assalamualaikum nih saya ambik dari virtualfriend..dan saya rasa ingin berkongsi article tersebut.. tajuknya dari perempuan untuk perempuan.. saya rasa article ini sangat menarik. Atricle nya adalah seperti dibawah
Jodoh itu ada, cuma belum sampai masanya. ibarat menanti jambatan utk ke seberang, kalau panjang jambatannya jauhlah perjalanannya. ada org jodohnya cepat sbb jambatannya pendek. usia 30 thn rasanya belumlah terlalu lewat. dan usia 40 thn belum apa2 kalau sepanjang usia itu telah digunakan utk membina kecemerlangan. luahkanlah perasaan dan keinginan itu dlm doa2 lewat sembahyang. Allah mendengar.
wanita baik utk lelaki yg baik, sebaliknya wanita jahat utk lelaki yg jahat. biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right (walaupun tak spt Mr Darcy) dan biar seorang diri drpd menjadi mangsa lelaki yg tak beriman dan tak bertanggungjawab kemudian nanti.
mmg mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. selalu menyangka, kau pasti bahagia kalau mendapat ini atau itu. hakikatnya, apabila kau benar2 mendapat apa yg diinginkan, ia juga dtg bersama masalah.
kau selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetik di dlm hati, bahagianya org itu. hakikatnya apabila kau telah memiliki kereta sendiri (walaupun tidak mewah), pelbagai kerenah menimpa. tak mustahil juga org yg memandu kereta mewah (walaupun sebnrnya hidupnya tak semewah keretanya) terpaksa membayar lebih tatkala berhenti utk membeli buah di tepi jalan. org lain membeli dgn harga biasa, dia terpaksa membayar berlipat ganda.
ketika kau terperangkap dlm kesesakan jalan raya, motosikal mencelah2 hingga dlm sekelip mata mampu berada jauh di hadapan. kau yg memandu kereta pun mengeluh, alangkah baiknya kalau hanya menunggang motosikal spt itu dan cepat sampai ke tempat yg dituju. sedangkan penunggang motosikal pula mungkin sdg memikirkan bilakah dia akan memandu kereta sendiri di tgh2 bandar raya.
bukan semua yg kau sangka menggembirakan itu benar2 membahagiakan. bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga dtg sama. semua benda, pasti ada baik buruknya. demikian juga perkahwinan. ia baik sbb ia dibenarkan oleh agama, sunnah Nabi, sbg saluran yg betul utk melepaskan shahwat di samping membina sahsiah dsb, tapi ia juga buruk sbb ramai org yg berkahwin hidupnya semakin tak terurus. ramai org menempah neraka sebaik saja melangkahkan kaki ke alam berumahtangga. dgn terlafaznya ijab dan kabul, bukan saja menghalalkan hubungan kelamin, namun tanggungjawab yg terpaksa dipikul juga turut bertambah. dan apabila gagal melaksanakannya, kau mengumpul dosa dan seterusnya membina jambatan ke neraka.
lihatlah di sekeliling, berapa ramai manusia yg kau kenal menyesali perkahwinan masing2 padahal dulunya mereka bermati2an membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yg sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata? belum dikira lagi berapa byk rumahtangga yg runtuh sedangkan zuriat telahpun dilahirkan? berapa ramai pula yg walaupun masih dlm ikatan perkahwinan tetapi menjalin hubungan terlarang kononnya tak sanggup berpisah demi anak2?
jika tak sanggup utk bergelar isteri tak usah berkahwin dulu. jika merasakan diri belum cukup ilmu utk bergelar ibu, belajarlah dulu. jika rasa2 belum bersedia utk bersabar dgn kerenah anak2, carilah dulu kesabaran itu. jangan berkahwin lagi sbb kenyataannya ramai yg tak bersedia utk melangkah tapi telah melompat, akhirnya jatuh terjerumus ke gaung yg sgt dlm dan tak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.
berkahwin itu indah dan nikmat bagi yg benar2 mengerti tuntutan2nya. berkahwin itu menjanjikan pahala yg tak putus2 bagi yg menjadikannya gelanggang utk memantapkan diri, mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan syurga sebagai matlamat. berkahwin itu permulaan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan, sbg ejen pelengkap antara pasangan – bagi yg mengetahui rahsia2nya.
andai satu masa nanti sampai jodohmu, berkahwinlah demi Allah dan Rasul-Nya, bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan dtg menjemput, namun perlu juga kau cuba membuka lorong2nya agar jemputan itu mudah sampai dan tak terhalang.
kau tak akan selalu dpt apa yg kau suka. jadi belajarlah menyukai apa yg ada dan apa yg telah kau dpt. dan, sementara menunggu waktu itu sampai, bergembiralah menikmati kehidupan bujangmu!!!
No comments:
Post a Comment