Saturday, February 28, 2009

-aNTi nYAMuk..-

hari ni ada sorang kawan aku yang baikhati perkenalkan aku kepada sofware anti nyamuk..tak pernah aku dengar aku sofware ..nama pon cam pelik jerk kan...cam gitu la..menurut kawan aku sofware ni dapat mengesan nyamuk yang terdapat pada sekitar kita..so nyamuk tak akan datang la mengigit kita lagi macam tuh kan..bertapa canggihnya teknologi kan..sampaikan sofware untuk menghalau nyamuk pon ada..itu la dunia realiti sekarang..semua boleh berlaku dengan yang tak kita sangka2 kan..apa2 pon aku bangga jadi dak sofware..hahaha..walaupon aku bukan buat benda alah tuh..

Hari Ini

Hari ini hari sabtu, aku tak kemana-mana just duk umah jerk, anim ngan zaiti kuar pergi mane entah yang pasti anim ngan ****** hahahah sajer jerk anim..aku cakap camtuh sebab tak da idea nak tulis..sebab da lama da tak update blog..semalam kak ayu mintak tolong..maaf kak ayu baz nak tolong tapi x dapat..arap2 kak ayu ngan ******* masih on seperti biasa..insyallah..semalam jugak baz mintak tolong adik tapi dia da tido, nak pergi joom heboh pun tak tau nak pergi ngan saper..so tinggal la aku aini ngan imah kat umah duk senam erobik kat atas katil..macam biasa la buat rutin harian. Hawa plak balik umah..beshnyer kalau aku dapat balik, teringat aku dulu2 masa belajar kat dungun, tiap2 minggu aku akan balik umah, kebetulan adik aku pun belajar kat dungun gak, sama2 la kitaorang suruh abah datang ambik..beshnyer time tuh..kalau tension jerk balik umah, tengok muka mak abah alhamdulilah segala tension dapat la dikurangkan. sekrang kalau aku nak balik hujung miggu sudah lagi tak mampu m..bukan x mampu....x larat pikirkan 6 jam duk dalam bas..plak tuh cuti 2 hari jerk tambah pergi dan balik da 70 ringgit....Minggu lepas adalah hari yang paling tension..tension sebab aper? sebab tension ngan assgment yang berlambak2..ngan test lagi..last test math..aku jawab main kepala aku jerk..lepas tuh call mak ..mak cakap kalau da jawab tuh..redha jerk la..aku pon x tau la aku dapat berapa keputusan math kali ni..pening gak memikirkan math yang terlalu senang +mudah ..(hahahh rasa cam nak gelak jerk bila aku cakap camtuh) mak tanya makan aper ari ni..sedih +sebak aku..aku nangis tapi mak aku tak tau kot..sebab kene la cover tak nak bagi mak susah ati aku duk jauh..aku cakap da boring sangat da makan lauk kat sini..mak cakap balik kalau dekat macam dulu leh la mak masak kan..tapi masalah jauh kan..nak buat camner.. takpe la..tak lama lagi da cuti.. yahooooo.. tak sabar rasanyer nak balik umah... .

Friday, February 20, 2009

Manuasia Suka Sangka-Sangka

Manusia hari ini suka bersangka-sangka
Ada sangkaan baik... Ada sangkaan buruk...
Orang beribadah disangka riak
Orang yang relax disangka malas
Orang yang pakai baju baru disangka menunjuk
Orang yang pakai baju buruk disangka zuhud (hina)
Orang makan banyak disangka pelahap
Orang makan sikit disangka diet
Orang baik disangka buruk
Orang buruk disangka baik
Orang senyum disangka mengejek
Orang masam disangka merajuk
Orang bermuzakarah disangka mengumpat
Orang diam disangka menyendiri
Orang menawan disangka pakai susuk
Orang nampak ceria disangka membela

Mana tahu yang diam itu kerana berzikir kepada Allah..
mana tahu yang senyum itu kerana bersedekah..
mana tahu yang masam itu kerana mengenangkan dosa..
mana tahu yang menawan itu kerana bersih hati dan mindanya..
mana tahu yang ceria itu kerana cergas cerdasnya ..

Jauhi sikap suka bersangka-sangka kerana ia bakal memusnahkan ukhwah seperti musnah nya kayu dimakan api..
Satu benda yang kita lihat, macam-macam kesimpulan yang boleh kita buat. semuanya bergantung bagaimana kita melihatnya.

Teguran dan nasihat itu hendaklah disampaikan secara rahsia supaya tidak seorang pun yang mengetahuinya kerana nasihat yang disampaikan di hadapan khalayak ramai itu bukanlah teguran atau nasihat melainkan suatu kecemaran yang memalukan

Semoga menjadi renungan dan pelajaran kepada kita semua. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah meninggal dunia... .


UBAH DIRI BINALAH REALITI

Ketika lepas bebas di alam remaja

Impianku tidak mengenal batasan

Aku ingin MENGUBAH DUNIA

Bila usia meningkat dewasa

Dan aku semakin matang

Ku sedari...

Rupanya dunia tidak berubah

Lalu aku bataskan jangkaan

Memadailah jika aku dapat MENGUBAH NEGARA

Namun ini juga belum kesampaian

Di usia senja... .

Pilihan terakhirku ialah

Untuk MENGUBAH KELUARGA

Dan mereka yang terdekat

Malangnya... .

Mereka juga tidak mampu ku ubah

Kini di pembaringan menanti maut

Baru kusedari (mungkin buat kali pertama)

Andainya dahulu yang pertama

Ku ubah adalah DIRI SENDIRI

Dengan menjadi teladan yang baik

Pasti aku dapatMENGUBAHKELUARGA

Lantas... .

Dengan sokongan dan dorongan semangat mereka

Aku pasti mampu MENGUBAH NEGARA

Dan siapa tahu... ..

Mungkin juga aku mampu

MENGUBAH DUNIA

Akhirnya

Alhamdulilah akhirnya abis jugak minggu midterm aku. Letih la satu minggu ni sebab tak cukup tido..berlalu nya midteram bertambah plak assgment..macam itulah lumrah menjadi student..

Monday, February 16, 2009

Surah Al-Kautsar

Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga.Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik. Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi. Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihiiaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib. Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

1) Baca surah ini ketika hujan danberdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya'allah hilang dahaga.

3) Jikasering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihiritu.

5) Jika membacanya 1,000x rezeki kitaakan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidakbersalah tetapi dizalimi. Perkara yg baikkita amalkan slalu. Sebar2kan kepada kekawan, terima kasih.

cinta OH cinta

Cinta datang kepada mereka yang berharap sekalipun pernah dikecewakan.Cinta datang kepada mereka yang masih percaya sekalipun pernah dikhianati.Cinta datang kepada mereka yang masih mencintai sekalipun pernah disakiti hatinya.Begitulah penangan cinta, sungguh luar biasa!Cinta bukan sahaja buta, malah boleh membutakan lagi melumpuhkan bagi mereka yang terkena panahannya.Ketika khusyuk dilamun cinta, kita sanggup menafikan segalanya. Yang kita tahu, dengan cinta segala-galanya indah. Kemabukan cinta inilah yang menyulitkan mangsanya untuk berfikir secara rasional.Namun kebanyakkan CINTA hari ini telah diekspresikan tanpa menghiraukan tuntutan agama.Bahkan pendewaan terhadap cinta akhirnya menolak pelakunya kepada kesyirikan yang tidak disedari. Cinta tanpa menghiraukan tuntutan agama merupakan titik tolak berlakunya pergaulan bebas, pencerobohan maruah diri, serta pokok pangkal kepada gejala merosakkan yang lain. Tanggal 14Feb kononnya menjadi tarikh keramat yang ditunggu-tunggu pasangan yang menyemai kasih bersama lantas pelbagai usaha dilakukan demi mempersembahkan rasa cinta terhadap pesangan.Hari valentine diraikan tanpa menghiraukan hukum syarak.Jika dahulu, hari valentine diraikan oleh muda mudi di bandar, namun hari ini, ia telah diraikan juga disegenap ceruk sekalipun.Tidak kira dewasa, belia, remaja bahkan kanak-kanak juga turut meraikannya. Mengikut sejarah mitos, sambutan hari valentine diasaskan oleh masyarakat Rom yang beragama kristian demin mengingati peristiwa seorang paderi , Saint Valentine yang dihukum bunuh oleh pemerintah Rom kerana mengahwinkan seorang askar secara rahsia sedangkan undang2 Rom masa itu manghalang perkahwinan sebaliknya dikerah menjadi tentera. Maka orang2 Kristian mengambil sempena 14 Feb untuk meraikan hari kasih sayang demi mengingati hari kematian paderi Valentine. Mari kita renungkan sebuah hadith Rasulullah s.a.w yang bermaksud, "Barangsiapa yang melakukan perbuatan yang menyerupai sesuatu kaum itu, maka ia turut termasuk bersama golongan tersebut." Dari sudut pandangan Islam, Valentine merupakan sebuah perayaan yang wajib dijauhi oleh muda-mudi muslim kerana ianya bukan sahaja bertentangan dengan akhlak Islam tetapi boleh juga mengganggu gugat akidah sebagai seorang muslim.