Friday, January 27, 2012

Selamat Ulang tahun



Assalamualaikum wbk

Segala puji bagi ALLAH SWT Tuhan yang satu. Selawat dan salam buat junjungan mulia Baginda Nabi Muhammad SAW, kaum keluarga serta sahabat .

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah, Allah masih diberi kesempatan untuk melihat dunia untuk kali yang ke 25 tahun ini, syukur alhamdulilah, Yang pasti umur adalah satu angka yang tidak boleh di undurkan lagi , Munasabah diri sentiasa dan tanamkan azan dari masa ke semasa untuk mendapat redhaNya, setiap hari malaikat maut memerhati manusia sebanyak 70kali sehari dan ianya amat dekat dan bila-bila masa kita akan di jemput oleh yang HAQQ. Alhamdulilah aku masih dapat merasai nikmat hidup untuk hari ini,masih diberi kesihatan yang baik...masih berlapang dari kesibukkan.. masih dapat berfikir dengan baik, masih dapat melihat dengan baik..alhamdulilah syukur nikmat kurnian , Tapi kurnian yang paling besar adalah kita mesti ingat 5 perkara sebelum datang 5 perkara...iaitu  dalam  Sebuah hadis Rasulullah s.a.w. menyatakan perguna lima perkara sebelum datang lima perkara;
1)Masa mudamu sebelum tua,
2)Masa sihatmu sebelum sakit,
3)Masa lapangmu sebelum sibuk,
4)Masa beradamu (kaya) sebelum jatuh miskin;
5)Masa hidupmu sebelum mati.

Yang pasti kini usiaku genap 25 tahun, apa yang aku telah buat sepanjang umur ku 25 tahun? persoalan ini terus menurus menerjah kefikiran? apa yang telah aku sumbangkan? sumbangkan pada siapa? pada mak abah, family, kawan-kawan, dan juga agama? adakah aku telah membuang begitu sahaja masa yang ada sepanjang 25 tahun yang lalu? ingat masa hidupmu sebelum mati.. Ya allah ampunkanlah dosa-dosaku yang lalu, engkau yang maha pemurah lagi maha mengasihani, aku telah banyak lalai dengan ajaran mu ya allah, ampunni lah segala dosa kesalahan ku yang pernah aku lakukan sebelum ini Ya allah, engkau allah yang maha pengasih lagi maha penyayang..... Ya Aziz Ya Jabbar, Ya Mutakabbir.. ya allah ya tuhan...ampunilah dosa kedua-dua ibu bapakau dan berkatilah kamu sekeluarga ..jadikanlah kami dari golongan yang enkau redhai..  

Bila ulangtahun kelahiran, sahabat-sahabat, saudara, family kita mesti akan ada ucapkan selamat  panjang umur dan murah rezeki kan..aku pun cari la serba sedikit pasal diminta panjang umur ni..

 Boleh meminta panjang umur (asalkan dimanfaatkan dalam kebaikan) adalah hadits dari ‘Abdurrahman bin Abi Bakroh, dari ayahnya Abu Bakroh bahwa ada seseorang yang bertanya pada Rasulullah,
يَا رَسُولَ اللَّهِ أَىُّ النَّاسِ خَيْرٌ قَالَ « مَنْ طَالَ عُمُرُهُ وَحَسُنَ عَمَلُهُ ». قَالَ فَأَىُّ النَّاسِ شَرٌّ قَالَ « مَنْ طَالَ عُمُرُهُ وَسَاءَ عَمَلُهُ »
“Wahai Rasulullah, manusia mana yang dikatakan baik?” Beliau menjawab, “Yang panjang umurnya namun baik amalnya.” “Lalu manusia mana yang dikatakan jelek?”, tanya laki-laki tadi. Beliau menjawab, “Yang panjang umurnya namun jelek amalnya.” (HR. Tirmidzi no. 2330, beliau katakan bahwa hadits ini hasan shahih. Syaikh Al Albani berkata bahwa hadits ini shahih lighoirihi). Yang dimaksud dengan “baik amalnya” adalah apabila amalan tersebut ikhlas dan ittiba’ (mengikuti petunjuk Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam

اللَّهُمَّ أكْثِرْ مَالِي، وَوَلَدِي، وَبَارِكْ لِي فِيمَا أعْطَيْتَنِي وَأطِلْ حَيَاتِي عَلَى طَاعَتِكَ، وَأحْسِنْ عَمَلِي وَاغْفِرْ لِي
Allahumma ak-tsir maalii wa waladii, wa baarik lii fiimaa a’thoitanii wa athil hayaatii ‘ala tho’atik wa ahsin ‘amalii wagh-fir lii (Ya Allah perbanyaklah harta dan anakku serta berkahilah karunia yang Engkau beri. Panjangkanlah umurku dalam ketaatan pada-Mu dan baguskanlah amalku serta ampunilah dosa-dosaku).

Setiap yg hidup pasti akan mati....oleh itu kita sebagai manusia perlulah sentiasa bermuhasabah diri supaya kita tidak terleka dengan kesenangan dunia.... Semoga hidup diredhai allah dan dipayungi rahmat allah ...aminn... 

Terima kasih juga buat abang , kakak, adik  dan anak saudara (adriana khadeeja, adam ajmal, alisya khaireena, Pada kawan2 juga tidak ketinggalan ucapan terima kasih ku pada SMS yang dihantar...semuga persahabatan kita berpanjangan dan akan dipertemukan suatu hari nanti.. Amin...Terima kasih kepada sekalian sahabat yang mendoakan insan lemah ini..