Sunday, March 13, 2011

Saya Tak Tahu Masak :)

Apalah awak ni, dah la perempuan tidak tahu masak? memalukan betul. Ada saya kisah?? saper cakap aku tak tahu masak? aku pandai masak aper ? masak apa? masak air, masak meeggi :) ok lah tuh kan, atleast anda tahu jugak memasak kan  :) apa yang aku duk melalut sampai ke bab memasak plak ni, kawan aku cakap kalau sekiranya seseorang khususnya perempuan yang tidak tahu masak, malangnya untuk buat isteri? sampai macam tuh sekali ker? teruk jugak orang yang tak tahu masak ni kan, tapi aku tidak setuju untuk pendapatnya, maaf, cuba kita pikir dan renungkan balik antara  perempuan yang tak tahu memasak dengan perempuan yang  tidak tahu solat? mana yang anda akan pilih? aku pernah dengar satu ceramah, tak silap dari ustaz mana entah, dia cakap dah kalau makan sedap-sedap pilihlah  isterinya tukang masak kan, confirm hari-hari makan masakkan yang besh-besh bukan?, kan adalam islam ada cakap : 

“Wanita itu dinikahi kerana empat perkara. Kecantikkannya, keturunannya, hartanya atau kerana agamanya. Tetapi pilihlah yang beragama supaya dirimu selamat.”Rasulullah S.A.W 

Jadi pada mana-mana lelaki, bila perempuan tidak tahu masak, jangan dikondem-kondemkan perempuan itu dengan perkataan yang tidak sepatutnya? mesti ramai lelaki akan cakap, alah awak perempuan, awak boleh la cakap camtuh, cuba awak lelaki tengok?(aku  bersyukur menjadi seorang perempuan ) awak nak tak dengan perempuan yang tak pandai masak? kalau taknak pun ada saya kisah :) ok kalau lelaki tak pandai jadi imam, tak plak di kondem-kondem plak kan? sebab apa? sebab kamu seorang lelaki? anda hidup untuk makan atau  makan untuk hidup :)










Jum Baca article dibawah ni( sumber dari i luv islam )



Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar. Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita kata okay saja.
Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati.
"Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!" Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang anak dara, juga rakan sejawat kami.
Maka jawaplah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya di suruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja.
Setelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya.
''Habis sekarang kenapa tidak belajar?" Tanya sang lelaki lagi dengan penuh semangat.
''Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!" Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala.
Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak. Wanita sepatutnya buat begitu juga.
Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam.
Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup.
Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering diguna pakai.
Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam rumahtangganya.
Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami.
Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam.
Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih perlu.
Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal.
Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola. Begitulah standard yang telah ditetapkan.
Bolehkah kita meletakkan undang-undang itu kepada lelaki juga? Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah.
Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimam satu taman perumahan juga.
"Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?" Dengus teman wanita yang lain.
Betul juga ya? Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya?
Maka bertanyalah wanita kini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini.
Ternyata ramai yang menjawab tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan isterinya lebih handal.
Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri-sendiri.
Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam.
Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami.
Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa 'queen control'.
Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang. Jika wanita disuruh belajar, apa salahnya lelaki!

No comments: