi kan
besh sangt time tuh kan..
kenangan sama korang la..
masak sama2..
hehehe...time masak kene masak jerk aper3 kan..
kadang2 lauk sama..
tp berselera plak kita makan kan..
indahnyer kaan masa tuh..
windu kat korang..
windu sanagt..
entah la bila kita dapat jumpa lagi kan..
ingt lagi ari last perpisahan kita..kita janji nak jumpa 5 tahun dari sekrg..
so tahun 2013...kita janji 7 july kan...kalau x silap jatuh ari sabtu...insyallah
jika ada pertemuan..jumpa la kita lagi kan..