Thursday, November 22, 2012

Puasa Sunat Muharram

Bagi sesiapa yang mampu, mari kita sama-sama berpuasa sunat esok (23 Nov = Hari Tasu'a = 9 Muharram) dan ( 24 Nov 2012 = Ashura' = 10 Muharram) dan bakal beroleh kebaikan iaitu keampunan dosa kecil setahun, manakala dosa besar pula diharapkan dapat berkurangan atau menyuntik kekuatan untuk taubat di samping pahala mengikut Sunnah. Demikian pandangan Imam An-Nawawi.

Imam Ibnu Qayyim berpandangan terdapat tiga kaedah melaksanakan puasa hari ‘Ashura iaitu:-
1. Berpuasa tiga hari iaitu pada 9, 10 dan 11 Muharram, atau
2. Berpuasa 9 dan 10 Muharram, atau
3. Berpuasa pada 10 Muharram sahaja.

from : Dr Zaharuddin Abd Rahman

No comments: