Tuesday, November 29, 2011

Tazkirah Hari Ini

Jangan lupakan Allah sebab Allah tak pernah sekali-kali pun melupakan kita....kalau tidak, sudah pasti kita tiada di mana kita berada sekarang...sudah pasti kita tak nikmati apa yang kita nikmati sekarang...Ya Allah, jadikanlah kami hamba-Mu yang bersyukur dan sentiasa mengingati-Mu

Monday, November 28, 2011

Tazkirah Hari Ini

Puaslah dengan rezeki yang dikurniakan oleh Allah kepad anda,Nescaya anda akan menjadi manusia yang paling bahagia,semoga rezeki yang sedikit dapat membahagiakan anda,bukan rezeki banyak yang menyengsarakan anda.

Saturday, November 26, 2011

Doa Awal Dan Akhir Muharram

DOA AKHIR TAHUN HIJRAH
Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib  pada akhir bulan Zulhijjah.
Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :
“Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun”
DOA AWAL TAHUN
Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram.
Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :
“Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan”.


Wednesday, November 23, 2011

Bulan Muharam

BULAN MUHARRAM..

1. Bulan Muharram ialah bulan pertama dalam kalendar hijriah.

2. Bulan Muharram adalah salah satu dari pada bulan-bulan Haram.

Allah berfirman, ”Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah adalah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan haram. Itulah agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu, dan perangilah kaum musyrikin itu semuanya sebagaimana mereka pun memerangi kamu semuanya, dan ketahuilah bahwasanya Allah beserta orang-orang yang bertakwa.” (At-Taubah: 36)

Nabi saw. bersabda, “Satu tahun itu ada dua belas bulan. Di antaranya ada empat bulan suci. Tiga bulan berturut-turut iaitu Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharram. Dan satu bulan lagi adalah Rejab yang terletak antara Jamadil Akhir dan Sya’ban.” (HR Muslim no. 1679)

Bulan Haram yang dihormati itu ialah: Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab.

Umat Islam dilarang berperang dan berbunuhan dalam bulan-bulan ini kecuali jika mereka diugut.

Larangan untuk melakukan maksiat adalah lebih keras dibanding bulan-bulan lain.

Abdullah Ibnu Abbas ra. mengatakan maksiat yang dilakukan di bulan haram adalah lebih besar dosanya dan amal baik yang dilakukan di bulan haram adalah lebih besar pahalanya. (Tafsir At-Thabari)

Al Allamah Ibnu Hajar menulis, telah meriwayatkan oleh Abi Daud bahawa Nabi (صلى الله عليه وسلم) memandubkan (yakni SUNAT) berpuasa di BULAN-BULAN HARAM .

Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda, "Puasa yang paling utama sesudah puasa bulan Ramadan ialah puasa di bulan Muharram". (HR Muslim no. 1163)

TAKZIRAH

‎"Mencintai makhluk itu sangat berpeluang menemui kehilangan. Kebersamaan dengan makhluk juga berpeluang mengalami perpisahan. Hanya cinta kepada Allah yang tidak... Jika kau mencintai seseorang ada dua kemungkinan, diterima dan ditolak. Jika ditolak pasti sakit rasanya.. Namun jika kau mencintai Allah pasti diterima..Jika kau mencintai Allah, engkau tidak akan pernah merasa kehilangan. Tidak akan ada yang merebut Allah yang engkau cintai itu dari hatimu. Tidak akan ada yang akan merampas Allah. Jika kau bermesraan dengan Allah, hidup bersama Allah..Allah akan setia menyertaimu..Allah tidak akan berpisah darimu kecuali kamu sendiri yang berpisah dariNYA.. Cinta yang paling membahagiakan dan menyembuhkan adalah cinta kepada Allah 'Azza wa Jalla..."

~ Abdullah Khairul Azzam [Ketika Cinta Bertasbih]

~Tazkirah Hari Ini~


Khalifah keempat, Sayidina Ali k.w. berkata: Susah sekali untuk melakukan kebaikan pada 


empat tempat: 

– Meminta maaf ketika marah.

– Bersedekah ketika kesempitan.

– Menjauhi perkara haram ketika seorang diri.

– Berkata benar kepada orang yang ditakuti atau orang yang selalu menolong

Tuesday, November 22, 2011

Kad Yang Comel


Assalamualaikum, Jom pilih kad-kad yang menarik untuk perkahwinan, hari lahir, mother days, father days, dan macam-macam lagi..(Idea dari anda juga diterima) harga boleh dirunding :) boleh emailkan kepada bazlina@yahoo.com atau layari facebok saya  https://www.facebook.com/nur.bazlina























Jum Beli Kek Coklat Saya


Assalamualaikum, saya juga menjual cake coklat  dengan harga yang berpatutan(harga boleh di runding), jika anda berminat boleh terus email di bazlina@yahoo.com






















Monday, November 21, 2011

Jum Beli Cup Cake Saya

Assalamualaikum, saya juga menjual pelbagai jenis cupcakes dengan harga yang berpatutan(harga boleh di runding), jika anda berminat boleh terus email di bazlina@yahoo.com