asslamualaikum, motivaasi pagi ini telah kutulis semula dari ceramah ustaz hasrizal abdul jamil , besh plak dengar, tuh yang nak berkongsi dengan semua,tak lah lengkap sangat, kalau nak lengkap dan nak betul-betul paham jum download Ustaz Hasrizal Abdul Jamil :)
Kehidupan perlu diberikan makna kepadanya, sebagai tanda kita menghargai peluang ini dan kalau sesuatu kerja dilakukan dalam keadaan terpaksa, hasil kita akan terseksa, kalau kita bekerja untuk menerima mungkin kita boleh fokus sedikit, tetapi jika kita bekerja untuk memberi, kita melakukan sesuatu untuk maksud menyumbang mengurniakan sesuatu yang memberi makna kepada orang lain itu adalah yang terbaik.Kita menyumbang atau memberi sumbagan kepada orang lain mungkin ia lebih baik,kenkadang kita rasa letih lepas memberi tapi tak berhasil, jadi kita berusaha untuk memberi sebaik mungkin keran kita setuju ia datang dengan fitrah kita, tetapi adan masa-masanya kita rasa letih, penat , sampai bilakah aku terus memberi, bilakah masanya pula untuk aku pula dapat nikmat untuk menerima. justeru kita perlu mencari satu motivasi yang tulen terhadap kemampuan dan tenaga untuk kita terus memberi,dari manakah kita nak mendapat motivasi yang penting itu , kita berbalik pada ayat allah iaitu hendaklah kamu ingat kepada allah apabila kamu lupa..apabila sampai satu peringkat kita rasa perasaan kita jatuh , kita harus ingat kepada allah ingat kepada allah ni bukan retorik, ingat kepada allah bukan satu klisik, teteapi adalah merupakan satu kaedah yang penting asalkan kita faham apakah yang sedang kita lakukan itu, bila kita ingat kepada allah asasnya bukan untuk semata-mata satu zakir sahaja, tetapi satu proses mengingat siapa diri kita ini , apabila kita ingat diri ini siapa maka kita akan menghidupkan kembali atau menyuburkan kembali kehambaan kita kepada allah, satu-satunya sebab kenapa kita perlu bersungguh, sabar, redha dan menikmati usaha memberi itu ialah kerana kita ini merupakan hamba kepada Allah .Seorang hamba yang dalam kehidupannya datang dalam hidup ini tanpa sebarang modal apabila segala-galanya diberikan oleh allah kepada kita kerana kita ditugaskan untuk memberi, justuru apabila kita memberi, kita telah memainkan peranan apa sahaja yang kita terima, walau sekecil mana pun ia merupkan nilai tambah untuk kita syukuri dan musuh utama kepada kehambaan adalah jangkaan, hidup ini penuh dengan jangkaan, kita meletakkan banyak jangkaan supaya jangkaan itu dapat ditunaikan, maka munculah ia dalam bentuk perkataan yang selalu kita dengar iaitu sepatunya...sepatutnya...sepatutnya, dalam hidup yang banyak sepatunya, kita akan menderita,kerana kita meletakkan banyak jangkaan, sepaptunya awak patut begini..begini....begini....kalau kehidupan kita penuh dengan sepatutnya maka sepatutnya itulah yang akan menyumbang kepada keletihan kita dalam usaha kita untuk memberi.kenapa begitu? kerana kita duduk dalam dunia yang tidak patut, memang dunia ini penuh dengan perbagai benda yang tidak patut,mungkin tidak patut yang paling besar ialah pernahkah allah jemu untuk memberi kepada kita?, kerana sepatutnya apabila allah tidak pernah jemu memberi kepada kita, malah kita juga tidak pernah jemu untuk mentaatinya, lama dah allah bagi rezeki tapi tidak sembahyang-sembahyang jugak, lama dah allah bagi pelbagai nikmat tapi tidak baik-baik juga, makin lama, main tak elok, makin tua makin keparat kata orang .Jika kita hendak bermain dengan sepatutnya, ada satu sepatunya yang paling besar dalam hidup ini iaitu sepatutnya kalau kita seperti kita sekarang, banyak perkara yang Allah akan behenti iaitu yang Allah sepatunya berhenti untuk memberi kepada kita, tiba-tiba adalah bunyi loceng rumah (ting tong )buka-buka siapa awak? awak ni tak pernah tengok, saya ni malaikat jibril, nak bawa notis permotongan bekalan oksigen kerana awk dah lama tidak sembayang, tak pernah berlaku macam ini. Kita sembayahng atau tak sembahyang allah tetap juga berikan rezeki yang sepatunya kita dapat dengan usaha-usaha dan kerja yang kita lakukan dalam setiap hari, maka kalau sekiranya Allah memberikan pelbagai nikmat kepada kita tanpa menimbulkan sepatutnya.... sepatunya.... sepatutnya ..... dalam hidup ini maka kita juga sebagai hamba kepada allah, allah tidak mintak supaya kita sentiasa mencari jalan untuk semata-mata mengembirakan allah tetapi allah suruh kita untuk mengembirakan Allah, gembirakan hamba-hamba allah yang lain iatiu berbuat baik dan melaksanakan peranan kita, jadi kalau sekiranya dalam kehidupan ini timbul rasa penat, timbul rasa letih untuk memberi satu peringatan yang penting untuk diri kita ialah kurangkan la sepatutnya dalam kehidupan ini, seorang isteri mengharapkan suaminya menjadi menantu yang bagus kepada bapanya, dan suaminya gagal berperanan sebagai seorang menantu, buangkanlah sepatutnya itu dan bersyukur walau mungkin dia bukan seorang menantu yang terbaik, mungkin dia seorang suami yang terbaik kepada kita, kalau sekiranya mengharapkan sepatunya anak saya menjadi seorang pelajar yang begini..begini..begini begini sifatnya, mungkin anak itu tidak cermelang seperti sepatunya yang kita harap, tetapi dia masih lagi merupakan anak yang baik dari segi tingkah laku dan memenuhi tugasannya sebagai seoarang anak.Justuru dalam hidup ini jangan kita terlalu banyak kita meletakkan sepapatutnya tentang orang lain kerana ia memusuhi kehambaan kita kepada allah, sebaliknya perbanyakkanlah sepatutnya tentang diri kita, sepatutnya saya begini..begini, sepatnyanya saya dan ini merupakan motiwasi yang sebenar untuk terus memberi dalam hidup bahwa kita merupakan hamba kepada allah , hiduplah didunia negeri untuk memberi sebelum sampainya akhirat, mudah-mudahan hari yang sebenar untuk kita menerima. Selamat memberi dan menerima yang terbaik dari allah disana nanti dengan janj-janjinya
No comments:
Post a Comment