saya amat tertarik bila saya membaca satu artikle di i luv islam yang bertajuk seruan buat sibelangkas yang ditulis oleh Fatimah Syarha Mohd Noordin dan editOr oleh arisHa27. Mesti korang pahamkan apa yang nak disampaikan ..keratan di bawah adalah yang saya ambik sebab dikira menarik bagi saya untuk berkongsi bersama-sama dan semoga ia memberi manfaat yang berguna kepada kita..insyallah
Kunasihatkan diriku jua dirimu hai muda-mudi, Dalam urusan jodoh, apapun keputusan buatlah sebagaimana yang dianjurkan oleh syarak dengan jalan istikharah dan musyawarah (berbincang) . Andai di sana nampak keserasian, usah terlalu fikirkan masalah, berfikirlah dengan optimis. Ambil langkah yang diizinkan Allah seterusnya iaitu dengan berkhitbah (bertunang) dan saling setia pada janji syarak yang di bina.
Buat kaum Hawa, yakin dan percayalah pada insan yang telah ditunjukkan Allah dalam istikharahmu walau apapun keadaannya pada masa ini, asalkan baik agamanya. Samada dia masih belajar atau masih bertukar-tukar kerja, percayalah padanya. Buat syabab, rezeki Allah amat luas, jangan dirisaukan sangat. Walaupun sesuatu pekerjaan itu tidak terpandang di sisi masyarakat contohnya bekerja sendiri namun terakam mulia dalam hadis Rasulullah s.a.w. Beliau bersabda:
“Pekerjaan yang terbaik adalah usaha seseorang dengan tangannya sendiri dan semua penjual beli yang baik.” (HR Ahmad, Baihaqi dan lain-lain).
“Sesungguhnya di antara keberkatan wanita ialah kemudahan peminangannya dan kemudahan maharnya.” (HR. Ahmad).
Oh, kaum Hawa! Tidakkah kamu mahu menjadi wanita yang berkat? Oh, mudah kahwin itu rupanya jika ikut agama! Apa tunggu lagi wahai yang dah berpunya? Pilihlah untuk berkahwin. Takutlah pada Allah melebihi takutmu pada segala persoalan di benakmu. Yakinlah pada Allah. Berdoalah pada-Nya agar dipermudahkan nikah buatmu.
1 comment:
omg!
i betul-betul t'tarik ng entri u kali ni. ^_^
i pun pna bace artikel dlm i luv islam.
n i jgk ade post psl ape yg i dpt melalui website i luv islam.
*please read my entri "thank you to i luv islam"
*do follow my blog.^_^
Post a Comment