Tuesday, November 24, 2009

Aku Mohon Padanya

“Ya Allah. Kami ingin belajar untuk mentaati perintah-Mu. Kami belajar untuk menjadi hamba-Mu yang soleh dan solehah. Kami seringkali jatuh dan bangun, jatuh dan bangun lagi, dan lagi.Ya allah Jangan engkau balik kan hati kami setelah engkau memberi hidayah, Semoga kami terus dipimpin oleh-Mu, duhai Allah”. ameen

Bersidang Di mahkamah hati

assalamualaikum..sudah lama cerita saya hanya berkisarkan kawan2+ Family...selepas saya membaca beberapa cerita saya terpanggil untuk bercerita mengenai hati.. Allah yang menentukan segalanya, termasuk membolak-balikkan hati manusia..DIA la pemilih segalanya..Tiada sapa yang perlu kita takutkan kecuali hanyalah ALLAH yang satu..tadi saya mendengar abang saya ucapkan selalulah bersidang di mahkamah hati sebab hati tak pernah berdust selagi tidak mati.. macam mana kita henak bersiddang di mahkamah hati? wujudkah mahkamah hati itu? itu kita celikkan akal kita, buka mata kita dan renung-renungkan lah ayat tersebut..

Monday, November 23, 2009

DaRi pErEMpUAn UnTUk PerEMpUan

assalamualaikum nih saya ambik dari virtualfriend..dan saya rasa ingin berkongsi article tersebut.. tajuknya dari perempuan untuk perempuan.. saya rasa article ini sangat menarik. Atricle nya adalah seperti dibawah

Jodoh itu ada, cuma belum sampai masanya. ibarat menanti jambatan utk ke seberang, kalau panjang jambatannya jauhlah perjalanannya. ada org jodohnya cepat sbb jambatannya pendek. usia 30 thn rasanya belumlah terlalu lewat. dan usia 40 thn belum apa2 kalau sepanjang usia itu telah digunakan utk membina kecemerlangan. luahkanlah perasaan dan keinginan itu dlm doa2 lewat sembahyang. Allah mendengar.

wanita baik utk lelaki yg baik, sebaliknya wanita jahat utk lelaki yg jahat. biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right (walaupun tak spt Mr Darcy) dan biar seorang diri drpd menjadi mangsa lelaki yg tak beriman dan tak bertanggungjawab kemudian nanti.

mmg mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. selalu menyangka, kau pasti bahagia kalau mendapat ini atau itu. hakikatnya, apabila kau benar2 mendapat apa yg diinginkan, ia juga dtg bersama masalah.

kau selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetik di dlm hati, bahagianya org itu. hakikatnya apabila kau telah memiliki kereta sendiri (walaupun tidak mewah), pelbagai kerenah menimpa. tak mustahil juga org yg memandu kereta mewah (walaupun sebnrnya hidupnya tak semewah keretanya) terpaksa membayar lebih tatkala berhenti utk membeli buah di tepi jalan. org lain membeli dgn harga biasa, dia terpaksa membayar berlipat ganda.

ketika kau terperangkap dlm kesesakan jalan raya, motosikal mencelah2 hingga dlm sekelip mata mampu berada jauh di hadapan. kau yg memandu kereta pun mengeluh, alangkah baiknya kalau hanya menunggang motosikal spt itu dan cepat sampai ke tempat yg dituju. sedangkan penunggang motosikal pula mungkin sdg memikirkan bilakah dia akan memandu kereta sendiri di tgh2 bandar raya.

bukan semua yg kau sangka menggembirakan itu benar2 membahagiakan. bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga dtg sama. semua benda, pasti ada baik buruknya. demikian juga perkahwinan. ia baik sbb ia dibenarkan oleh agama, sunnah Nabi, sbg saluran yg betul utk melepaskan shahwat di samping membina sahsiah dsb, tapi ia juga buruk sbb ramai org yg berkahwin hidupnya semakin tak terurus. ramai org menempah neraka sebaik saja melangkahkan kaki ke alam berumahtangga. dgn terlafaznya ijab dan kabul, bukan saja menghalalkan hubungan kelamin, namun tanggungjawab yg terpaksa dipikul juga turut bertambah. dan apabila gagal melaksanakannya, kau mengumpul dosa dan seterusnya membina jambatan ke neraka.

lihatlah di sekeliling, berapa ramai manusia yg kau kenal menyesali perkahwinan masing2 padahal dulunya mereka bermati2an membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yg sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata? belum dikira lagi berapa byk rumahtangga yg runtuh sedangkan zuriat telahpun dilahirkan? berapa ramai pula yg walaupun masih dlm ikatan perkahwinan tetapi menjalin hubungan terlarang kononnya tak sanggup berpisah demi anak2?

jika tak sanggup utk bergelar isteri tak usah berkahwin dulu. jika merasakan diri belum cukup ilmu utk bergelar ibu, belajarlah dulu. jika rasa2 belum bersedia utk bersabar dgn kerenah anak2, carilah dulu kesabaran itu. jangan berkahwin lagi sbb kenyataannya ramai yg tak bersedia utk melangkah tapi telah melompat, akhirnya jatuh terjerumus ke gaung yg sgt dlm dan tak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.

berkahwin itu indah dan nikmat bagi yg benar2 mengerti tuntutan2nya. berkahwin itu menjanjikan pahala yg tak putus2 bagi yg menjadikannya gelanggang utk memantapkan diri, mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan syurga sebagai matlamat. berkahwin itu permulaan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan, sbg ejen pelengkap antara pasangan – bagi yg mengetahui rahsia2nya.

andai satu masa nanti sampai jodohmu, berkahwinlah demi Allah dan Rasul-Nya, bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan dtg menjemput, namun perlu juga kau cuba membuka lorong2nya agar jemputan itu mudah sampai dan tak terhalang.

kau tak akan selalu dpt apa yg kau suka. jadi belajarlah menyukai apa yg ada dan apa yg telah kau dpt. dan, sementara menunggu waktu itu sampai, bergembiralah menikmati kehidupan bujangmu!!!

BloG saYer

WaRG BloG Ku bERwAJaH bArU...

Sunday, November 22, 2009

nO TitTLe..

Sejak balik dari rumah..malasnya nak berupdate blog...yang aku tau, makan tido,makan, tido dan seterusnya makan dan tido.Al maklumlah sekarang time ujan kan..memang la asyik tido jek kan..tak boleh nak buat aper...sebenarnya baru jerk balik antar adik kat dungun tapi tak sampai dungun pon sebab air kat paka dah naik ..so ak call la ayoh long aku cakap abah nak pinjam storm dia..hehe almaklumlah kete dia leh redah jerk..tapi ayoh long aku plak beria2 nak antar adik aku..alamak..terlepas la aku nak g tengok air naik..kot2 la sane banjir leh la tangkap gambar sekali, abah aku suruh ak naik kete ayoh long aku..aku cakap tak nak..hehehe aku paksa abah aku pergi tengok air kat ranggon plak..hehehe aku dapat agak abah aku ngan malasnya layan la anak dia yang ala2 mengada2 nih..nasib baikla abah aku layan jugak aku nih..dia pergi la bawa aku ke tempat tuh..warg teruja aku tengok ramai nya org..tapi masa aku datang tuh ramai da nak balik..abah siap perli lagi aku tuh tak tahan..tengok la air tuh..heheheh mak aku cakap nak turun..hehe ak pon bawa sorg satu payung dan turun tengok air..heeheh tapi besh jugak tgk ramai orang..abah pon ajak saya balik..heheh saya pon aper tunggu lagi dengan berat ati jerk terpaksa la balik ngan abah dan mak..hehehe last3 saya ajak abah lalu depan pantai..hehehe dengan terpaksa abah pon lalu la depan pantai tuh...hehehe mengada2 sungguh anak abah yang nih kan..memang pon baru tau ker??hhehe last2 abah cakap tengok la air pantai tuh..hehe ngan malu2 saya jawab ingat kan air naik..sajer jerk nak tengok air naik ...heheheh

Monday, October 12, 2009

sAYa YaNG buZy..


Sejak akhir-akhir ini, tidur tidal lena, makan tidak kenyang, mandi tidak basah? apakah simptom saya dilambung cinta?? ya memang sah saya memang sedang dilambung cinta..Tapi dengan sapa ya? jawapannya dengan bengkel ,Analisa Agorithm, Sofware Project Managment, tiada hari yang membuzykan daripada membuzykankan diri ini dengan semua itu. Semuanya akan dipresent pada minggu ini dan juga minggu depan. YA ALLAH PERMUDAHKAN SEGALA URUSAN HAMBA MU INI...insyallah..mudah-mudahan macam itu la harapnya kan, tidak sabar hendak mendapat tidur yang secukupnya, kenkadang tertidur dalam kelas akibat keletihan, begitu la lumrah jadi student kan, tapi kalau sudah kerja pun, mesti ada tekanan jugak kan, tapi walaupon susah, sibuk, macam mana pon, kita memang kene lalui hidup ini dengan senyuman, senyuman ker? walaupun muka saya kelihatan serabut,maaflah memang kenkadang kita tak boleh senyum kerana memikirkan kerja yang perlu disiapkan. So sudah habis bercerita pasal diri yang membuzykan walaupon kenkadang buat2 buzy..tapi itulah saya..kawan2 lain camner erk?? mungkin pon sama cam saya jugak kot..heheh entah la..so saya dengan merajinkan diri untuk upload gambar sukan antara faculty walaupun buzy kami masih sempat menjadi AJK sukan untuk faculty kami, dan tahnih kepada yang menang dan juga AJK-AJK sukan ya..

Sunday, October 11, 2009

rAYa dATaNG LaGi..





masih dalam bulan syawal kan..so tak salah rasanyer kalau saya letak title "raya datang lagi"..sebab mmg datang pon.sebab aper..sebab kat UTeM pon dalam 2 minggu lepas memang menyambut hari raya adilfitri..kalau da jamuan raya ..mesti la pakai baju raya kan..kalau da pakai baju raya mesti la pergi raya kan..so kami bertujuh budak rumah saya semua pergi jamuan hari dengan pakaian raya..ni la gambar raya kitaorg..heheh semua posing baik punya. kawan2..selamat hari raya maaf zahir dan batin