Saturday, November 12, 2011

Rezeki, Ajal Dan Jodoh kita


Assalamaualaikum...
Tadi terbaca di laman facebook ustaz azhar ada orang postkan pasal ni, ALLAH S.W.T dah tetapkan kita 3 perkara:-
1) Rezeki Kita
2) Ajal kita
3) Jodoh Kita


Tapi 1 perkara yang ALLAH S.W.T tidak tetapkan  iaitu iman, so  untuk dapatkan iman kite kena cinta allah 100%..allahurobbi..

Ok berbalik pada Rezeki kita, Allah dah tetapkan rezeki kita, tapi kita tak leh la nak sesuatu  tanpa usaha, contohnya malas nak kerja bila orang tanya, dah rezeki aku macam ni tak ada keje nak buat macam mane, kan allah dah cakap, aku tak akan mengubah sesuatu kaum kecuali kaum itu mengubahnya sendiri, korang pernah baca kisah semut dengan Nabi Sulaiman tak, kalau yang tak pernah baca, jum kita ambil iktibar daripadanya 

Di zaman Nabi Allah Sulaiman berlaku satu peristiwa, apabila Nabi Allah Sulaiman nampak seekor semut melata di atas batu; lantas Nabi Allah Sulaiman merasa hairan bagaimana semut ini hendak hidup di atas batu yang kering di tengah-tengah padang pasir yang tandus. Nabi Allah Sulaiman pun bertanya kepada semut: " Wahai semut apakah engkau yakin ada makanan cukup untuk kamu".Semut pun menjawab: "Rezeki di tangan ALLAH, aku percaya rezeki di tangan ALLAH, aku yakin di atas batu kering di pasir yang tandus ini ada rezeki untuk ku". Lantas Nabi Allah Sulaiman pun bertanya: " Wahai semut, berapa banyakkah engkau makan? Apakah yang engkau gemar makan? Dan banyak mana engkau makan dalam sebulan?"Jawab semut: "Aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan".

Nabi Allah Sulaiman pun mencadangkan: "Kalau kamu makan hanya sebiji gandum sebulan tak payah kamu melata di atas batu, aku boleh tolong". Nabi Allah Sulaiman pun mengambil satu bekas, dia angkat semut itu dan dimasukkan ke dalam bekas; kemudian Nabi ambil gandum sebiji, dibubuh dalam bekas dan tutup bekas itu. Kemudian Nabi tinggal semut di dalam bekas dengan sebiji gandum selama satu bulan.

Bila cukup satu bulan Nabi Allah Sulaiman lihat gandum sebiji tadi hanya
dimakan setengah sahaja oleh semut, lantas Nabi Allah Sulaiman menemplak semut: "Kamu rupanya berbohong pada aku!. Bulan lalu kamu kata kamu makan sebiji gandum sebulan, ini sudah sebulan tapi kamu makan setengah".

Jawab semut: "Aku tidak berbohong, aku tidak berbohong, kalau aku ada di
atas batu aku pasti makan apapun sehingga banyaknya sama seperti sebiji gandum sebulan, kerana makanan itu aku cari sendiri dan rezeki itu datangnya daripada Allah dan Allah tidak pernah lupa padaku. Tetapi bila kamu masukkan aku dalam bekas yang tertutup, rezeki aku bergantung pada kamu dan aku tak percaya kepada kamu, sebab itulah aku makan setengah sahaja supaya tahan dua bulan. Aku takut kamu lupa".

Bagaimana pula dengan kisah manusia dalam perihal rezeki? jum kita baca sikit lagi untuk sama-sama kita ambil aktibar..

Di zaman Imam Suffian, ada seorang hamba Allah yang kerjanya mengorek kubur orang mati. Kerja korek kubur orang mati bukan kerja orang ganjil. Bila ada orang mati, mayat terpaksa ditanam, oleh itu kubur perlu digali dulu. Tetapi yang ganjil mengenai hamba Allah ini ialah dia tidak gali kubur untuk tanam mayat.

Sebaliknya apabila orang mati sudah ditanam, waris sudah lama balik ke rumah dan Munkar Nakir sudah menyoal, barulah penggali ini datang ke kubur untuk korek balik.Dia nak tengok macam mana rupa mayat setelah di INTERVIEW oleh Munkar Nakir. Dia korek 1 kubur, 2 kubur, 3 kubur, 10 kubur, 50 kubur sampai 100 kubur. Lepas itu, penggali pergi kepada Imam Suffian dan bertanya kepadanya: "Ya Imam, kenapakah daripada 100 kubur orang Islam yang aku gali, dua sahaja yang mana mayat di dalamnya masih berhadap kiblat. Yang 98 lagi sudah beralih ke belakang?". Jawab Imam Suffian:" Di akhir zaman hanya 2 dari 100 umat Islam yang percaya rezeki itu di tangan Allah. 98 orang lagi tidak percaya bahawa rezeki di tangan Tuhan". Itulah sebabnya apabila umat Islam tertekan dengan SOGOKAN duit yang banyak, biasanya, iman dia akan beralih. Nyatalah iman semut lebih kuat dari iman manusia.-sumber halaqah-


bab ajal plak ..


Firman Allah Taala yang bermaksud : 
" Tiap-tiap umat mempunyai ajal, maka apabila telah datang ajalnya mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaat pun dan tidak dapat (pula) mempercepatnya." 
(Surah Al-A'raf ayat 34) 

Ajalku pasti tapi tidak terlihat oleh pandanganku bilakan tibanya ia. Ajal yang Allah janjikan itu takkan tertangguh sesaatpun malah Izrail sesekali takkan alpa dalam urusannya. Sesungguhnya malaikat maut menjalankan perintah Allah SWT dengan tepat dan sempurna, dia tidak diutus hanya untuk mencabut roh orang sakit sahaja, ataupun roh orang yang mendapat kecelakaan dan malapetaka. Jika Allah SWT menetapkan kematian seseorang ketika tertimpa kemalangan, atau ketika diserang sakit, maka pastinya Izrail mencabut roh orang itu ketika kejadian tersebut.

Namun ajal tidak mengenal orang yang sihat, ataupun orang-orang kaya yang sedang hidup mewah dibuai kesenangan. Malaikat maut datang tepat pada waktunya tanpa mengira kita sedang ketawa riang atau mengerang kesakitan. Bila ajal telah tiba, maka kematian itu tidak akan tertangguh walau hanya sesaat. Tidak ramai manusia yang mengaitkan kematian itu dengan kehadiran malaikat maut yang datang tepat pada saat ajal seseorang sudah sampai, sedangkan malaikat maut senantiasa berada di sekeliling manusia, mengenalpasti memerhatikan orang-orang yang hayatnya sudah tamat. Sebuah hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a, bahwa Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya : 
" Bahawa malaikat maut meperhatikan wajah manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang gelak-ketawa. Maka berkata Izrail : Alangkah herannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah Taala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berhura-hura dan bergelak-tawa." 

Betapa seringnya malaikat maut melihat dan menatap wajah seseorang, iaitu sebanyak 70 kali dalam masa 24 jam. Andai kata kita manusia sedar hakikat tersebut, nescaya kita tidak akan lalai mengingati mati. Tetapi oleh kerana malaikat maut adalah makhluk ghaib, manusia tidak melihat kehadirannya, atas sebab itu manusia tidak sesekali menyedari apa yang dilakukan oleh Malaikat Izrail atas Kuasa Allah.

Justeru itu, tidak hairanlah, jika ramai manusia yang masih mampu bersenang-lenang dan bergelak-tawa, seolah-olah dia tidak ada masalah yang perlu difikirkan dan direnungkan dalam hidupnya. Walaupun dia adalah seorang yang miskin amal kebajikan serta tidak memiliki secuil bekal amalan untuk akhiratnya, dan sebaliknya banyak pula melakukan dosa. Moga diri ini sentiasa beringat untuk mempertingkatkan amal dalam bulan Ramadhan yang telah dipenghujungnya ini kerana belum pasti diri akan ketemu Ramadhan seterusnya sedangkan ajal itu sangat pasti akan menjemput bila tiba waktunya. -sumber http://udink.multiply.com/journal/item/11-


ok itu bab rezeki kan.. jum kita baca bab jodoh plak :) 

Usaha kita dalam mencari jodoh perlulah bersandarkan kepada iman dan diiringi dengan doa yang berpanjangan.  Berdoalah banyak-banyak dengan bersungguh-sungguh kerana mengharapkan rahmat daripada Allah agar insan yang kita pilih itu dijodohkan dengan kita.
“Jodoh ketentuan di tangan Tuhan”. Itulah ungkapan yang sering kita dengari apabila berbicara tentang soal hati. Malah ada yang sudah berputus asa dan rasa muak dengan ungkapan tersebut kerana sudah sering mendengarnya setiap kali usai meluahkan rasa hati kepada seseorang. Jangan sekali-kali kita berputus asa daripada rahmat Allah sebaliknya, sandarkan lah perjalanan hidup kita kepada ketentuan Qada’ dan Qadar, iaitu takdir yang baik mahupun yang buruk. Itu adalah syarat pertama jikalau kita mahu mencari pasangan hidup, dengan tujuan kerana ingin mendapatkan keredhaan-Nya. Jika kita hanya mencari pasangan kerana terikut-ikutkan keadaan semasa di sekeliling kita, atau hanya kerana suka-suka, nescaya tujuan kita itu tidak disandarkan kepada iman sepenuhnya dan nescaya hati kita akan gundah-gulana dan bagaikan dirobek apabila pilihan di hati tidak menjadi kenyataan.
Hal yang demikian itu sebenarnya merangkumi segenap aspek dalam kehidupan seorang Muslim dengan lebih menyeluruh, bukan terhad hanya dalam soal hati. Ia adalah resepi kehidupan yang sempurna dalam kita mengejar kebahagiaan hidup yang hakiki. Di dunia dan di akhirat. Bersyukurlah dengan segala kurniaan-Nya. Hiduplah dengan penuh sederhana. Kerana itulah intipati kepada cara hidup Islam.-sumber cheahmad.blogspot-

emmm… ada juga kawan dengan mudah berkata “kamu tuh jual mahal, sebab tuh tak laku!”… soal jual mahal tidak pernah timbul tetapi ciri-ciri lelaki yang akan jadi pilihan yang akan diutamakan… biar lelaki yang betul-betul ada rasa tanggungjawab dan boleh dijadikan sebagai ketua keluarga dan disempurnakan dengan didikan agamanya, itulah yang paling penting untuk mewujudkan keharmonian rumahtangga kelak…
terimbas pula sebuah cerita kisah gadis Bani Ma’­zhum yang sehingga kini aku jadikan sebagai iktibar. Bagaimana kerisauan gadis ini yang begitu tinggi tentang jodohnya sedangkan jodoh belum tiba juga untuknya. Pelbagai ikhtiar yang telah dibuat untuk bertemu jodoh dan akhirnya dia bertemu jodoh juga dengan seorang pemuda yang tampan… tetapi kenikmatan yang dia kecapi hanyalah seketika saja, umpama bermimpi disiang hari apabila suaminya telah meninggalkan dia  tanpa alasan dan kesan selepas menggunakan sebahagian harta Rithah… lelaki itu, cuma berkehendakkan harta yang melimpah ruah bukan kerana keikhlasan…Dan tinggallah Rithah seorang diri, menangisi pemergian suami yang tidak tentu ke mana perginya. Kesedihan dan kemurungannya dilepaskan Rithah dengan membeli beratus-ratus buku benang untuk dipintal (ditenun), setelah jadi hasil tenunannya, wanita itu mencerai beraikan lagi menjadi benang. kemudian ia tenun lagi dan ia cerai beraikan lagi. Begitulah seterusnya ia jalani sisa-sisa hidupnya.. gadis Bani Ma’­zhum ini ialah Rithah Al-Hamqa…
Janganlah terlalu mengikut kehendak hati dalam menghadapi masalah jodoh… usahlah jodoh itu dikejar… Kisah Rithah sepatutnya memberi kesan yang mendalam untuk memberikan pengajaran bagi wanita yang belum menempuhi alam rumahtangga termasuklah diriku sendiri. Jodoh merupakan urusan Allah. Jodoh tidak dapat dihindari manakala kita belum menginginkannya, dan sebaliknya ia juga tidak dapat dikejar ketika kita sudah teramat sangat ingin mendapatkannya. Allah telah menentukan jodoh kita maka tidak layak bagi kita untuk bimbang dan risau malah tidak berhak untuk orang sekeliling mempersoalkan. Kalau sudah sampai waktunya jodoh itu pasti akan datang dengan sendirinya tanpa di undang. 
Rasulullah SAW telah bersabda: “Ketika ditiupkan ruh pada anak manusia tatkala ia masih di dalam perut ibunya sudah ditetapkan ajalnya, rezekinya, jodohnya dan celaka atau bahagianya di akhirat”.  
Sebagai seorang hamba, hanya yang mampu aku lakukan berdoa dan terus berdoa kerana aku yakin Allah Maha Mendengar dan dekat dengan kita… ini jelas dalam firman Allah, 
“Apabila hamba-hambaKu bertanya kepada engkau (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku hampir. Aku memperkenankan permohonan orang yang meminta jika dia meminta kepada Aku. Maka hendaklah mereka menyahut seruan aku serta beriman kepada Aku supaya mereka sentiasa berada dalam kebenaran.” (Surah Al-Baqarah:186) 
Perlu memupuk sikap ‘sabar’ dalam menghadapi jodoh yang mungkin belum juga menghampiri sedangkan usia telah semakin senja…  Firman Allah dalam,
“Dan jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu, sesungguhnya yang demikian itu amat berat kecuali bagi orang-orang yang khusyu’, iaitu orang-orang yang meyakini bahawa mereka akan menemui Rabbnya, dan mereka akan kembali padaNya”. (Surah AI-Baqarah:45) 
kena yakin dengan Allah… ilmu Allah terlalu luas… siapalah kita untuk mempersoalkan apa yang berlaku dan yang kita tempuhi… sedangkan sudah jelas dalam Firman Allah,
 “Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya…..” (Surah Al-Baqarah:286) 
Renungkan dan ambillah iktibar dari kisah ‘gadis Bani Ma’­zhum’… sumber- nursyirah.wordpress-



Friday, November 11, 2011

11.11.11

assalamualaikum, mesti ramai yang bercerita pasal tarikh ni kan 11.11.11, tadi aku tengok kat facebook pun ramai yang post pasal tarikh ni? apakah yang istimewa sangat pun tak tahu la...tak lupa juga kepada yang ambik tarikh ni sempena perkahwinan mereka, tapi alhamdulilah 11.11.11 jatuh pada hari penghulu segala hari kan, iaitu jumaat.....bila citer bab kahwin ni dan 11.11.11 tadi sempat bercakap dengan adiku pasal tarikh ini, dulu-dulu aku dan adik  pernah merancang  nak ambil tarikh ni sebagai satu tarikh yang cukup penting samada pertunangan atau perkahwinan, tapi belum sampai jodoh. Itu cerita lama la, sekarang lain punya cerita la plak :) kenangan tinggal kenangan ....tadi sempat tinjau2 di laman facebook ustaz azhar idrus  soalan: apa hukum mengagung-agungkan11.11.11? dosa ke x? JAWAPAN--> Tanpa iktikad apa-apa kelebihan pada tarikh tersebut tidak berdosa tapi BODOH - Ustaz Azhar Idrus- caya lah ustaz.. jawapan yang cukup bernas..

Tuesday, November 8, 2011

main kad :)

Assalamualaikum, apa kebanda tajuk aku kali ini ehh? main kad  ? apa tuh? tuh la salah satu permainan masa aku kecil-kecil dulu, tak da la kecil sangat pon dalam umo ....erm....tak berapa nak ingat la tapi bukan la 5-6 tahun. ok berbalik pada permainan kad balik, ada la hamba allah ni bagi aku kad angry bird, lebih kurang permainan UNO lah jugak, tapi lain skit la, UNO best lagi la aku rasa, sebab kad angry bird tu, just cakap higt score, warna jek koy, aku duk main kad angry bird dengan anak buah aku yang berumo 5 tahun, 4 tahun, dan 2 tahun, korang dapat bayang tak?  mestilah aku yang menang sebab diaorang tak tahu apa-apa pun, cuma tau warna je, nak-nak anak buah ak yang 2 tahun,namanya alisya, turn dia aku yang juga yang bawa, tapi dia menang 2 kali ooo, kalah aku yang tua ni oppsss bukan tua tapi.. cik teh ,betulkan ayat jap..., yer la alisha dapat yang card 4 warna tuh banyak, sebab tuh la menang, plak tuh cik tehnya yang tolong :) kelakar main ngan budak-budak kan :) tapi layan jer la, sian jugak budak-budak kalau tak da orang naik main dengan dia sapa lagi kan:) tul tak :P hehehe betul la kan :) aku ajak adik aku main dia tak nak, ajak akak aku main dia tak nak...so semua tak nak ..sampai kan dak-dak tuh tak nak tidur, siap tanya lagi esok cik teh keje ker tak..siap cakap akak suke la main ngan cik teh, ayat bodek sungguh anak buah aku...hoho, mungkin adik aku seronok tengok aku main, dia nak main jugak :P hohohoh menarik minat orang rupanya, tak kan la dak2 dewasa aku nak kad angry bird kot, da la tak berapa nak best sangat sebab kadnya tak cukup, teringat la UNO adik aku yang dah lama kitaorang tak guna, kitaorg yang tua-tua ni(tak adalah tua sangat cuma dengan budak-budak tua la sikit kan) main kad UNO tuh, masing-masing nak menang , memang best giler arr, akak aku pun turut serta main game tuh, best la bila geng-geng besar yang main. Malam tuh adik aku gian nak main lagi UNO tuh, tak kan berdua kot, tak best la permainan tuh, aku plak tak berapa nak layan sangat, sebab da lewat gak, esokkan keje, abah aku cakap nak main jugak, suruh aku join sekali, adik lelaki dengan perempuan pon join jugak, warg time nih best nih, masing2 tunjuk skill masing-masing nak menang..suke sangat bila menang..hehehe bila je kad tinggal satu macam2 helah nak suruh tak nak bg menang, bergabang pilih warna orang yang tak adalah, suruh draw la..eheheh permainan lama tapi boleh mengeratkan hubungan silaturahim antara sesama sadara :) chewah :)

Sunday, November 6, 2011

Salam Aidiladha

Assalamualaikum, salam aidiladha , moga pergorbanan nabi ibrahim sekeluarga menjadi contoh kepada kita demi perjuangan fisabilillah, Selamat menjalani ibadat qurban, tak lupa juga dikesempatan ini mohon maaf segala khilaf...




3x اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَ اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ وَلِلَّهِ الْحَمْدُ
اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْراً، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ كَثِيْراً، وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلاً،
لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَلاَ نَعْبُدُ إِلاَّ إِيَّاهُ مُخْلِصِيْنَ لَهُ الْدِّينَ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُونَ،
لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ، صَدَقَ وَعْدَهُ، وَنَصَرَ عَبْدَهُ، وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ الْأَحْزاَبَ وَحْدَهُ.
لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَ اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ وَلِلَّهِ الْحَمْدُ


Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar,
Tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Allah dan Allah Maha Besar, 

Allah Maha Besar dan segala puji-pujian hanya layak bagi Allah.

Allah Maha Besar Yang Teramat Besar, Segala Puji bagi Allah Yang Teramat Banyak, 

Maha suci Allah pada waktu pagi dan petang, 

Tiada Tuhan melainkan Allah, dan Tidak ada lain yang kami sembah melainkan Allah, 

Kami ikhlas kepadaNya (mengikuti ajaran agama Islam) sekalipun dibenci oleh orang-orang kafir,

Tiada Tuhan melainkan Allah Yang Tunggal, 

Yang Menepati janjiNya, Yang Menolong hambaNya, 

Dan Yang Memuliakan tenteraNya dalam mengalahkan tentera al-Ahzab dengan sendiri (KekuasaanNya), 

Tidak ada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar,

Allah Maha Besar dan segala puji-pujian hanya bagi Allah.- sumber - 
fasobrunjamil212-

Sunday, October 30, 2011

Melaka Lagi

Assalamualaiku, naper la tajuk melaka, asyik-asyik melaka, tapi tajuk entry yang ni Melaka Lagi, banyak syok ohh, cuti lama-lama, mana taknya,cuti kan memang la syok, tul ker tidak? betul la kan? kalau yang jawab tak tu, mungkin ada masalah dalaman la kot..Ok stop situ sekejap, apa yang aku bebelkan ni? sekadar berkongsi rasa suka, gembira, happy, warg....berapa banyak perkataan, tapi makna yang sama :P sangat seronok berjumpa dengan sahabat-sahabat, seyes sangat happy berjumpa dengan korang, warg...semakin bergaya ,semakin cantik, semakin comel, apa lagi ehh semakin? apa-apa yang semakin la..yang penting korang happening :P tak pening suda, tapi tak banyak sangat aktiviti yang kita buat kan?, kejap je masa berlalu, seyes petang khamis jumpa korang, siap-siap kita pergi U kita, ambik apa yang patut,makan malam bersama-sama chewah ala2 romantik gitu, passtu balik homestay, gelak-gelak, cakap-cakap, then tido, esokkanya bangun pagi, gosok gigi, gosok gigi sekarang, nyayi la plak, kita pergi majlis raptai, abis tengah hari makan tengah hari bersama, then mintak tolong kak amni bawakan ke jusco baru cari kasut :P bukan baru cari wokeh, dah ada kasutnya, tapi takut tak lepas plak, then abis cari kasut pergi majlis Hi Tea, lama tak jumpa kawan-kawan, lecture-lecture rasa segan pun ada, mungkin dulu duk hoii, hoii, sekarang da segan la plak nak hoii, hoii, da besar kan, dah leh kawin da, sebabnya da abis belaja kan :) warg tetiba maksud bab kahwin plak ni apa hal? ok-ok stop bab kahwin ,sambung bab tadi, ramai juga yang datang Hi Tea tuh, tapi tak adalah seramai beribu-ribu , nak capai ratus, rasayanya tak kot, bertegur sapa la jugak, paling kuat pun senyum, senyum kan sedekah yang tak berbayar, paling kuat pon tunduk, buat-buat tak nampak :P bila duk citer bab buat-buat tak nampak ni, ada sorang lecture bergelar Prof, dah abis pusing da, nak buat-buat tak nampak, tetiba dia tego macam kenal? huh, terus jawab yer la Prof memang la Prof kenal kami, Anak didik Prof kan, malu rasanya seyes!! sampaikan dia cakap kalau tak silap macam ni la gamaknya "yer la kita yang kene tego", hohoho maaf Prof ingatkan Prof dah lupa kami, bukan tak nak tego, cuma segan sebab dah lama tak berjumpa, plak tuh tak berkesempatan la Prof, macam la prof dengar aku duk luah kat sini kan :) biar ahh..passtu petang tu, lepas abis selesai Hi Tea, kami bergambar di A Famosa, ala dekat bandar hilir tu, tapi tak cukup korom(geng), malam tuh, lepak dengan family, sian plak , jauh datang, tetiba tak leh lepak ngan family, walaupun masih rindu kat kawan-kawan, tapi tak apa lah, next time insyaAllah, jika ada jodoh kita bertemu lagi...insyaAllah...

Thursday, October 27, 2011

Melaka

Melaka memang best, chewah tetiba aje puji melaka ni ada apa hal ehh? yer la melaka kan bandar bersejarah, dan salah satu tempat aku menuntut ilmu, so kene puji la erk? kembang la orang melaka puji lebih-lebih negerinya..ok abaikan ak nak cerita pasal aku pergi melaka, dah berapa kali pergi melaka baru nak citer pasal melaka ker bro? yer tak ya jugak, duk melaka 2 tahun tak kan benda yang sama jugak? ok2, dah lama da tak pergi melaka, nih aku nak citer lain la, aku naik bas jam 12 lebih kot, nak kul 1 juga la dari kerteh, sepanjang naik bas tuh, hujan, lagi la lena, sampai-sampai dah kat melaka centre da, samapai aje sane, tak tahu nak ditujunya sebab awal pagi kot, dalam 4 lebih, pakcik-pakcik teksi duk suruh naik teksinya, takut juga pagi-pagi hari, dah la perempuan, macam-macam dipikirkan dalam kepala, ambik keputusan lepak la dulu kat luar centre ni, ada orang daripada tak ada orang lagi la takut, jam da masuk 6 pagi,ramai da orang lalu lalang ke surau, ambik keputusan bergerak ke surau, masuk dalam surau tengok 2 orang tengah tido, ambik wuduk macam biasa kene tunaikan tanggungjawab sebagai muslim, usai solat, menenangkan fikiran sekejap, lepas tuh disapa oleh kaum sejinis ku, tapi lain perwatakkannya, agak terkejut kerana.....kerana dia menyuruhku ajarnya solat, niat aku pada masa tuh satu je, aku buat kerana allah, lantas aku mengajarnya mengambil wuduk, selepas ambil wuduk, aku menyuruhnya pakai kain telekung, pada masa yang sama dia teragak2 untuk memakainya, boleh lagi dia tanya aku, kalau saya tak nak pakai ni tak boleh ker, aku cuma cakap kita wajib tutup aurat kita, mane boleh dalam keadaan macam tuh dia tak nak tutup aurat, aku bukannya pandai sangat bab-bab mengajar orang ni, sekadar tolong apa yang patut boleh la, aku cakap kt dia, mula2 mesti la berdiri kan, passtu niat, tak pandai dalam bahasa arab, baca bahasa melayu jek la dalam hati, then dia solat, masa rukuk tuh boleh plak berpusing pada aku, dia cakap nak baca al fatihah, aku cakap tak boleh, benda rukun mmg kene baca bacaannya, dia cakap da malas solat, erm..terpikir kejap, tak apa la, aku menawarkan untuk dia mengikutku untuk membaca, bacaan dalam solat, dia cakap dia tak nak,dan dia cakap lagi dia tak pernah tahu nak solat macam mana, aku nasihatkannya untuk membeli buku cara untuk solat, kat kedai kan banyak, hanya diri kita mampu mengubahnya, orang lain hanya pendorong sahaja tapi dah alang-alang berdakwah, aku tegor dia, tutup lah auratnya,(aku bukan sempurna sangat) cuma ingat menginati sama manusia, dan sesama islam, sesama jentina, sebab di neraka kelak begitu ramai perempuan di neraka..hanya disebabkan benda-benda yang kecil macam ni la, salah satunnyer aurat,

Alhamdulilah

Assalamualaikum, lama rasanya blog tak berupdate,file sijil-sijil aku tetiba hilang di pandangan mata, habis di selongkar, tak jumpa-jumpa, mak, abah tolong pon sama-sama tolong carikan file sijil-sijil aku, sampai satu tahap, aku cakap kat mak dan abah, aku redha sekiranya file tersebut hilang dari pandangan mata, mungkin ini dugaan yang kecil mak, setakat file untuk sijil-sijil apalah sangat, ayat tersebut untuk naikkan semangat yang tetiba-tiba down, agak down masa tuh, sampai satu tahap aku dah malas cari, mana nak fikir nak pergi melaka lagi, akhirnya aku ambik keputusan balik dari melaka, insyaAllah ada la tuh,tapi  masih yakin file tersebut tidak hilang,cuma pandangan mata ku tertutup sekajap untuk melihatnya, balik dari melaka, aku cakap kat anak buah aku tolong carikan file cik teh yang hilang, budak 5-4 tahun mana la tahu file yang mana satu, abis buku dia tunjukkan pada ku, tapi semuanya bukan, sebab itu adalah  buku, bukan file, akhirnya mak aku juga tolong carikan, terkejut aku anak buah aku adriana tunjukkan file tersebut pada ku, ya allah alhamdulilah, aku bersyukur, mungkin allah hilangkan sekejap pada pandangan mata ku, ujian yang kecil, kehilangan yang kecil...