Wednesday, October 10, 2012

Kemanisan Yang Hilang

Orang cakap jangan minum manis...nanti kene kencing manis, tapi lebihkan manis dalam senyuman itu bagus..hehe..teringat aku masa dulu-dulu time belajar,  selalu order air di  cafe, dan aku akan pesan kurang manis..dan dia akan cakap lebihkan manis dalam senyuman kurangkan manis dalam minuman....ok-ok bukan bab tu yang aku nak huraikan..huhu apa plak duk melalut-lalut nih..heheh ok berbalik kepada kemanisan yang hilang ni..kita dah tengok macam-macam rancangan dah, dah dengar macam-macam ceramah, bab agama, namun kadang-kadang  perangai kita masih sama.Ramai orang dah tegur, tapi perangai kita tak berubah jugak kan, masih di takuk lama  jugak kan....jum sama-sama kita mohon kepada Allah supaya memberi kefahaman kepada kita..ramai orang belaja..tapi tak beramal, ramai yang dengar dan beramal tapi  susah nak sampaikan kepada orang lain..jum sama-sama kita kekalkan kemanisan beribadat dalam diri kita..jangan sampai kemanisan dalam hati kita hilang. sebab apa hilang? sebab kita selalu  duk perlekehkan kepada orang yang pergi ke majlis ilmu, pandang buruk pada orang, selalu tinggi diri, bongkak, sombong, buruk sangka dan sebagainya. Ada juga orang beribadat kerana orang, sebab apa? sebab nak dapat pujian dari orang..jangan sampai kemanisan iman  kita di tarik, semoga hati kita sentiasa dapat kemanisanya..mana hilangnya kasih ihsan kepada ibu bapanya kita..mencintai sesiapa yang menyukai pertemuan dengan allah maka allah menyukai pertemuan dengannya..hubungan kita dengan orang? cuba kita pikir-pikirkan...

No comments: