Wednesday, May 30, 2012

Jalan-Jalan Di Perlis

Assalamualaikum...Selamat bercuti ke Perlis Bandar apa ehh, kalau melaka bandar bersejarah, Terengganu bandar pesisir pantai, kalau Perlis lupa plak nanti tolong chek yer, biar la bandar apa-apa, nak tau google sendiri...hehe. negeri Perlis negeri terkecil dalam Malaysia kot kalau tak silap, lupa plak geografi ni..lebih kurang macam melaka juga abah aku cakap, kuar kot sane, lalu kot sini..Banyak juga tempat menarik di Perlis, boleh la untuk melepaskan tension, merehatkan diri bersama family..mesti yang tak tahu akan tanya di Perlis ada apa ehh, entah la aku pon tak tahu ada apa, kawan abah aku cakap Perlis dalam UNIMAP..bukan  UNIMAP dalam Perlis, yup memang tak dapat dinafikan lah, skit-skit aku akan jumpa UNIMAP :) rasanyer bila sebut bab belajar ni, tak silap aku PERLIS bandar ilmu kalau tak salah lah, haishhh bukan nak citer pasal isu Perlis pun, huhuk camner la boleh sampai ke situ plak aku duk melalut-lalut nih...haishhh .Ok-ok abaikan pasal isu tadi, jum kita view sikit tempat menarik di Perlis...OPsss lupa, dialong ngan sapa entah..hahah

Adik: Ada kat mana sekarang?
Aku: Jalan-Jalan  je..lalalala
Adik: Pergi mana je kak oii
Aku: Buka blog dan tengok sendiri :)
Adik: Ko pergi gua kelam tak
Aku: pergi, tapi tut..tut..tut..
Adik: Mengada betul la, bagitahu je la kenapa :)
Aku: kalau cerita da x syok la :)) 
Adik: Ok fine, jangan masukkan picture, tak nak tengok pon.
Aku: Ok fine, tapi da masukkan Picture nak suh tengok :) abah cakap rugi tak bagi tengok, yang belajar, kene belajar, yang keje kene kerja :) 


Akak: Dik ko kat mana sekarang?
Aku: Jalan-Jalan je :)
Akak: G mana je? Padang besar? wang kelian? 
Aku: Semua, nanti tengok la kat blog, ada cerita (style berlagak)
Akak: Pergi mana je lagi?
Aku: Banyak tempat kot, letih jalan, nanti tengok kat blog je la :))(berlagak lagi)



Dah banyak sangat tanya, pergi mana-pergi mana, meh nak cerita skit pergi mana :) tak banyak pon perginya...yang sempat pergi, Padang besar, Taman ular pergi, tapi da tutup kul 5, so sempat bergambar di kawasan reakrasi je sekitar situ, Wang Kelian..huh jalan nya dasyat, abah cakap jalannya huruf O aku cakap kat abah huruf S, kalau aku yang bawa sah-sah la (entah la sah-sah apa), tuh la pasal aku cakap kat mak JPJ buat test bukit ada sebab, karang gelonsor kerete tu balik kalau tak lepas :)  dulu selalu aku pertikai jugak, napa la perlu berhenti di tengah-tengah bukit, baru faham sekarang, kalau yang depan kenderaan kita Bas bukan Baz ok, lori ke, mau merangkap kot kenderaan yang berat-berat macam ni..so ada sebab la JPJ buat test behenti diatas bukit kan...Pergi Gua Kelam, semangat aku nak masuk dalam gua, sebab sebelum ni mak da pernah masuk, mak cakap gelap sangat, dah la sunyi..mak cakap mak tak nak masuk gua tuh, tak larat nak jalan plak tuh gelap + seram, mak yang cakap :) aku plak excited la nak masuk nak tengok keadaannya, sampai je di Gua Kelam, mai aii, tak dapat nak masuk plak, sebab gua tersebut tengah renovate :) sabo je la, tak dapat la nak cerita macam mana keadaan dalam gua, tapi kat luar gua tu aku tengok pon seram..heheh   ..next time abah cakap insyaAllah dapat la aku masuk..tak ada rezeki untuk kali ini :) Planning nak pergi Pekan rabu ngan aloq staq, hohoh excited da aku ni bila abah yang cakap nak pergi jalan-jalan, last2 cancel, lain hari, lain bulan, lain tahun abah cakap, tak sempat la kalau semua nak pergi dalam dua hari:) betul kata abah, next time insyaAllah ada kesempatan boleh la merendek-rendek :) pergi kedai mee udang/mee ketam..huhu terasa juga nak merasa, tapi disebabkan muatan perut sudah penuh..insyallah lain kali kot dapat cuba, mak da agak aku tengok ketam je yang excited nyer, bukan mee nya..hehehe.


Ni kat padang besar, dari pagi sampai  kul 3 petang pon tak cukup lagi :) nak pergi round-round lagi, last-last abah cakap panggil balik,  tak kan tak habis lagi, jum balik :( ingatkan nak pergi cari baju lagi.. 

Setelah kelaparan+ keletihan, singgah sebentar di Restoran Tok Mek, dulu tak silap aku restoran ni biasa-biasa je, sekarang mai aii besar la juga.


 nak pergi rumah ayah long aku punya mentua Silap masuk jalan, tapi permandangan yang cantik kan:)

Tempat rehat selepas penat berjalan

Ni taman reakrasi kat Perlis, berhadapan dengan tanam Ular, tak dapat masuk tanam Ular, Taman reakrasi pun jadi lah :)

Ni atas jambatan gantung mana entah, sesuai untuk menghilangkan gayat :) anda gayat, patut cuba duk atas jambatan ni



Tempat ni bukan ICT kat Shah Alam, tapi di Perlis, tak banyak pun pokok lampu..skit je


Denai Larian Sungai Perlis, Pengkalan Asam Kangar


Ni dah sampai Wang Kelian,

Jum masuk sempadan siam, mak takut-takut sebab IC mak tertinggal, buat2 berani je nih..heheh :)



Kecil-kecil cili padi, leh bawa sepuluh tin susu kot...hebat budak nih..


Jalan yang abah aku cakap O, aku cakap S :)


Singgah sebentar di Gua Kelam..

Ni apa pesen pon aku tak tahu ambil gambar macam ni, actually kat belakang tu gua..hehe yang aku pegang tuh..entah la x sure plak apa


Cantikkan Permandangannya kat sini, suke bangat :)


Paksa mak tiru macam saya:) hahaha tak la, tu sebenarnyer tengah pandang Selamat Datang ke Gua Kelam :) 





Permandangan yang cantik.. dapat bergambar jadi la event x dapat masuk pon :)


Ibu bapa duk menunggu anak-anaknya daftar

Jum tengok mata sapa paling besar, panas kot :)  kat asrama adik..

 Da nak balik da time ni, Dik kitaorang balik dulu yer :) Selamat menimba ilmu ditempat orang, belajar rajin2, jangan lupa ALLAH..


Disebabkan tak jadi balik petang isnin, jum ke kuala perlis dulu jalan-jalan cari makan , masjid terapung Kuala Perlis, ingat Terengganu je ada masjid terapung, Perlis pun ada apa  ..hehe..cantik kan...

5 comments:

Anonymous said...

huhuhu..untunglah dpt g jln2..
tapi sy tau tanpa sy siapalh anda...
hahahaha..mesti x best sbb sy x g kan..
erm..papepun~dpt tgk kat luar pun jadi lah kan~ malslah sy nk ckp sy dh penah masuk gua kelam tu sbb tau awk dh tau..hahahha..
stakt pic dkt luar je apa brng..

Unknown said...


Assalamualaikum Tuan/Puan.

Saya mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit disini, semoga kebaikan hati Tuan/Puan untuk memberi izin iklan ini, menjadi amal ibadah disisi Allah SWT hendaknya amiin….

Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency

Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

Contact person : Amsyahril
Mobile : +6285263007445 ( WhatsApp )
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.



Unknown said...

Rindu matrik perlis la plk

Unknown said...

Rindu matrik perlis la plk

Wak Lat said...

dh lama x gi perlis., ;p