Thursday, March 17, 2011

-Betulkan Aku Jika Aku Silap-

Assalamualaikum,  topik yang akan dibincangkan adalah bangun awal pagi adalah disebabkan bola? Kepada peminat bola, semestinya anda tidak ketinggalan untuk menonton perlahwanannya bukan?  dan mungkin juga  sanggup bangun pagi kerana sebab bola? best sangat agaknya bola kan? mesti orang yang kaki bola akan cakap, awak boleh la cakap, sebab awak tak minat bola? cuba awak minat bola...lalalala apo kono jang nak marah-marah nih, saper yang tanamkan minat bola awak? saya atau awak? kalau saya yang tanamkan minat bola tuh pada diri awak, awak patut marahkan saya, ni saya tak ada kene mengene pun dengan awak ok, tetiba nak marah saya plak? cool beb..cool? mungkin nak marahkan orang lain aku plak yang kene tempiasnya bukan, nak marah nyamuk, tapi bakarnyer satu kelambu..ish..ish..memang tidak patutkan? apa yang aku duk melalut-lalut nih, ok point aku senang jek?  Bola yang akan bawa amalan kita ker?dan aku nak tanya berapa  berapa orang pula yang akan bangun awal pagi untuk bertahjud? Tanya diri sendiri ok, topik ini telah dikemukan oleh seorang sahabatku sebenarnya, dan dia memang seorang yang fanatik MU? tak perlu aku mensionkan namanyer kot :) agak-agak yang terasa tuh, apa yang aku boleh buat, terasa jek la, sebab aku bukan kutuk pada sesiapa, cuma bagi pengingatan sahaja, jika anda boleh bangun awal pagi kerana bola, kenapa tidak kita bangun awal pagi untuk solat tahjud bukan? bukan lama pun, paling koman  10 minit je,rasa lama sangat erk? ok potong 5 minit, so 5 minit je la :)  tak kan lama kot? tengok bola 2 jam boleh plak kan? tak lama pun bukan? sekejap je kan? andai aku salah sila betulkan aku yer ? ..Anda yang akan menetukan tuju arah hidup anda, anda yang memupuk minat anda :) -sekian-

No comments: