Saturday, October 12, 2019

Hijrah

Assalamualaikum, Salam maal Hirah, Rasanya tak terlambat lagi aku mengucapkan SELAMAT MAAL HIJRAH, berbalik kepada topik kita pasal hijrah, apa hijrah yang telah kita lakukan untuk tahun ini? adakah kita masih ditahap yang sama? kalau  kita masih ditahap yang sama, jum kita berazam untuk berhijrah kearah kebaikkan. Semalan aku ada ikuti ceramah Dr Fadilah Kamsah dan Pak Pengku, dia cakap kita ni kalau tak boleh hijrah yang besar, apa kita kita lakukan hijrah yang kecil-kecik dulu, contohnya berapa ramai orang pada hari ini masuk tandas dengan kaki kiri? berapa ramai orang lelaki buang air kecil dalam keadaan duduk, berapa ramai orang mengadap cermin dia baca doa, berapa ramai orang yang nak tidur maafkan semua orang sebelum tidur? dan berapa ramai orang yang bangun idur, senyum dan berdoa.. Istiqomah akan terbentuk dalam 40 hari, so kita kene buat berturut-turut, hijrah kecil tapi kita istiqomah tapi jika tiada hidayah dari Allah kita tak buat semua itu..bila hati kita sudah bersih, mak, ayah, adik beradik, saudara-mara, sahabat-sahabat, makluk allah, rumput, pokok senua sayang kan kita,
Ya Allah ya Tuhan ku,

Aku menghulurkan kedua tanganku yang hina ini

Memohon Engkau limpahkan rahmat dan hidayahMu

Terasa terlalu lemah diri ini tanpa pertolonganMu ya Allah

Ya Allah

Segala pujian bagiMu Tuhan Sekelian AlamYang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Tuhan Pemerintah hari pembalasan

Hanya Engkaulah yang kami sembah dan kepadaMu kami memohon pertolongan

Tunjukkanlah kami jalan yang lurus

Jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat keatas mereka

Bukannya jalan orang yang Engkau murkaiDan bukan pula orang-orang yang sesat

Happy BeLated Berday To Amri










Selepas sibuk menghabiskan masa dengan assgment dan jenjalan pergi joM kECoH2 bab kata hanim la..huhu..lupa plak nak wish berday kat adik yang montel..heheh adik aku la tuh ..tapi dia sekarang da tak montel macam dulu da..sekarang da bergiat aktif dengan kawad so boleh katakan kurus la skit da sekrang ..sikit jerk..makan lebih jugak kan dik..semoga panjang umur murah rezeki, ingat tahun ni PMR huhu buat betul2 la..jangan hampakan mak abah..ingat adik tuh adik bongsu..hehehhe so tak semestinya dulu masa UPSR adik dapat bagus..sekrang pon adik dapat bagus gak..kalau tak berusaha tak dapat jugak dik ehh.teruskan usaha tingkatkan prestasi..huhhuh(jiwang la plak ayat tuh)

Sunday, April 21, 2013

Deman Pilihan Raya

Assalamualaikum...dekat-dekat nak mengundi ni, macam-macam kempen pari, masing-masing kempen parti masing-masing...aku rasa inikalilah (chewah)  pilihan raya yang paling wow sekali..hahah apa yang wownya yer.. pilihanraya yer lah paling lambat sekali PM umumkan tarikh pilihan raya..huhu dasyatkan :) Ok-Ok aku tak nak bercerita pasal itu..minggu lepas ada meeting kat kemaman, macam biasalah, adat menumpang kene ikut orang lah kan, lepas ajer meeting lepak kat kedai dengan kawan-kawan,  meeting untuk kali ke 2 di kedai kopi, dalam duk asyik meeting tu tetiba kawan aku pangil aku, dan tunjukkan pada sebuah van yang ada bendera parti,  aku cakap baguslah :) sambil tersenyum..Antara ramai-ramai masa duk meeting tu, ada sorang mamak ni duk  tanya aku parti mana? ehem-ehem..masa tu, semua duk pandang aku dan tunggu jawapan aku, huhh...dasyat tul soalan dia kali ni...saya nak parti yang membangun bersama islam , sambil menghadiakan senyum pada semua orang...lepas je aku cakap macam tu, semua diam..tak cakap apa-apa...ada aku kisah...kawan aku duk runsing pasal keje, disebabkan aku kerja kontrak dibawah kerajaan pusat, semua dah cuak, jika Terengganu di perintah oleh pembangkang maka diaorg cakap tak der dah keje kita nanti...bab ni paling aku rasa nak marah sekali..hello..hello...hishhh kamu ni pasal apa, siapa yang bagi kamu rezeki? kerajaan Allah atau Kerajaan Manusia...Rezeki Allah melangit tinggi, tugas kita usaha, Man Ja Da, Wa Ja Da, siapa yang berusaha maka akan dapat hasilnya, iktikad kita mesti betul, tak kira siapa yang perintah, Jodoh, Rezeki semua sudah di tentukan Allah sejak kita 4 bulan dalam kandungan lagi..sedangkan cacing dalam tanah boleh hidup, ni kita manusia..Ingatlah kerajaan Allah yang paling berkuasa :)

Thursday, January 31, 2013

Selamat Hari Lahir

Allah selamatkan saya
Allah selamatkan saya
Allah selamatkan saya
Allah selamatkan saya
InsyaAllah...aminnn


Assalamualaikum..Alhamdulillah  Syukur padaNYA kerana masih di beri peluang untuk bernafas dimuka bumi ini,  5 hari lepas umur aku telah meningkat satu angka...peringatan untuk diri ini, apabila meninkat umur, maka makin dekat kita dengan kematian kan...Terima kasih pada sahabat-sahabat yang mendoakan diri ini, terima kasih banyak-banyak mudah-mudahan allah memelihara diri ini zahir dan batin dari kejahatan manusia dan syaitan serta berjaya dunia dan akhirat..insyaAllah amin..kepada adikku yang wish akak will become a good muslimah daughter and sister, ..insyaAllah..aminn..mohon doa kalian juga, thanks kepada sahabat yang mendoakan diri ini semoga perjalanan hidup ku dipermudahkan, segala dugaan dapat ditempuhi demi kejayaan dunia dan akhirat..dilimpahkan rezeki yang halal, nikmat kesihatan yang baik, kecantikkan yang sempurna, kebahagian yang berpanjanga dan keimanan yang tak pernah lekang dihati, terima kasih banyak-banyak sahabat..sayang kamu dunia dan akhirat..insyaAllah.

Ya Allah, 5 hari lepas adalah ulang tahun kelahiranku. Sudah 26 tahun aku bernaung di bawah langitMu Ya Allah. Belum pun terasa menjadi hambaMu yang sebenar. Masih berpura-pura. Alangkah alpa dan berdosanya aku. Apakah sisa umurku masih panjang? Atau, hanya seketika lagi? Aku tidak pasti.


Ketika ramai teman mengucapkan selamat panjang umur, hakikatnya umurku semakin pendek. Bukankah tarikh mati setiap insan sudah ditetapkan? Dan hari ini, esok dan lusa aku menapak lagi...semakin hampir pada tarikh kematian yang dijanjikan. Duhai, tertipunya aku ketika menerima ucapan selamat hari lahir...selamat pulakah hari matiku?

Aku belum bersedia untuk bertemuMu Ya Allah. Walaupun aku tahu, siapalah aku untuk menyatakan tidak dan tunggu. Ya Allah, segala kekuatan hanya padaMu jua. Kau yang Maha Tahu apa yang terbaik buat diriku. Aku merayu padaMu Ya Allah, pada tarikh ini...untuk mengemis keampunanMu dengan tangan yang berdosa, dengan hati yang tercela. Jika tidak mengenangkan yang Engkau Maha Pengampun, aku tidak akan datang Ya Allah. Rasa malu dan hina untuk meminta. Apakah aku diterima?

Ya Allah, pada hari ini, ku pinta leraikanlah segala kekusutan di fikiranku. Mohon dijinakkan nafsu liarku. Tenangkanlah gelojak hati ini. Wahai Yang Maha Adil, kutiplah aku untuk menumpang sekalipun di pinggir rahmatMu. Walau sering aku lupa, namun aku sentiasa mendamba.

Aku kembara telah jauh, namun kolam hatiku kian keruh. Beban bertambah berat, diriku kian penat. Urusan kian payah, jiwa semakin gundah. Justeru mudah-mudahan di hari lahirku ini aku akan 'dilahirkan' semula. Lahir sebagai insan yang sentiasa mengingatiMu. Yang mampu hidup antara kekangan takut dan lingkungan harap. Takut, kalau-kalau dimurkai. Harap, minta-minta diampuni.

Buat sahabat, teman dan kenalan, terima kasih di atas ingatan kalian. Pada yang jauh, maafkanku kerana gagal mendekat. Pada yang hampir, maaf kerana tidak pandai membelai. Akhirnya, terimalah secebis kata (mungkin ini pun masih dari terowong jiwaku yang gelap gelita)

"Dalam kehidupan ini, kerap kali yang kita lihat sebagai satu pengakhiran rupa-rupanya adalah suatu permulaan yang baru"

Mudah-mudahan, ini adalah permulaan yang baik. Ameen Ya Rabbal 'Alamin~

*dipetik dan diubahsuai dari Nota 'Monolog Hari Jadiku' dari buku 'Di Mana Dia di Hatiku?' oleh Ustaz Pahrol Mat Juoi <3 font="">

Sunday, January 13, 2013

Jangan Kita Menyesal Bila Ibu...

Assalamualaikum, tadi  kawan aku cerita pasal mak dia, tetiba aku rasa tersentuh..bayangkan bila semua anakya sudah berjaya, punyai kerjaya, sudah berkahwin, punyai kehidupan masing-masing, mak ayah sering dilupakan..ok meh aku cerita sedikit kisahnya, tadi kawanku cerita pasal maknya,  aku sempat lagi bertanya pada kawan aku tu, siapa yang ada dirumahnya sekarang yang jaga mak dia, dia jawab tiada siapa yang jaga, dan aku bertanya lagi, dah sebelum ni kalau duk umah adik, siapa yang jaga ? dia jawab tak ada siapa yang jaga..  bayangkan mak yang dalam keadaan lumpuh duduk umah sorang-sorang di rumah, tanpa siapa yang mengawasinya, dah lah mak tak boleh berjalan, macam mana nak makan, nak pergi tandas, nak ambik wuduk..bayangkan macam mana sekarang bila kita letakkan diri kita pada tempat emaknya sekarang...sedih memang tentu sekali, dan tidak dapat dinafikan lagi kan, cuba kita renung semuala, masa kita kecil, masa kita sakit,bilakita sedih, bila kita ada problem, maklah orang yang awal-awal kita cari kan,  mak ayah kita masih boleh membesarkan anak-anaknya,  tapi anaknya? boleh kah menjaga emaknya yang sorang ini? kita mungkin bukan terbaik, tapi kita berusaha untuk menjadi terbaik dikalangan yang terbaik, ingatlah bila mata ibu mu telah tertutup, maka hilanglah satu keberkatan dalam hidupmu iaitu doa, bertapa dasyat doa ibu bukan? ..jum sesama kita berdoa supaya dapat menjadi anak yang soleh dan solehah..

Thursday, January 3, 2013

Kene Tahan Lagi

Assalamualaikum..hari ni aku ditahan lagi? haishh apa yang duk mengarut2 ni..tahan apa n siapa yang tahan...:) alkisahnya bermulalah sebuah cerita yang bosan..huhuhuk..aku kene tahan polis la :) kali ni dah kali ke 3 ditahan polis semasa aku yang bawa kereta, masa first dulu2 time nak pergi kenduri di kemaman bersama 4 orang ratu cantik iaitu sahabat dunia akhirat..insyaAllah aminn...masa tu gerak 2 buah kereta kalau tak silap, kawan aku yang bawa lepas plak..aik time aku yang bawa, polis tuh suruh aku ketepi..huhu ..aku ni kalut skit bila time aku yang pandu kereta, then di tahan plak..macam mana tak kalut..Polis tu minta lesen memandu dan IC..cari punya cari tak jumpa(time tgh kalut) last2 anim yang tolong aku carikan IC dan Lesen ..hehe akhirnya lepas, eleh saje je buat orang takut..saya tak takut sebab tak silap..cuma nerves je...naper entah..huhu sabo jer la..second time masa nak balik lunch dengan adik, aku plak time tuh boleh plak tak bawa handbag hari tu..last-last polis tu mintak IC dengan Lesen,dengan slumber cakap aku tertinggal kat sekolah..hehe dia suruh aku pergi balik ambik, dia tunggu..urm..dengan kerajinan tahap maksima..pergilah aku ambik IC dengan Lesen..siap abg polis tu pesan lagi, lain kali jangan tertinggal erk:) ok fine sebab tu memang salah aku kan..ok..then untuk yang  ke... aku ditahan lagi oleh  abg polis yang sama, haishh, soalan yang sama, tapi kali ni dia mintak Lesen jer, saya nak tengok lesen awak..ok jap erk..tp aku ni kalut skit, cari-cari tak jumpa..haishh biar betul..pelik kalau tak ada,aku tengok kerete lain bersusun kat belakang..en saya ketepi dulu boleh, sebab ramai da kat belakang tuh..ok2 awak ketepi dulu..aku tengok dari cermin belakang..haishh abg polis ni..mana aci..dengan aku mintak lesen , dengan kereta belakang, boleh plak buat tak tahu, tak silap aku kereta depan aku pun tadi, dia just tgk road tax je..tak per sabo-sabo..bila aku dah jumpa Lesen  dah, aku tunjuk-tunjuk kat dia..warg lega skit..dia tanya aku dari mane? aku cakap dari sekolah..dia plak tak dengar..apa dari sungai? haishh nak pergi sungai buat aper..aper dah..last-last boleh plak cakap kat aku, hari tu saya tahan awak gak kan, awak tertinggal beg..haishh boleh plak ingat..aku tau la time aku kalut memang muka aku memang macam orang bersalah..even tak buat salah pun, moral of the storynyer..jangan lupa bawa IC dan Lesen apabila anda berada di jalan raya, lagi satu jangan kalut-kalut..kenkadang kita tak salah, tapi bila kita kalut dia ingat kita yang bersalah...

Tuesday, December 18, 2012

Kaya Dunia Kaya Akhirat

Assalamualaikum, baru-baru ni berkesempatan mendengar ceramah Hijrah yang bertajuk Kaya dunia, Kaya Akhirat disampaikan oleh Ustaz Haslim Bahrim, Ustaz Jamaluddin dan Ustaz saiful Bahri..bertempat di sekolah Agama Darul Bayam, Paka..Nak share serba sikit, semoga sama-sama kita dapat manfaat..

Kita sekarang ni berapa di alam yang ke 3, apa yang dimaksudkan dengan alam yang ke 3 ni..jum kita review  balik ---> Alam roh-----> Alam Rahim ----> Alam Dunia(Ni lah kita sekarang..berada di alam dunia) ----> Alam Barzah(setelah kita meninggal, bila dah jadi mayat) ----> Alam Masyar ----> Syurga/Neraka( last sekali dah, samada kita di syurga atau neraka)

Apa yang Dimaksudkan dengan adil..Adil adalah meletakkan sesuatu pada haknya, bukan semata kaya dinar, kaya harta benda, kaya tanah, kaya saham, kaya anak, tapi kalau kaya jiwa itu adalah sebenar-benarnya, kalau kita cakap kita adalah paling kaya, jangan lupa Karun lagi kaya , Firaun yang anggap dirinya tuhan sebab terlalu kaya, sampai lupa ALLAH yang memiliki semuanya yang ada dibumi ini, ingat tak lagu  Semua Allah Punya – Iwan Syahman
Lihatlah gunung yang tinggi
Subhanallah itu Allah yang punya
Lihatlah pantai yang indah
Subhanallah itu Allah yang punya
Tiada yang engkau punya
Semuanya Allah punya
Tiada yang engkau punya
Semuanya Allah punya

Lihatlah burung yang terbang
Subhanallah itu Allah yang punya
Lihatlah bunga yang mekar
Subhanallah itu Allah yang punya
Tiada yang engkau punya
Semuanya Allah punya
Tiada yang engkau punya
Semuanya Allah punya
Kau lihat bukan kau punya
Itu semua Allah punya
Kau dengar bukan kau punya
Itu semua Allah punya
Dari itu janganlah sombong
Janganlah riak serta irihati
Dunia hanya pinjaman sementara
Akhirnya kembali kepada Nya
Lihatlah gunung yang tinggi
Subhanallah itu Allah yang punya
Lihatlah pantai yang indah
Subhanallah itu Allah yang punya
Tiada yang engkau punya
Semuanya Allah punya
Tiada yang engkau punya
Semuanya Allah punya
Kau lihat bukan kau punya
Itu semua Allah punya
Kau dengar bukan kau punya
Itu semua Allah punya
Dari itu janganlah sombong
Janganlah riak serta irihati
Dunia hanya pinjaman sementara
Akhirnya kembali kepada Nya 
Tiada yang engkau punya
Semuanya Allah punya
Tiada yang engkau punya
Semuanya Allah punya
Kau lihat bukan kau punya
Itu semua Allah punya
Kau dengar bukan kau punya
Itu semua Allah punya
Yang kita cari adalah keredhaan Allah, bukan pujian dari manusia, dan orang yang kaya dunia dan akhirat adalah orang yang bertakwa.
Apa yang kita telah sediakan untuk bawa bekalan kita Allah kelak. Allah pesan takutlah kamu kepada Allah.Alllah tahu apa yang kita telah lakukan di buumi ini, Apa yang paling kita takut adalah, Memang kita kaya dunia tapi kelak papa di akhirat..minta-minta dijauhkan..
Sesiapa yang berhijrah di jalan Allah  iaitu menegakkan agama islam, ia pasti akan dapat tempat yang lebih baik.Allah tak janji hari ini kita usha, esok dapat terus, ingat tak kata-kata hikmah ni Allah tak pernah janjikan langit selalu biru, jalan hidup tanpa batu, matahari tanpa hujan, kebahagiaan tanpa kesedihan, kejayaan tanpa perjuangan. Tapi Allah janjikan kemudahan bersama kesulitan, rahmat dalam ujian, ganjaran buat kesabaran, keteguhan dalam perjuangan. Siapa berusaha, dia akan berjaya. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim)
Jangan sampai kita kaya dunia tapi kita muflis di akhirat..Dari Abu Hurairah ra., bahawa Nabi saw., bersabda: “Tahukah kamu siapakah dia orang Muflis?” Sahabat-sahabat Baginda menjawab:  “Orang Muflis di antara kami, ya Rasulullah ialah orang yang tidak ada wang ringgit dan tidak ada harta benda;”Nabi saw., bersabda: “Sebenarnya orang Muflis dari kalangan umatku ialah orang yang datang pada hari qiamat membawa sembahyang, puasa dan zakat,  sedang datangnya itu dengan kesalahan memaki hamun orang ini dan menuduh orang itu memakan harta orang ini, menumpah darah orang itu, dan juga memukul orang; maka akan diambil dari amal kebajikannya serta diberi kepada orang ini dan orang itu; kemudian kiranya habis amal kebajikannya sebelum habis dibayar kesalahan-kesalahan yang ditanggungnya, akan diambil pula dari kesalahan-kesalahan orang yang dianiayakan serta ditimpakan ke atasnya, kemudian ia dihumbankan ke dalam Neraka.” (Muslim dan Tirmizi)


Monday, November 26, 2012

Aurat Wanita Dari Al-Quran Dan Hadis



1. Bulu Kening
-Menurut Bukhari, "Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening." Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.


2. Kaki (tumit kaki)
-"Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan." (An-Nur: 31)
Keterangan: Menampakkan kaki dan menghayunkan/melenggokkan badan mengikut hentakan kaki.


3. Wangian
-"Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina." (Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban).


4. Dada
-"Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka. " (An-Nur : 31)


5. Gigi
-'Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya.' (Riwayat At-Thabrani)
-"Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang mengubah ciptaan Allah"(Riwayat Bukhari dan Muslim).


6. Muka dan Tangan
-Asma Binti Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: 'Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja." (Riwayat Muslim dan Bukhari).


7. Tangan
-"Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya"(Riwayat At Tabrani dan Baihaqi).


8. Mata
-"Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pandangannya." (An Nur : 31).

-Sabda Nabi SAW, "Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama, pandangan seterusnya tidak dibenarkan." (Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi).


9. Mulut (suara)
-"Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik."( Al Ahzab: 32).

-Sabda Rasulullah saw, "Sesungguhnya akan ada umatku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi." (Riwayat Ibn Majah).


10. Kemaluan
-"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka. "(An Nur : 31).

-"Apabila seorang perempuan itu sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya." (Riwayat Al Bazzar).

-"Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah." (Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah).


11. Pakaian
-"Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti." (Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah).

-"Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya." (Riwayat Bukhari dan Muslim). Keterangan: Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.

-"Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuan mu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Al Ahzab : 59).


12. Rambut
-"Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya." (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Sunday, November 25, 2012

Balik Kg Naik Bas

Tajuk tak ada kene mengene dengan isinya..huhu saje je buat tajuk macam tuh :)Tadi semantara nak tunggu adik naik bas..sempat berbual dengan abah, adik dan mak.. berbual pasal naik bas..tu  yang cakap kat abah tadi,  abah  nak tulis pasal abah la kat dalam blog..hehe abah senyum ajer. Bas bukan Baz..so kene paham ..huhu sebab kenkadang orang silap panggil..nak panggil baz, tapi dipanggilnya bas..nak panggil bas di panggilnya baz..confius dah mane satu..tapi pernah dulu masa time belajar, nak balik ke asrama..ada sorang budak tu pangil baz..baz..bila aku berpaling..dia cakap bukan panggil ko..aku panggil bas ..ada ke pangill bas..macamlah bas tu boleh bercakap kan....dan diaorang ketawa sampai tak ingat dunia..huh ada jugak orang macam tu kan..ok bukan nak citer bas ke baz...opsss ada2 nak citer... tetiba je teringat...pernah naik bas..bawa banyak barang, barang mak banyak...last-last pakcik tu cakap ni bas bukan lori..haishh macam lah tak kenal bas dengan lori..huh..baik punya perli pakcik..pakcik memang terbaik :) dah namanya bas kan lah tak dapat nak beza bas dengan lori....plak tuh bas tak ada limit pun nak bawa barang banyak mana, kecuali  law dia da tetapkan hanya boleh bawa berapa beg ke, berapa kg ke..nak bawa satu bas pon boleh..huhu..ok-ok bukan nak cerita pasal ni pun..tadi masa adik aku nak naik bas balik ke tempat belajar,  orang yang akan paling sibuk adalah abah :) seyes dari dulu masa aku t nak balik belajar pun..abah lah orang yang paling sibuk..sibuk yang macam mana..jangan disalah ertikan :) abah la yang akan tanya awal-awal lagi, barang mana yang belum packing..da siap semua barang ke belum..dan yang paling penting abah akan hantar sejam paling awal..huhu kata abah biar kita yang tunggu bas..jangan baz yang tunggu kita..huhu..ada 2 maksud tuh....of cos la kalau baz yang tunggu memang dapat naik..tapi kalau bas yang tunggu baz...comfirm2 bas akan meninggalkan baz..huhu..bagi pening sikit :) ok berbalik pada citer abah aku...abah nak antar adik satu jam awal kot..huhu..tempat yang adik nak naik bas tu, tak sampai 5 minit dari umah ..abah takut kiataorg windu umah..ofcos lah umah memang selalu tempat yang paling di rinduikan..tp bukan sebab tuh..cuma abah takut anak abah di tertinggal bas je..:)

Saturday, November 24, 2012

Termenung.


huhu aper kene mengene plak termenung ni..sejak dua mejak ini aku selalu termenung...(chewah sila abaikan ini tidak betul) .saje je nak post pasal ni..hehehe..siapa yang termenung sekarang ni? siapa2 pun boleh kan :) kamu..kamu..dan kamu pun pasti ada yang akan termenung kan..termenung ni mungkin kita memikirkan sesuatu yang akan terjadi...belum terjadi...dan dah terjadi dah pun kan..korang pernah tak termenung? tak pernah? serius tak pernah termenung? sama macam saya la tak pernah(tapi itu tipu) ok berbalik kepada termenung..pernah dengar tak lagu siapa entah...
  Mengapa kau termenung
mengapa kau bersedih
hiburkanlah hatimu
gembiralah selalu...

setuju dengan lagu ni..tapi dekat part mengapa kau bersedih je tak berapa nak setuju.. dan kenapa kita bersedih pula lepas termenung kan..patutnya kita kene hiburkan hati kita dengan gembira selalu... baru hidup kita positif kan...chewah..positif plak..kat mane positifnya pun tak tau..hello2..positifnya mengembirakan hati kita itu penting.. :)

Thursday, November 22, 2012

Puasa Sunat Muharram

Bagi sesiapa yang mampu, mari kita sama-sama berpuasa sunat esok (23 Nov = Hari Tasu'a = 9 Muharram) dan ( 24 Nov 2012 = Ashura' = 10 Muharram) dan bakal beroleh kebaikan iaitu keampunan dosa kecil setahun, manakala dosa besar pula diharapkan dapat berkurangan atau menyuntik kekuatan untuk taubat di samping pahala mengikut Sunnah. Demikian pandangan Imam An-Nawawi.

Imam Ibnu Qayyim berpandangan terdapat tiga kaedah melaksanakan puasa hari ‘Ashura iaitu:-
1. Berpuasa tiga hari iaitu pada 9, 10 dan 11 Muharram, atau
2. Berpuasa 9 dan 10 Muharram, atau
3. Berpuasa pada 10 Muharram sahaja.

from : Dr Zaharuddin Abd Rahman

Tuesday, November 13, 2012

Musim Kahwin Agaknya



Assalamualaikum...Musim Kahwin agaknya..alhamdulillah kahwin jugak aku..opss..nak tulis housemate ku tertulis aku la plak  huhu..aku? insyAllah doakan aku jugak yer, kenapa plak aku tulis tajuk musim kahwin agak ni? hehe sebabnya lebih dari 8 orang sahabat saya akan menamatkan zaman bujangnya untuk tahun 2012..Alhamdulillah, saya juga turut tumpang gembira.barakah3.jpg semoga Allah memberkati kamu dan melimpahkan berkat kepada kamu dengan menghimpunkan kamu dalam kebaikkan..insyaAllah..aminnn....dan semoga menjadi isteri yang solehah yang dapat  menjadi penyejuk mata, penawar hati dan penajam fikiran, dirumah kita isteri, dijalanan kita ini sebagai kawan..diwaktu suami kita buntu, kita yang akan tunjukkan jalan..(tetiba teringat kat lirik  lagu isteri solehah)

Impian untuk hidup sebumbung di syurga akhirat. Itulah hakikat cinta abadi bagi pasangan yang menjadikan Allah S.W.T. sebagai pusat kecintaan dan Rasul-Nya s.a.w. sebagai sumber ikutan mereka. Syurga yang menghimpunkan segala kenikmatan yang tidak pernah terlintas pun di pemikiran manusia. Itulah tempat tuju mereka. Bermula dari hari pertama perkahwinan, dikurniakan zuriat dan melayari kehidupan berkeluarga , kesudahan yang mereka harapkan ialah syurga dan nikmat syurga. Walaupun mungkin di dunia mereka terlepas banyak peluang kebahagiaan dan kesenangan.

Semoga kebahagiaan yang dikecapi dalam keluarga, berterusan hingga ke akhirat. Tempat yang tiada lagi duka , tidak perlu lagi merajuk dan memujuk, tiada penat dan lesu, tiada sedih dan sepi. Yang ada cuma kebahagiaan yang kekal abadi.InsyaAllah

Terbaca di article I luv Islam, semoga kita sama-sama dapat manfaatnya dan mga-moga kita dapat menjadikan panduan menuju ke jalan Allah..InsyaAllah...aminnn

Berkahwin dan memiliki sebuah keluarga sentiasa menjadi keinginan seorang wanita. Jika ditanya pula pada seorang wanita yang baru mendirikan rumahtangga, kebanyakannya ingin menjadi isteri yang baik kepada suami dan ibu yang baik kepada anak-anaknya. Antara lain harapan yang diletakkan ialah ingin mengekalkan kebahagiaan hingga ke anak cucu, malah ada yang ingin kekal bahagia sehingga ke akhir hayat.

Sekalipun matlamat dan harapan cukup jelas, ramai yang gagal meramal atau menjangka laluannya tidak semudah yang disangka. Alasannya cukup mudah, jika yang diinginkan ialah kebahagiaan, sudah tentu yang diuji adalah ketahanan dan pengorbanan setiap individu yang inginkan kebahagiaan tersebut.
Bahagia tidak datang secara percuma, juga bahagia bukan sesuatu yang boleh diperturunkan oleh sesiapa kepada sesiapa.Kebahagiaan perlu diusahakan. Laluannya perlu difahami, teknik dan strategi perlu dipelajari, rintangan dan halangan perlu dijangka lebih awal, persediaan mental, fizikal dan kejiwaan perlu sentiasa dibina dan ditingkat, kemahiran asas dan tambahan perlu dipelajari, petua dari yang orang yang berjaya dan berpengalaman perlu sentiasa dituntut dan yang penting sekali perhubungan dengan Yang Maha Berkuasa perlu sentiasa dihidupkan.
Bagi seorang wanita yang ingin menjadi isteri yang solehah, mereka perlu jelas dengan apa yang dinyatakan tadiIsteri solehah di sisi Allah selayaknya diberi ganjaran syurga. Sementara syurga itu adalah tempat orang yang juga mendapat tempat disisi Allah.
Orang yang mendapat tempat disisi Allah pula bukanlah orang yang sembarangan, bukan orang yang kalah bila diuji, yang melatah bila ditimpa kesusahan dan putus asa bila diuji dengan kesabaran.
Isteri yang solehah boleh dikatakan sebagai isteri yang luar biasa pada masakini. Pada masa ini terdapat lebih ramai isteri yang biasa-biasa saja dari segi ketaatan dan kepatuhan kepada suami juga biasa-biasa sahaja dari segi ketahanan jiwa dan mentalnya dalam menjalankan tanggungjawabnya sebagai isteri.

Sesuai dengan apa yang diceritakan oleh Nabi dalam Isra' baginda dimana kebanyakan dari penghuni neraka adalah wanita, termasuklah wanita yang derhaka kepada Allah dan suaminya.Jika sudah itu kenyataannya sudah tentu di dunia kini kita dapat melihat banyak wanita yang bergelar isteri mempunyai ciri-ciri ahli neraka. Juga pada masa yang sama jika terdapat golongan wanita yang mempunyai ciri-ciri ahli syurga sudah tentu sedikit bilangannya.
Maka dari kiraan statistiknya kumpulan yang terkeluar dari populasi yang ramai atau yang biasa dinamakan sebagai kumpulan yang luar biasa.
Dalam konteks sebuah perkahwinan, kedudukan wanita atau isteri di sisi suaminya adalah sebagai pembantu atau suri dalam kehidupan. Jika suami ibarat raja yang boleh bertitah dan mengeluarkan perintah, isteri pula umpama menteri yang menerima segala arahan dan wajib mentaati serta merealisasikan perintah tersebut.

Dalam ertikata yang lain, isteri bertanggungjawab mentaati perintah suami
Dalam Al-Quran jelas menyatakan perkara tersebut dimana isteri wajib mentaati suami selagimana perintah suami tidak bercanggah dengan perintah Allah Taala.

Isteri yang luarbiasa perlu lulus segala ujian. Ujian seorang isteri terletak dibawah kemampuannya mentaati perintah Allah dan juga perintah suaminya. Isteri yang ingin lulus dengan jayanya perlu mengetahui beberapa perkara yang menjadi kunci atau asas kejayaan.
01.Pertama, isteri perlu meletakkan Allah sebagai pusat ketaatan yang tertinggi dan utama atas segala-galanya.Sementara suami wajib ditaati selagi apa yang diperintah tidak menyalahi atau membelakangi ketaatan isteri kepada Allah. Dalam ertikata lain, isteri perlu tahu dan faham bahawa ketaatan beliau kepada suami adalah kerana Allah memerintahkan beliau untuk berbuat demikian, bukan kerana suami yang mengkehendaki sedemikian.

Adalah penting untuk isteri memahami perkara ini kerana kebanyakan isteri yang 'biasa-biasa' mudah merasa putus asa untuk terus mentaati apa yang dikehendaki oleh suami terutama apabila keinginan suami bercanggah dengan keinginan sendiri atau suami tidak membalas ketaatan dan kebaikan yang isteri lakukan.

Isteri yang luarbiasa mempunyai matlamat yang juga luarbiasa atau yang tidak dapat dilihat oleh isteri yang 'biasa-biasa'.Jika isteri yang 'biasa-biasa' melihat hubungan antara suami dan isteri sebagai interaksi antara pasangan bercinta, isteri yang luarbiasa melihat hubungan tersebut dan interaksi antaranya sebagai ibadah kepada Allah Taala.Maka tidak kiralah samada suami membalas atau tidak kebaikan yang dilakukan, isteri sebegini tidak akan berhenti dari terus melaksanakan kewajiban yang ditetapkan oleh Allah Taala.


02.Kedua, isteri perlu sentiasa menjana kekuatan mental dan spiritualnya.
Tanggungjawab seharian seorang isteri sangat mencabar kekuatan jiwa. Apatah lagi jika isteri tersebut bekerjaya. Tuntutan tanggungjawab yang berterusan mudah menekan perasaan naluri isteri yang secara fitrahnya sememangnya lembut dan halus.

Lebih mencabar lagi jika isteri tersebut mempunyai suami yang kurang sensitif atau kurang bertimbangrasa dalam hal-hal berhubung tanggungjawab di rumah.Walau apapun keadaannya, apa yang dipertanggungjawabkan oleh Allah kepada seorang isteri akan kekal sebagai tanggungjawab yang bakal disoal di akhirat kelak.Dalam ertikata yang lain, sekalipun isteri tersebut bekerja, tidak sekali-kali dia terkecuali atau dikurangkan dari tanggungjawab asasnya terhadap rumahtangganya.

Dalam keadaan ini jika tekanan tidak dapat dikurangkan seorang isteri yang luarbiasa akan sentiasa meningkatkan kekuatan mental dan spiritualnya melalui hubungannya dengan Allah Taala. Semakin kuat tekanan, semakin rapat hubungannya dengan Allah. Sebagaimana yang disabdakan oleh Rasullullah s.a.w;
"Barangsiapa menjadikan semua kebimbangannya kepada satu kebimbangan (akhirat) Allah akan melenyapkan semua kebimbangan keduniaannya, dan barangsiapa yang membimbangkan tentang hal-hal keduniaan, Allah akan membiarkannya tenggelam dalam kebimbangannya"
Dalam sebuah hadis Qudsi Allah berfirman yang kira-kira bermaksud:
"Wahai anak Adam! Luangkanlah masa kamu untuk beribadah kepadaKu dan Aku pastinya akan memenuhi dadamu dengan kekayaan dan kesenangan (iaitu merasa puashati dan bebas dari kesusahan) dan membebaskan kamu daripada bergantung (pada orang lain untuk keperluanmu) tetapi sekiranya kamu tidak melakukannya maka Aku akan memenuhi dadamu dengan perasaan gelisah dan rasa bersalah dan tidak akan membebaskanmu daripada bantuanmu (dan keperluan)."
Dengan kata lain, semakin bertambahnya kekayaan, kamu akan bertambah bakhil dan kamu akan sentiasa dalam kebuntuan. Isteri yang luar biasa menjadikan Allah sebagai tempat mengadu, tempat bergantung dan memohon kekuatan.

Dalam keadaan bebanan tanggungjawab yang semakin bertambah; melayan dan memenuhi keperluan suami, mendidik dan mengasuh anak-anak, mengurus kerja-kerja rumahtangga yang tidak pernah berkesudahan, kemudian di tambah lagi dengan tuntutan tanggungjawab kerjaya sudah tentu kudrat manusia biasa tidak termampu untuk menanggungnya sendirian, apatah lagi oleh wanita yang berjiwa halus dan berfizikal lembut.


Dalam keadaan ini hanya Allah sahaja yang mampu memberi kekuatan, tempat mengadu yang menyediakan pemahaman yang amat mendalam dan tempat menggantung doa serta harapan yang tidak pernah mengecewakan.Isteri luarbiasa mempunyai pertalian yang luarbiasa dengan Penciptanya.


03.Ketiga, isteri luarbiasa jiwanya penuh dengan kasih sayang.
Kasih sayang tersebut sentiasa mendorongnya untuk memberi berbanding menerima, memahami berbanding menuntut orang lain memahaminya, mengutamakan berbanding diutamakan, berkorban berbanding mengharap orang lain berkorban untuknya.

Isteri sebegini sedar dimana beliau dapat menyalurkan kedukaan dan keluhan agar tidak sampai nampak pada pandangan suami apatah lagi menyusahkan suami. Bagi seorang isteri yang luarbiasa akhlaknya, tanggungjawabnya lebih utama dari hak yang perlu dituntut. Tanggungjawab akan dikira di depan Allah berbanding dengan hak.

Isteri solehah lebih gusar jika tanggungjawab sebagai isteri dan ibu tidak dipenuhi olehnya berbanding dengan hak yang perlu diterima.
Isteri solehah lebih gusar jika kemuraman dan kemasaman wajahnya menyusahkan suami berbanding menuntut suami melayani perasaan dan kekecewaannya. Dalam ertikata yang lain, isteri yang luarbiasa juga mempunyai ketahanan mental dan emosi yang cukup tinggi.
Bagi setiap wanita yang bergelar isteri, yang bercita-cita untuk menjadi isteri yang solehah, sebaiknya mengukur kemampuan dan kesanggupan diri sendiri untuk memenuhi ciri-ciri yang dinyatakan tadi.
Jika belum mampu, pertingkatkan usaha. Menjadi seorang isteri merupakan anugerah yang cukup tinggi bagi seorang wanita. Memiliki suami umpama memiliki jambatan bonus untuk meniti ke syurga. Namun tanpa ketaatan terhadap suami umpama tidak menghargai peluang yang ada.

Mengenepikan suami atau menderhakai suami pula, umpama merobohkan jambatan tersebut dan memilih untuk berenang ke syurga. Arahnya sama, namun sayang kemudahan tiada. Isteri yang luarbiasa sahaja yang berjaya tiba ke syurga yang dijanjikan Allah padanya.


Lagu ini ditujukan kepada kamu..kamu..dan kamu yang akan melangsungkan perkahwinan..
Selamat pengantin baru, semoga Allah redha..Insyaallah..


 https://www.youtube.com/watch?v=YeeeMGqwMg8&feature=related
Bila dua hati dah terjalin

Selamatlah pengantin kami doakan
Moga redha Allah bersinar selalu
Tanda bermula bahtera hidup
Dalam melayari bahtera rumahtangga
Ada masa tenang dan masa gelisah
Jangan nafsu diikut melulu
Sabar dan kemaafan itu perlu

Beginilah resam manusia
Tak lari dari ketentuan Ilahi
Suami ketua isteri pembantu
Melangkah hidup saling berpadu

Susah dan senang hadapi bersama
Moga kekal ke anak cucu
Moga kekal hingga ke syurga



Tuesday, October 23, 2012

Pesanan buat pasangan sudah berkahwin dan yang bakal Berkahwin

Assalamualaikum...Tadi duk baca-baca article terjumpa pasal article sedikit Pesanan dan juga peringatan buat pasangan yang sudah berkahwin atau yang bakal berkahwin..

-Asal kepada perkahwinan adalah untuk kekal dan bukan bercerai
-cinta itu tidak salah tapi fitrah, cuma bagaimana kita menyalurkannya.
-Janganlah letakkan harapan dan impian yang terlalu tinggi sebelum berkahwin kerana takut realiti perkahwinan tidak seperti yang diharapkan.
-Kita janganlah cinta kepada orang yang belum tentu kita kahwini, tetapi cintalah kepada orang yang kita kahwin.
-Walau berlaku masalah dalam rumahtangga, bersabarlah.Kerana, Allah menilai setiap sesuatu,apa sahaja kebaikan yang kita lakukan tidak sia-sia.
-Manusia tidak sempurna,sebab itu kita jangan letakkan manusia sebagai harapan.Sebaliknya, letakkanlah harapan kepada Allah kerana hanya Dia tempat sebaik-baik pertolongan dan harapan.
-Bila kita melakukan kebaikan kerana Allah,insyaAllah mampu bawa keluarga kita ke syurga.
-Jika kita menghadapi masalah, (SABAR), jika dapat nikmat (SYUKUR

-Ustazah Noraslina Jusin-

Sunday, October 14, 2012

Kesabaran Ada Kemanisan

Assalamualaikum. Kesabaran ada kemanisan, macam sweet je kata-kata ni kan, yer betul-betul aku setuju la dengan kata-kata sahabat aku ni memang setiap kesabaran itu pasti akan ada kemanisan di akhirnya...manis yang dimaksud kan macam mana tuh?? urmm... manis macam gula tak best sangat, tak boleh nak telan plak kan, urmm..macam coklat la..urmm..sedap..begitu lah dengan setiap kesabaran insyaAllah pasti ada kemanisannya, pasti ada hikmahnyakan..dan pasti ada ganjaran bukan, ingat tak kata-kata hikmah ni kadang-kadang  ALLAH hilangkan matahari, kemudian DIA datangkan guruh, puas kita menangis mencari  mana matahari kita, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita Pelangi yang Indah..Setiap kesabaran pasti ada kemanisan :)

Friday, October 12, 2012

Sahabat...

Carilah ramai sahabat kerana Allah taala,
Bukan kerana kepentingan dunia sahaja kerana jika sahabat anda itu tidak lagi mempunyai apa2, engkau akan menjauhinya..

Alangkah beruntung org yg mempunyai ramai sahabat kerana Allah taala, kerana mendapat limpahan doa dari sahabat2nya..

Jika bersahabat kerana Allah, pastinya kita sayangkan sahabat kita dan tidak ingin mereka masuk ke neraka Allah.. Kita akan sedaya upaya menariknya ke arah kebaikan dan menegur sebarang kesilapan dgn penuh kasih sayang... Indahnya erti persahabatan yg sebenar :)

Jom perbetulkan niat kita dalam bersahabat..

Thursday, October 11, 2012

Mukjizatnya Azan


Pesanan  Semasa Mendengar Azan... 

Kematian itu pasti  menjelma.  Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui. Cuba kita amati. Mengapa  kebanyakan orang yang nazak, hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa....  lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan 'sakaratul  maut'. 

Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: "Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya. "Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri,  jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang. 

Sebagai orang  beragama Islam kita wajib menghormati azan. Banyak fadhilatnya. Jika lagu  kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri. Mengapa ketika azan  kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas sesiapa yang  berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak. 

Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita tidak dapat mengucap kalimah  "Lailahaillallah.." yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan  kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan syurga untuk mereka. 

Dari itu marilah  kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut.

"Ya Allah! Anugerahkanlah kematian  kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah  "Lailahaillallah.." semasa sakaratul maut menghampiri kami.  
Amin ..amin..amin  Yarobbal a'lamin.." 

WASIAT NABI MUHAMMAD  S.A.W.  kepada SAIDINA ALI R.A.;
Wahai Ali, bagi orang 'ALIM itu ada 3  tanda2nya:
1)   Jujur dalam berkata-kata.
2)    Menjauhi segala yg haram.
3)   Merendahkan diri. 


Wahai Ali, bagi  orang yg JUJUR itu ada 3 tanda2nya: 
1)    Merahsiakan  ibadahnya. 
2)    Merahsiakan  sedekahnya. 
3)    Merahsiakan ujian yg  menimpanya. 


Wahai Ali, bagi org yg TAKWA itu ada 3  tanda2nya: 
1)    Takut berlaku dusta dan  keji. 
2)    Menjauhi kejahatan. 
3)     Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman. 


Wahai Ali,  bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda2nya:
1)     Mengawasi  dirinya. 
2)     Menghisab  dirinya. 
3)     Memperbanyakkan ibadah kepada Allah  s.w.t. 

Wang RM50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid,

tetapi begitu kecil bila kita bawa ke supermarket. 45 minit terasa terlalu
lama untuk berzikir tapi betapa pendeknya waktu itu untuk pertandingan
bola sepak. Semua insan ingin memasuki syurga tetapi tidak ramai yang
berfikir dan berbicara tentang bagaimana untuk memasukinya

Wednesday, October 10, 2012

Kemanisan Yang Hilang

Orang cakap jangan minum manis...nanti kene kencing manis, tapi lebihkan manis dalam senyuman itu bagus..hehe..teringat aku masa dulu-dulu time belajar,  selalu order air di  cafe, dan aku akan pesan kurang manis..dan dia akan cakap lebihkan manis dalam senyuman kurangkan manis dalam minuman....ok-ok bukan bab tu yang aku nak huraikan..huhu apa plak duk melalut-lalut nih..heheh ok berbalik kepada kemanisan yang hilang ni..kita dah tengok macam-macam rancangan dah, dah dengar macam-macam ceramah, bab agama, namun kadang-kadang  perangai kita masih sama.Ramai orang dah tegur, tapi perangai kita tak berubah jugak kan, masih di takuk lama  jugak kan....jum sama-sama kita mohon kepada Allah supaya memberi kefahaman kepada kita..ramai orang belaja..tapi tak beramal, ramai yang dengar dan beramal tapi  susah nak sampaikan kepada orang lain..jum sama-sama kita kekalkan kemanisan beribadat dalam diri kita..jangan sampai kemanisan dalam hati kita hilang. sebab apa hilang? sebab kita selalu  duk perlekehkan kepada orang yang pergi ke majlis ilmu, pandang buruk pada orang, selalu tinggi diri, bongkak, sombong, buruk sangka dan sebagainya. Ada juga orang beribadat kerana orang, sebab apa? sebab nak dapat pujian dari orang..jangan sampai kemanisan iman  kita di tarik, semoga hati kita sentiasa dapat kemanisanya..mana hilangnya kasih ihsan kepada ibu bapanya kita..mencintai sesiapa yang menyukai pertemuan dengan allah maka allah menyukai pertemuan dengannya..hubungan kita dengan orang? cuba kita pikir-pikirkan...

Monday, October 8, 2012

Meegi Ketam

Assalamualaikum...entry tah apa-apa kan, tetiba je mee ketam. Hari sabtu baru ni berkesempatan makan meegi ketam, biasanyer pernah dengar cerita orang dan tengok gambar orang makan je, Thanks kepada yang belanja..Jum ikuti resepi yang tak berapa nak resepi sangat ..hehe  senang je kot nak membuatnyer, pergi pasar or kat mane-mana yang jual ketam ni, then beli...ok..meh aku ajar cara aku plak( macam la pandai masak sangat) huhuk semua orang ada skills masing-masing kan..huhu terpulang bagaimana anda nak menghidangkannyer...cara aku mudah je.. Bagi air mendidih dulu, kalau tak nak bagi pon tak apa, masuk je ketam tu dalam periuk korang., Masukkan seafood korang nak letak apa lagi selain ketam tu, nak masukkan udang ke, sotong ke, lala ke, tapi kat umah aku tak der lala, so aku abaikaan je ..letak perencah meegi yang korang nak makan, perencah kari ke, ayam ke, tomyam ke, perencah sendiri ke semuanyer terpulang pada kesukaan masing-masing, tidak ada paksaan wokeh.., hari tu aku buat dengan meegi tonyam ruski..sedap...huhuk susah la orang yang perasan dia masak sedap ni..huhu  memang la sedap sebab guna perencah dia la makcik oii..hehehe aku tolong masak je..benda dah ada so add on..add on je la..chewah main add on2 konon...masukkan sayur, aku memang suka sayur, so siapa yang tak suke sayur tak payah la letak, kan senang..jangan masak lama sangat, hilang sayur punya khasiat kot, entah lupa orang panggil apa..huhu last sekali masukkan meggi..x yah lama sangat, sebab nanti meegi jadi kembang..agak-agak ok da boleh masukkan kedalam bekas..dan makan dengan dimulakan bismillah...siap...senang kan.:)


Sunday, September 16, 2012

Manusia Biasa dan Luar Biasa

Assalamualaikum...apa aku duk mengarut manusia biasa dan luar biasa ni? manusia ni sama je, mana ada luar biasa pun, tu aku memang setuju..sebab kita ni manusia biasa, amalan pun biasa-biasa, dan pemikiran kita lagi la biasa-biasa...so apa yang luar biasanya? luar biasanya luar biasa yang membuatkan segala makhluk dilangit dan dibumi memuji kita..ok aku bagi contoh skit, bukan senang orang yang melakukan kesalahan nak mengaku kesalahannya, sebab orang yang biasa nak ke dia minta maaf dan mengaku kesalahannya? ingat tak cerita pasal yang seorang pemuda yang bunuh 99 orang tuh? akhirnya dia bertaubat..dan dimasukkan ke syurga..itu la yang di maksudkan luar biasa tu,

pernah tak korang baca kisah ni...


Seorang budak menangis ketika melihat unggun api yang sedang marak menyala.
Khalifah Harun al-Rasyid bertanya kepadanya kenapa dia menangis. Budak itu menjawab : “Aku takutkan api neraka…”
 
Khalifah yang adil itu memujuk : “Anak kecil sepertimu tidak akan dimasukkan ke dalam api neraka..”
Namun, apakah jawapan budak itu? Katanya : “Aku lihat ketika orang menyalakan api, mereka akan memasukkan ranting-ranting kecil dahulu. Setelah ranting kecil terbakar, barulah dimasukkan kayu-kayu yang besar. Aku takut hal yang sama berlaku di dalam neraka kelak. Aku umpama kayu kecil itukah?”
Mendengar jawapan itu, khalifah turut menangis….

Apabila rasa takutkan Allah  yang sentiasa memerhati sentiasa menjaga dan mengawasi berada dalam hati, semua yang dilihat akan memberi pengajaran dan hikmah. Yang dilihat biasa oleh kebanyakan manusia, dilihat luar biasa oleh orang yang fikirkan tentang Allah, lantas menghalang mereka melakukan maksiat dan dosa.

Itu pandangan seorg kanak-kanak. kanak-kanakpun tahu takut akan api neraka, kita yg dah besar lg perlu takut.Mudah mudahan dikurnaikan rasa takut melakukan dosa. aminn.