Tuesday, January 27, 2009

Selamat Hari Lahir


















semalam genap la aku 22 tahun, da besar rupanya erk, cepatnya masa berlalu kan, tahun ni 26 januari jatuh pada hari isnin, hari raya cina dan gerhana matahari, tak sangka plak kan..time kasih kat kenkawan, family sebab wish berday me erk..thnks bebanyak, tak tahan tuh ramai org ingt berday me 21..pelik gak kan..tuh adalah ucapan paling awal.heheh saper la agaknya boleh tersalah plak..awal jugak terima pada jam 12.35 tgh hari 25 januari, dia wish awal sebab dia takut lupa dan dak tuh nak g kursus, me berterima kasih jugak la sebab ingat..thnks juga pada eneiy..kul 10.35 pm 25 januari..me kasih sebab wish awal..katanya nak tido, takut tertido tak sempat nak wish..aper2 pon thnks eneiy erk..time kasih kat kawan2 satu umah..zaiti, hawa, aini, hanim..huhu anim ko lah org yang paling wish kat aku 27 januari petang tadi baru ko wish erk..heheh mesti kes lupa ni..aper-aper pon terima kasih..imah aku sedih ko langsung tak ingat erk..x per la..Dak2 umah dulu lagi la..sorang pon x wish..mira..niza..roslina..sedih nyer ingt korang da lupa berday aku..tapi tak per la kan..maybe tak ada kredit, atau pun korang terlalu bz kan..dan kepada semua kawan2 aku, mimie.. azie..shahrawadillah..idzwan suhaimi..pge...man..eniy..aini..hanim..hawa..zaiti..zeary dan saper2 yang aku terlupa nak cakap nama nya..terima kasih banyak-banyak hope allah bless u k..

Saturday, January 24, 2009

Pesta Cahaya









Hari sabtu malam minggu lepas kitaorg pergi pesta cahaya, saja je pergi sane nak lepas tension, patutnyer kene turun kul 6.30 petang, sebab ada org cakap bas ada lepas magrib dalam kul 7.30 petang, kitaorg turun la lepas magrib, turun punya turun ada berapa orang je yang tunggu dekat kitaorg tunggu bas tuh.. tunggu punya la tunggu bas tak datang2..kitaorg ingt kalau bas tak dalam jam 8.30 nak naik atas terus, lebih kurang dalam 8.20 rupanya2 nya van yang datang. kelakar jugak la sebab terpaksa berhimpit dalam 12 orang dalam van tuh, 3 duk depan termasuk ngan driver, aku terpaksa duk atas zaiti.hehheeeh..pastu suruh pakcik tuh berhenti jauh skit, sebab malu nak turun, karang orang cakap van kecik jer, tp yang turun nya 12 orang..pakcik tuh turunkan kitaorang tempat gelap jugak la, tp ada la jugak 2-3 orang nampak kitaorg, tp buat muka tak bersalah je la. Bukan salah kitaorg pon kan..ehehhhe..ingatkan pesta cahaya ni ada orang main api,upanya nyayi2 dan nari2..sabo jerk la, da gatal sangat nak pergi, malam tuh ada cabutan bertuah, rupanya2 no B1021 yang aku pegang tuh bertuah plak, tapi aku segan..huhuhu naik pergi ambik hadiah tuh..aku suruh sorang kak nama nya kak miza..dia la yang tolong pergi ambik..mekasih erk kak miza..hadiah tuh bukan untuk aku sorang jer..terima kasih jugak kat hanim sebab tolong ambik tiket tuh untuk aku, kalau tak..tak dapat jugak kan..kira2 nya malam tuh kitaorg bertuah la..

Forum Kekejaman Israel Terhadap Palestin













Gambar-Gambar ni aku ambik masa kitaorang satu umah pergi ke forum kekejaman israel terhadap palestin. Kat MITC yang tempat kitaorg pergi ni ada siap2 bakar patung perdana menteri israel lagi..macam2 slogan yang dibawa..

SaJEr jEr

Dah lama rupanya tak berblog. Semalam jam 4 baru sahaja sampai rumah. Alhamdulilah perjalanan selamat sampai ke rumah. Dah pergi awal da ke MC(Melaka Centre) dari jam 6.30 lagi. kul 8 lebih lagi kitaorg tunggu kat luar(Zaiti, Kak Myza.Aida ngan saper entah sorg lagi). Bas kitaorg jam 8.30 tapi bas tak plak sampai2. Kalau aku sorang mau nyer aku takut kot nya la. Sebab mesti ingat aku dah terlepas kan..dalam kul 8.45 bas sampai.Bas yang sampai ni bas 2 tingkat plak..huhu berebut gak la naik bas, sebab aku tak mau duk tingkat atas, karang nak turun takut susah plak..dalam kul 4 sampai jugak aku ke rumah aku..alhamdulilah..

Monday, January 5, 2009

HaPPy New Year

WISHING YOU THE VERY BEST IN  

╔══╦══╦══╦══╗ 
╚═╗║╔╗║╔╗║╔╗║
╔═╝║║║║║║║╚╝║ 
║╔═╣║║║║║╠═╗║  
║╚═╣╚╝║╚╝╠═╝║  
╚══╩══╩══╩══╝
¤ø„¸¨°º¤ø„¸ ¸„ø¤º°
¨¸„ø¤º°¨¨
°º¤ø„¸ HaPpY ¸„ø¤º°¨
¸„ø¤º°¨NeW yEaR``°º¤ø
„¸¸„ø¤º ``°º¤ø„¸ ¤ø„

Senyum menggambarkan keindahan

Senyum menggambarkan keindahan...... senyum seindah suria...yang membawa cahaya..

! Abu Yazid Al Busthami, pelopor sufi, pada suatu hari pernah didatangi seorang lelaki yang wajahnya kusam dan keningnya selalu berkerut. Dengan murung lelaki itu mengadu, "Tuan Guru, sepanjang hidup saya, rasanya tak pernah lepas saya beribadah kepada Allah. Orang lain sudah lelap, saya masih bermunajat. Istri saya belum bangun, saya sudah mengaji. Saya juga bukan pemalas yang enggan mencari rezeki. Tetapi mengapa saya selalu malang dan kehidupan saya penuh kesulitan?"

Sang Guru menjawab sederhana, "Perbaiki penampilanmu dan ubahlah roman mukamu. Kau tahu, Rasulullah adalah penduduk dunia yang miskin namun wajahnya tak pernah keruh dan selalu ceria. Sebab menurut Rasulullah,salah satu tanda penghuni neraka ialah muka masam yang membuat orang curiga kepadanya."

Lelaki itu tertunduk. Ia pun berjanji akan memperbaiki penampilannya. Wajahnya senantiasa berseri. Setiap kesedihan diterima dengan sabar, tanpa mengeluh. Alhamdullilah sesudah itu ia tak pernah datang lagi untuk berkeluh kesah. Memang Tuhan telah menakdirkan manusia sebagai makhluk yang paling indah. Bentuknya begitu sempurna, sehingga dipandang dari sudut manapun manusia kelihatan cantik dan serasi. Untuk itu hendaknya kurnia ini jangan dinodai dengan penampilan yang buruk, karena sebagaimana kata Rasulullah, "Sesungguhnya Allah itu indah dan mencintai keindahan."

Namun demikian tidak berarti Islam mengajarkan kemewahan. Islam justeru menganjurkan kesederhanaan. Baik dalam berpakaian, merias tubuh maupun dalam sikap hidup sehari-hari. Nabi sendiri jubahnya seringkali sudah luntur warnanya tapi senantiasa bersih. Umar bin Khattab walaupun jawatannya kalifah, pakaiannya sangat sederhana dan bertambal-tambal. Tetapi keserasian selalu dijaga. Sikapnya ramah, wajahnya senantiasa mengulum senyum bersahabat.Roman mukanya berseri. Tak heran jika Imam Hasan Al Basri berpendapat, awal keberhasilan suatu pekerjaan adalah roman muka yang ramah dan penuh senyum. Bahkan Rasulullah menegaskan, senyum adalah sedekah paling murah tetapi paling besar pahalanya.

Demikian pula seorang suami atau seorang isteri. Alangkah celakanya rumahtangga jika suami istri selalu berwajah tegang. Sebab tak ada persoalan yang diselesaikan dengan mudah melalui kekeruhan dan ketegangan. Dalam hati yang tenang, fikiran yang dingin dan wajah cerah, Insya Allah, apapun persoalannya niscaya dapat diatasi. Inilah yang dinamakan keluarga sakinah, yang didalamnya penuh dengan cinta dan kasih

5 jari

Pelbagai hikmah dan tafsiran yang boleh diandaikan di sebalik jari anda yang lima.Cuba perhatikan perlahan-lahan jari anda. Luruskan ia ke hadapan dalam keadaan terbuka.Renung dalam-dalam. Kewajipan solat lima waktu jangan diabaikan.Kemudian lekapkan jari itu di atas meja, perhatikan.Bermula daripada jari kelingking yang kecil dan kerdil,seperti manusia dan apa sahaja akan bermula daripada kecil kemudian besar dan terus membesar.Itulah fitrah insan dan alam seluruhnya.Apa sahaja yang dilakukan mesti bermula daripada kecil.Bak kata pepatah "melentur buluh biarlah daripada rebungnya".

Kegagalan mendidik di usia ini akan memberi kesan yang besar pada masa hadapan.Naikkan kepada jari kedua, jari manis namanya.Begitu juga dengan usia remaja. Manisnya seperti jari yang comel mulus ini.Apatah lagi kiranya disarungkan dengan sebentuk cincin bertatahkan berlian, bangga tak terkira.. pada ketika ini,alam remaja menjengah diri.Awas!! Di usia ini sentiasa dibelenggu dengan pelbagai cabaran dan dugaan.Hanya iman dan taqwa menunjuk jalan kebenaran.Pada usia ini, anda sudah baligh dan mukalaf.Pastinya sudah dipertanggungjawabkan segala amalan di hadapan Rabbul Jalil.Bersediakah anda??Nah...naik kepada jari ketiga.Jari yang paling tinggi, jari hantu namanya.Zaman remaja ditinggalkan.Alam dewasa kian menjengah.Di peringkat umur 30-an ini seorang itu telah mempunyai status dan identiti denganekonomi yang kukuh serta kerjaya yang teguh.Namun,anda mesti berhati-hati kerana di kala ini banyak "hantu-hantu pengacau" yang datang menggoda.Hantu hasad dengki, hantu ego, hantu tamak, hantu iri hati dan seribu macam hantu lagi.Kalau gagal mengawal emosi lantas terus masuk ke jerangkap nafsu dan syaitan.Justeru itu, amal ibadat mesti dilipatgandakan.Kita beralih kepada jari telunjuk.Jari inilah yang mengungkap satu dan esanya Allah SWT ketika solat.Genggamkan kesemua jari dan keluarkan jari ini.Gagahnya ia sebagai penunjuk arah, menjadi contoh dan tauladan.Manusia yang berada di tahap usia ini,hendaklah tampil sebagai modelkepada generasi baru dan pembimbing yang kaya dengan idea bernas dan minda yang hebat.Akhir sekali, renung ibu jari.Ianya besar dan pendek tetapi menunjukkan kematangan dan kehebatan yang membanggakan.Tugasnya membenarkan sesuatu dan mentafsirkan pelbagai perkara.Bak kata orang Jawa "cap jempol" atau cap jari. Kalau dia ada, semua urusan berjalan lancar.Buat generasi muda, rujuk dahulu kepada orang tua atau yang berpengalaman.Sekiranya petunjuk mereka anda patuhi, nescaya anda boleh berkata "good" atau "yes"sambil menggengam semua jaridan angkat ibu jari ke atas itulah rahsia kejayaan anda.Akhirul kalam, cuba lihat sekali lagi jari anda yang kelima-limanya itu.Renung dan fikir dalam-dalam. Dimanakah anda sekarang???"

kekejaman israel

Kita jauh dari peperangan yang melanda di Asia Barat... tetapi, hati meronta-ronta mengenangkan saudara-saudara kita di sana. Mungkin ada yang berkata "Kalau lah aku ada sebuah jet pejuang, akan ku bedil kafirun Yahudi". Mungkin ada yang berkata "Kalaulah aku ada magik, akan ku hapuskan rejim zionis satu persatu" Dan bermacam-macam lagi, ramai yang mengharapkan kemenangan Islam.


PELIK TAPI BENAR!!!!!! Tuan-tuan..Dengan izin Allah dan dengan penuh keyakinan dan keimanan, saya mohon tuan tuan berdoa kepada Allah memohon bantuan.Mari kita bertafakur, Dengan penuh keyakinan, fahami terjemahan dan maksud surah Al-Fil.... Bacakan surah tersebut dibibir dengan hati mengingati peristiwa kehancuran tentera bergajah.
Surah Al-fil

1. A'lam tara kay fa fa'ala rabbuka bi as-habil-fil
2. Alam ya'jal kaydahum fi tadlil
3. Wa arsala alayhim tayran ababil
4. Tarmihim bi hijaratim min sijjil
5. Fa ja'ala hum ka asfim ma'kul
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

1. Tidakkah engkau mengetahui bagaimana Tuhanmu telah melakukan kepada angkatan tentera (yang dipimpin oleh pembawa) Gajah, (yang hendak meruntuhkan Ka'bah)?

2. Bukankah Tuhanmu telah menjadikan rancangan jahat mereka dalam keadaan yang merugi dan memusnahkan mereka?

3. Dan Dia telah menghantarkan kepada mereka (rombongan) burung berpasuk-pasuk,
var curDiv = document.getElementById('ln26');

4. Yang melontar mereka dengan batu-batu dari sejenis tanah yang dibakar keras,

5. Lalu Dia menjadikan mereka hancur berkecai seperti daun-daun kayu yang dimakan ulat.

KEMUDIAN BERDOALAH BEGINI:-
"Ya Allah, sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah........ turunkan lah bantuan mu kali ini kepada orang orang Islam di Lubnan dan Palestin, hancurkanlah rejim zionis......... amin...." (kemudian dibaca surah Al Fil sambil membayangkan kehancuran tentera Yahudi - mereka akan dihancurkan dengan izin Allah swt)


Lipat gandakan doa ini. Dengar menyebarkan kepada orang lain

sesungguhnya Allah maha pemurah lagi mengasihani, mendengar doa kita. Adalah dialu-alukan kepada sesiapa yang berinisiatif menterjemahkan dalam bahasa Inggeris untuk dihantar kepada saudara2 Islam di serata pelusuk dunia.

Sunday, January 4, 2009

Esk Cuti..

bermulanyer esk dan selama satu sem ni..aku bercuti hari isnin..huhuhu besh ler dapat tido..anim..hawa..imah..ngan aini jgn jeleous erk..sebab aku ngan zaiti duk belajar kat umah..korang g belajar erk...yahooo so aku dapat cuti 3 hari la..hehee...

TuGas Ku..Sudah mULa

29 baru nih..sampai jugak aku ke melaka...setelah lebih kurang sebulan lebih duk kat umah..dulu geng kitaorg duk umah yang x bertingkat...sekarang mai ai..mmg bertingkat..paling bagus dapat tingkat paling atas..sabo jerk la..sudah nasib kataorg..mai aii memang letih ler kalau da tingkat 4 tuh..nak angkat barang pon sampai tingkat 3 da mula cam nak pengsan jerk rasa..tapi nak bt mcm mane kehidupan perlu diteruskan..sem ni kene la lebih baik dari sem lepas..insyallah arap2 macam gitu la kan..minggu lepas pon da mula start clas..tapi x sepenuh nya la..ada jugak lec masih bercuti..kalau tau lec ramai yang tak datang minggu lepas..memang tak ada la datang awal nya..tak aper la kan..da adat belajar kan...sem ni best jugak sebab aku dapat bercuti sampai 3 hari..hehehe sabtu, ahad, dan juga isnin tak ada class..tapi paling menyakitkan jugak la...hari rabu..dari pagi sampai petang..huhuhu..aku ambik kelab nasyid ngan aini dan hanim...nasib baik minggu depan ustaz yang mengajor tuh bagi pilih group untuk nyayi..kalau sorang2..x tau nak cakap la jawab nya..sem ni jugak ak ambik bahasa jepon..macam mane entah boleh plak ambik bahasa jepun tuh..nak bt macam mn..da daftar da pon..ramai orang cakap bahasa jepon susah..huhuh..tawakal jerk la..tapi tak boleh jugak..sebab aku belum berusaha lagi..hehe..so kene usaha dulu la macam-macam mane pon..baru la bertawakal..arap2 semua berjalan dengan lancar..dan allah permudahkan la semua urusanku..insyallah..AMIN..

Tahun Baru

Hari ni dah 3 januari da, rupanya2 dah masuk tahun baru 2009..pejam celik..pejam celik sekejap sahaja masa berlalu..aku pon dalam 20 hari lagi da jejak 22 da. Baru perasan da besar rupanya aku nih erk..kalau kahwin entah2 anak da berapa la agaknya..hahaha teringat plak kawan2 yang da kahwin..semuanya da ada anak..aku plak..tak abis2 lagi belajar..insyallah tahun depan abis la belajar nya..begitu cepat masa berlalu..tahun baru untuk tahun ni..aku sambut kat melaka..biasanyer tiap2 tahun kat umah di terengganu..tahun ni kat melaka..kat hostel plak..tahun baru da menjelma..so kene la azam baru plak tahun ni..azam baru untuk tahun ni biar la inya tercatat di dalam buku aku saja..yang penting belajar perlu diteruskan..yang tuh sudah wajib kan..

Saturday, January 3, 2009

Surah Yasin

RASULULLAH s.a.w telah bersabda yang bermaksud: "Bacalah surah Yassin kerana ia mengandungi keberkatan", iaitu:

1. Apabila orang lapar membaca surah Yassin, ia boleh menjadi kenyang.
2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.
3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.
4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.
5. Jika terpenjara akan dibebaskan.
6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.
7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.
8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia,Allah meringankan siksanya.
9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.
10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.
11. Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-Quran itu ialah Yassin. Sesiapa membaca surah Yassin,nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali.
12. Sabda Rasulullah s.a.w lagi, "Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya".
13. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yassin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya.Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.
14. Rasulullah s.a.w bersabda selanjutnya: "Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yassin dan rakaat kedua Tabaroka, Allah jadikan setiap huruf cahaya dihadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya ditangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik.

Tujuh kalimat...

Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak busa laut.

1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.
2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.
3. Mengucap Astagfirullah jika lidah terselip perkataan yang tidak patut.
4. Mengucap Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.
5. Mengucap La haula wala kuwwata illa billah jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.
6. Mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan menerima musibah.
7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang dan malam sehingga tak terpisah dari lidahnya dari tafsir hanafi,mudah-mudahan ingat, walau lambat-lambat mudah-mudahan selalu, walau sambil lalu mudah-mudahan jadi bisa, kerana sudah biasa.

AMIN.