Assalamaualaikum...
Tadi terbaca di laman
facebook ustaz azhar ada orang postkan pasal ni, ALLAH S.W.T dah tetapkan kita
3 perkara:-
1) Rezeki Kita
2) Ajal kita
3) Jodoh Kita
Tapi 1 perkara yang ALLAH
S.W.T tidak tetapkan iaitu iman, so untuk dapatkan iman kite kena
cinta allah 100%..allahurobbi..
Ok berbalik pada Rezeki
kita, Allah dah tetapkan rezeki kita, tapi kita tak leh la nak sesuatu
tanpa usaha, contohnya malas nak kerja bila orang tanya, dah rezeki aku
macam ni tak ada keje nak buat macam mane, kan allah dah cakap, aku tak akan
mengubah sesuatu kaum kecuali kaum itu mengubahnya sendiri, korang pernah baca
kisah semut dengan Nabi Sulaiman tak, kalau yang tak pernah baca, jum kita
ambil iktibar daripadanya
Di zaman Nabi
Allah Sulaiman berlaku satu peristiwa, apabila Nabi Allah Sulaiman nampak
seekor semut melata di atas batu; lantas Nabi Allah Sulaiman merasa hairan
bagaimana semut ini hendak hidup di atas batu yang kering di tengah-tengah
padang pasir yang tandus. Nabi Allah Sulaiman pun bertanya kepada semut: "
Wahai semut apakah engkau yakin ada makanan cukup untuk kamu".Semut pun
menjawab: "Rezeki di tangan ALLAH, aku percaya rezeki di tangan ALLAH, aku
yakin di atas batu kering di pasir yang tandus ini ada rezeki untuk ku".
Lantas Nabi Allah Sulaiman pun bertanya: " Wahai semut, berapa banyakkah
engkau makan? Apakah yang engkau gemar makan? Dan banyak mana engkau makan
dalam sebulan?"Jawab semut: "Aku makan hanya sekadar sebiji gandum
sebulan".
Nabi Allah Sulaiman pun mencadangkan: "Kalau kamu makan hanya sebiji gandum sebulan tak payah kamu melata di atas batu, aku boleh tolong". Nabi Allah Sulaiman pun mengambil satu bekas, dia angkat semut itu dan dimasukkan ke dalam bekas; kemudian Nabi ambil gandum sebiji, dibubuh dalam bekas dan tutup bekas itu. Kemudian Nabi tinggal semut di dalam bekas dengan sebiji gandum selama satu bulan.
Bila cukup satu bulan Nabi Allah Sulaiman lihat gandum sebiji tadi hanya
dimakan setengah sahaja oleh semut, lantas Nabi Allah Sulaiman menemplak semut: "Kamu rupanya berbohong pada aku!. Bulan lalu kamu kata kamu makan sebiji gandum sebulan, ini sudah sebulan tapi kamu makan setengah".
Jawab semut: "Aku tidak berbohong, aku tidak berbohong, kalau aku ada di
atas batu aku pasti makan apapun sehingga banyaknya sama seperti sebiji gandum sebulan, kerana makanan itu aku cari sendiri dan rezeki itu datangnya daripada Allah dan Allah tidak pernah lupa padaku. Tetapi bila kamu masukkan aku dalam bekas yang tertutup, rezeki aku bergantung pada kamu dan aku tak percaya kepada kamu, sebab itulah aku makan setengah sahaja supaya tahan dua bulan. Aku takut kamu lupa".
Nabi Allah Sulaiman pun mencadangkan: "Kalau kamu makan hanya sebiji gandum sebulan tak payah kamu melata di atas batu, aku boleh tolong". Nabi Allah Sulaiman pun mengambil satu bekas, dia angkat semut itu dan dimasukkan ke dalam bekas; kemudian Nabi ambil gandum sebiji, dibubuh dalam bekas dan tutup bekas itu. Kemudian Nabi tinggal semut di dalam bekas dengan sebiji gandum selama satu bulan.
Bila cukup satu bulan Nabi Allah Sulaiman lihat gandum sebiji tadi hanya
dimakan setengah sahaja oleh semut, lantas Nabi Allah Sulaiman menemplak semut: "Kamu rupanya berbohong pada aku!. Bulan lalu kamu kata kamu makan sebiji gandum sebulan, ini sudah sebulan tapi kamu makan setengah".
Jawab semut: "Aku tidak berbohong, aku tidak berbohong, kalau aku ada di
atas batu aku pasti makan apapun sehingga banyaknya sama seperti sebiji gandum sebulan, kerana makanan itu aku cari sendiri dan rezeki itu datangnya daripada Allah dan Allah tidak pernah lupa padaku. Tetapi bila kamu masukkan aku dalam bekas yang tertutup, rezeki aku bergantung pada kamu dan aku tak percaya kepada kamu, sebab itulah aku makan setengah sahaja supaya tahan dua bulan. Aku takut kamu lupa".
Bagaimana pula
dengan kisah manusia dalam perihal rezeki? jum kita baca sikit lagi untuk
sama-sama kita ambil aktibar..
Di zaman Imam
Suffian, ada seorang hamba Allah yang kerjanya mengorek kubur orang mati. Kerja
korek kubur orang mati bukan kerja orang ganjil. Bila ada orang mati, mayat
terpaksa ditanam, oleh itu kubur perlu digali dulu. Tetapi yang ganjil mengenai
hamba Allah ini ialah dia tidak gali kubur untuk tanam mayat.
Sebaliknya apabila orang mati sudah ditanam, waris sudah lama balik ke rumah dan Munkar Nakir sudah menyoal, barulah penggali ini datang ke kubur untuk korek balik.Dia nak tengok macam mana rupa mayat setelah di INTERVIEW oleh Munkar Nakir. Dia korek 1 kubur, 2 kubur, 3 kubur, 10 kubur, 50 kubur sampai 100 kubur. Lepas itu, penggali pergi kepada Imam Suffian dan bertanya kepadanya: "Ya Imam, kenapakah daripada 100 kubur orang Islam yang aku gali, dua sahaja yang mana mayat di dalamnya masih berhadap kiblat. Yang 98 lagi sudah beralih ke belakang?". Jawab Imam Suffian:" Di akhir zaman hanya 2 dari 100 umat Islam yang percaya rezeki itu di tangan Allah. 98 orang lagi tidak percaya bahawa rezeki di tangan Tuhan". Itulah sebabnya apabila umat Islam tertekan dengan SOGOKAN duit yang banyak, biasanya, iman dia akan beralih. Nyatalah iman semut lebih kuat dari iman manusia.-sumber halaqah-
bab ajal plak
..
Firman Allah Taala yang
bermaksud :
" Tiap-tiap umat
mempunyai ajal, maka apabila telah datang ajalnya mereka tidak dapat
mengundurkannya barang sesaat pun dan tidak dapat (pula)
mempercepatnya."
(Surah Al-A'raf ayat
34)
Ajalku pasti tapi tidak terlihat
oleh pandanganku bilakan tibanya ia. Ajal yang Allah janjikan itu takkan
tertangguh sesaatpun malah Izrail sesekali takkan alpa dalam urusannya.
Sesungguhnya malaikat maut menjalankan perintah Allah SWT dengan tepat dan
sempurna, dia tidak diutus hanya untuk mencabut roh orang sakit sahaja, ataupun
roh orang yang mendapat kecelakaan dan malapetaka. Jika Allah SWT menetapkan
kematian seseorang ketika tertimpa kemalangan, atau ketika diserang sakit, maka
pastinya Izrail mencabut roh orang itu ketika kejadian tersebut.
Namun ajal tidak mengenal orang yang sihat, ataupun orang-orang kaya yang sedang hidup mewah dibuai kesenangan. Malaikat maut datang tepat pada waktunya tanpa mengira kita sedang ketawa riang atau mengerang kesakitan. Bila ajal telah tiba, maka kematian itu tidak akan tertangguh walau hanya sesaat. Tidak ramai manusia yang mengaitkan kematian itu dengan kehadiran malaikat maut yang datang tepat pada saat ajal seseorang sudah sampai, sedangkan malaikat maut senantiasa berada di sekeliling manusia, mengenalpasti memerhatikan orang-orang yang hayatnya sudah tamat. Sebuah hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a, bahwa Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya :
Namun ajal tidak mengenal orang yang sihat, ataupun orang-orang kaya yang sedang hidup mewah dibuai kesenangan. Malaikat maut datang tepat pada waktunya tanpa mengira kita sedang ketawa riang atau mengerang kesakitan. Bila ajal telah tiba, maka kematian itu tidak akan tertangguh walau hanya sesaat. Tidak ramai manusia yang mengaitkan kematian itu dengan kehadiran malaikat maut yang datang tepat pada saat ajal seseorang sudah sampai, sedangkan malaikat maut senantiasa berada di sekeliling manusia, mengenalpasti memerhatikan orang-orang yang hayatnya sudah tamat. Sebuah hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a, bahwa Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya :
" Bahawa malaikat maut
meperhatikan wajah manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail
datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang gelak-ketawa. Maka
berkata Izrail : Alangkah herannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus
oleh Allah Taala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berhura-hura dan
bergelak-tawa."
Betapa seringnya malaikat maut melihat dan menatap wajah seseorang, iaitu sebanyak 70 kali dalam masa 24 jam. Andai kata kita manusia sedar hakikat tersebut, nescaya kita tidak akan lalai mengingati mati. Tetapi oleh kerana malaikat maut adalah makhluk ghaib, manusia tidak melihat kehadirannya, atas sebab itu manusia tidak sesekali menyedari apa yang dilakukan oleh Malaikat Izrail atas Kuasa Allah.
Justeru itu, tidak hairanlah, jika ramai manusia yang masih mampu bersenang-lenang dan bergelak-tawa, seolah-olah dia tidak ada masalah yang perlu difikirkan dan direnungkan dalam hidupnya. Walaupun dia adalah seorang yang miskin amal kebajikan serta tidak memiliki secuil bekal amalan untuk akhiratnya, dan sebaliknya banyak pula melakukan dosa. Moga diri ini sentiasa beringat untuk mempertingkatkan amal dalam bulan Ramadhan yang telah dipenghujungnya ini kerana belum pasti diri akan ketemu Ramadhan seterusnya sedangkan ajal itu sangat pasti akan menjemput bila tiba waktunya. -sumber http://udink.multiply.com/journal/item/11-
ok itu bab
rezeki kan.. jum kita baca bab jodoh plak :)
Usaha kita
dalam mencari jodoh perlulah bersandarkan kepada iman dan diiringi dengan doa
yang berpanjangan. Berdoalah banyak-banyak dengan bersungguh-sungguh
kerana mengharapkan rahmat daripada Allah agar insan yang kita pilih itu
dijodohkan dengan kita.
“Jodoh
ketentuan di tangan Tuhan”. Itulah ungkapan yang
sering kita dengari apabila berbicara tentang soal hati. Malah ada yang sudah
berputus asa dan rasa muak dengan ungkapan tersebut kerana sudah sering
mendengarnya setiap kali usai meluahkan rasa hati kepada seseorang. Jangan
sekali-kali kita berputus asa daripada rahmat Allah sebaliknya, sandarkan lah
perjalanan hidup kita kepada ketentuan Qada’ dan Qadar, iaitu takdir yang baik
mahupun yang buruk. Itu adalah syarat pertama jikalau kita mahu mencari pasangan
hidup, dengan tujuan kerana ingin mendapatkan keredhaan-Nya. Jika kita hanya
mencari pasangan kerana terikut-ikutkan keadaan semasa di sekeliling kita, atau
hanya kerana suka-suka, nescaya tujuan kita itu tidak disandarkan kepada iman
sepenuhnya dan nescaya hati kita akan gundah-gulana dan bagaikan dirobek
apabila pilihan di hati tidak menjadi kenyataan.
Hal yang
demikian itu sebenarnya merangkumi segenap aspek dalam kehidupan seorang Muslim
dengan lebih menyeluruh, bukan terhad hanya dalam soal hati. Ia adalah resepi
kehidupan yang sempurna dalam kita mengejar kebahagiaan hidup yang hakiki. Di
dunia dan di akhirat. Bersyukurlah dengan segala kurniaan-Nya. Hiduplah dengan
penuh sederhana. Kerana itulah intipati kepada cara hidup Islam.-sumber cheahmad.blogspot-
emmm… ada juga
kawan dengan mudah berkata “kamu tuh jual mahal, sebab tuh tak laku!”… soal
jual mahal tidak pernah timbul tetapi ciri-ciri lelaki yang akan jadi pilihan
yang akan diutamakan… biar lelaki yang betul-betul ada rasa tanggungjawab dan
boleh dijadikan sebagai ketua keluarga dan disempurnakan dengan didikan
agamanya, itulah yang paling penting untuk mewujudkan keharmonian rumahtangga
kelak…
terimbas pula
sebuah cerita kisah gadis Bani Ma’zhum yang sehingga kini aku jadikan
sebagai iktibar. Bagaimana kerisauan gadis ini yang begitu tinggi tentang
jodohnya sedangkan jodoh belum tiba juga untuknya. Pelbagai ikhtiar yang telah
dibuat untuk bertemu jodoh dan akhirnya dia bertemu jodoh juga dengan seorang
pemuda yang tampan… tetapi kenikmatan yang dia kecapi hanyalah seketika saja,
umpama bermimpi disiang hari apabila suaminya telah meninggalkan
dia tanpa alasan dan kesan selepas menggunakan sebahagian harta
Rithah… lelaki itu, cuma berkehendakkan harta yang melimpah ruah bukan kerana
keikhlasan…Dan tinggallah Rithah seorang diri, menangisi pemergian suami yang
tidak tentu ke mana perginya. Kesedihan dan kemurungannya dilepaskan Rithah
dengan membeli beratus-ratus buku benang untuk dipintal (ditenun), setelah jadi
hasil tenunannya, wanita itu mencerai beraikan lagi menjadi benang. kemudian ia
tenun lagi dan ia cerai beraikan lagi. Begitulah seterusnya ia jalani sisa-sisa
hidupnya.. gadis Bani Ma’zhum ini ialah Rithah Al-Hamqa…
Janganlah
terlalu mengikut kehendak hati dalam menghadapi masalah jodoh… usahlah jodoh
itu dikejar… Kisah Rithah sepatutnya memberi kesan yang mendalam untuk
memberikan pengajaran bagi wanita yang belum menempuhi alam rumahtangga
termasuklah diriku sendiri. Jodoh merupakan urusan Allah. Jodoh tidak dapat
dihindari manakala kita belum menginginkannya, dan sebaliknya ia juga tidak
dapat dikejar ketika kita sudah teramat sangat ingin mendapatkannya. Allah
telah menentukan jodoh kita maka tidak layak bagi kita untuk bimbang dan risau
malah tidak berhak untuk orang sekeliling mempersoalkan. Kalau sudah sampai
waktunya jodoh itu pasti akan datang dengan sendirinya tanpa di undang.
Rasulullah SAW
telah bersabda: “Ketika ditiupkan ruh pada anak
manusia tatkala ia masih di dalam perut ibunya sudah ditetapkan ajalnya,
rezekinya, jodohnya dan celaka atau bahagianya di akhirat”.
Sebagai seorang
hamba, hanya yang mampu aku lakukan berdoa dan terus berdoa kerana aku yakin
Allah Maha Mendengar dan dekat dengan kita… ini jelas dalam firman Allah,
“Apabila
hamba-hambaKu bertanya kepada engkau (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya
Aku hampir. Aku memperkenankan permohonan orang yang meminta jika dia meminta
kepada Aku. Maka hendaklah mereka menyahut seruan aku serta beriman kepada Aku
supaya mereka sentiasa berada dalam kebenaran.” (Surah Al-Baqarah:186)
Perlu memupuk
sikap ‘sabar’ dalam menghadapi jodoh yang mungkin belum juga menghampiri
sedangkan usia telah semakin senja… Firman Allah dalam,
“Dan jadikanlah
sabar dan solat sebagai penolongmu, sesungguhnya yang demikian itu amat berat
kecuali bagi orang-orang yang khusyu’, iaitu orang-orang yang meyakini bahawa
mereka akan menemui Rabbnya, dan mereka akan kembali padaNya”. (Surah
AI-Baqarah:45)
kena yakin
dengan Allah… ilmu Allah terlalu luas… siapalah kita untuk mempersoalkan apa
yang berlaku dan yang kita tempuhi… sedangkan sudah jelas dalam Firman Allah,
“Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya
olehnya…..” (Surah
Al-Baqarah:286)
Renungkan dan
ambillah iktibar dari kisah ‘gadis Bani Ma’zhum’… sumber- nursyirah.wordpress-
No comments:
Post a Comment