Tuesday, May 1, 2012

Kita Adalah Pelakonnya

Assalamualikum all..


Setiap apa yang kita lakukan mesti ada cerita disebaliknya walaupun kadang kala kita sendiri tak tahu atas sebab apa kita lakukannya.. dalam kehidupan kita ni, kita adalah pelakonnya dan watak utamanya adalah diri kita..apa yang kita buat akan meninggalkan kesan, tak kiralah kesan nya positif or negatif tapi pasti ada kesannya walapun sebesar biji zarah. mungkin apa yang kita lihat, yang kita pandang, yang kita rasa , yang kita buat( berapa banyak yang yerk) nasib tak nyanyi lagu yunk jer kan..  itulah yang kita rasakan yang terbaik bagi kita tapi tak semua orang ada pandangan sudut yang sama bukan.. we have different of thinking.. adakah watak yang kita lakonkan itu adalah watak baik or jahat, hanya kita yang boleh mencorakkannya..



Walaupun kadang2 kira telah cuba untuk melakonkan yang terbaik, tapi disebabkan sudut pandang manusia ini berbeda, kita sudah pasti tidak mampu untuk memuaskan hati semua pihak. Apa yang kita rasa terbaik untuk kita, tidak semestinya baik untuk semua orang. Kita mesti akan fikir, mahu menjadi diri sendiri or mengikut apa yang orang suke?? mungkin semua orang akan cakap, "yelah mestilah jadi diri sendiri, tak kan nak jadi orang lain, tu dh namanya hipokrit bukan"... tapi sedar atau tidak dalam kehidupan kita, kadang2 kita sebenarnya cuba menjadi apa yang orang suke dan bukanlah apa yang kita suke.. cuba kita lihat diri kita balik dan nilailah adakah sekarang ini kita menjadi diri kita ataupun telah bertukar menjadi panda..hehu.. apa yang orang suke.. kita adalah pelakonnya, pengarahnya dan penulis skripnya.. dan keberhasilan sesuatu lakonan itu adalah bergantung pada pelakonnya.. adakah lakonan kita boleh memberi impak yang positif pada orang lain ataupun sebaliknya..kita yang menentukan... hehehe... 

No comments: