Tuesday, December 6, 2011

Jum Motivasi diri

Tak semuanyer yang kita rancang tuh menjadi, ingt satu jek aper2 pon perancangan allah lebih baik, mungkin kalau tunang nnti akan putus tgh jalan, baik terus x jadi tunang, mungkin org cakap senang la ko cakap kan, tp terpaksa kita kene ingt, rezeki, jodoh ngn mati kita hanya adalah rahsia allah, tak siapa pon yang akan tau , semuanya telah tersirat di luf munfuz, jangan bersedih sahabat..mmg ia sangt sakit..tp biar dia sakit masa ni, pada masa akan datang bila kita sudah bergelar isteri bergelar tunang, lg amat menyakitkan


Walau sekuat mana hati kita..pasti ada secebis kesedihan berbekas di hati. Namun solusi terbaik adalah kembali pada Allah.. Mungkin..ujian dan dugaan yang datang adalah satu musabab untuk kita lebih mendekatkan diri padaNYA. Dalam doa seharian kita selalu sebut.. Ya Allah, Kau ampunkanlah dosaku.. dan mungkin..doa kita tu dah dmakbulkan..maka Allah mendatangkan ujian agar kita lebih dekat denganNYA.

Aku ni pandai cakap je, hakikatnya bila terkena batang hidung sendiri..tersungkur juga. Tapi bila terseungkur..bangunlah. Jangan dibiar jatuh terlalu lama. Tak berbaloi menangis meratap pada lelaki yang bukan jodoh kita. motivasi untuk kuatkan diri kita, yang penting,teruskan berdoa...minta diberi jodoh,kalau tidak ada jodoh,redhalah,ada hikmah,kita muslim jika diuji bersabar..jika diberi nikmat..bersyukurlah,dalam masa yang sama berusahalah mencari jodoh mengikut ajaran islam

Nangis pun tak boleh bawak ke mana. Nak buat macam mana, mungkin jodoh kita bukan dengan die. Doakan je la die bahagia. Jodoh kita mungkin tengah datang naik basikal. Tu yang lambat sikit. Nak tengok setia menanti tak kita dalam menunggu jodoh yang satu. 

Sesekali nak nangis tu, biasalah, kalau tak boleh kawal. Tapi, jangan lama2 duk fikir nanti jadi tak redha dengan takdir Allah. Ingat je, jodoh kita Allah yang tentukan. Kuat mana kita sayang kat seseorang, kalau tu bukan jodoh kita, ataupun, dah lama mana pun rasa jodoh tak sampai2, ingatlah, Allah tengah persiapkan diri kita dan jodoh kita untuk yang terbaik. Sebab tu die datang slow2 naik basikal, tak naik F1. Biar sihat sikit badan, tak la bawak laju2 takut accident. Tapi, kalau skil bagus, naik F1 pun OK.

Namun ada insan lagi perit dugaannya, apabila jodohnya dibatalkan saat akhir, hampir menggoncang iman. Sudahlah iman senipis kulit bawang, apa yang berbaki? Dengan baki iman yang ada itulah insan itu bangun semula di dalam keadaan duka yang berpanjangan. Dengan baki iman yang ada itu berusaha untuk meneruskan kehidupan di jalan yang Allah redha.

Jadi kalau Dr seijiseimura hanya hilang motivasi dek kerana putus cinta, ada insan lain yang lebih parah lagi, apabila pernikahan dibatalkan saat akhir sedangkan segala persediaan jiwa raga,rohani,jasmani dan mental telah bersedia untuk berkahwin. 

Namun siapa kah kita yang mampu untuk menolak qudrat dan iradat Allah? Sebagai hamba kita hanya taat dan patuh sahaja, hikmahnya hanya Allah yang tahu. Kita nampak seperti terseksa, seperti dizalimi namun Allah Maha Mengetahui itu yang terbaik buat kita pada masa ini. Dan akan datang ada yang lebih baik lagi selagi kita masih berada di jalan yang DIA redha.

Dikala hatimu sakit kerana beratnya ujian hidup, tentunya smbil menangis kita akan berkata '' Ya Allah, mngapa ini semua menimpa diriku? Katakanlah pada diri ''inilah cara Allah menjadikan kita kuat dan memberikan rahmat-Nya. Kerana dlm ujian itu DIA pun pasti sudah menyiapkan JALAN buatmu...

~ Laa Tahzan, innallaha ma'ana

No comments: