Sunday, January 13, 2013
Jangan Kita Menyesal Bila Ibu...
Assalamualaikum, tadi kawan aku cerita pasal mak dia, tetiba aku rasa tersentuh..bayangkan bila semua anakya sudah berjaya, punyai kerjaya, sudah berkahwin, punyai kehidupan masing-masing, mak ayah sering dilupakan..ok meh aku cerita sedikit kisahnya, tadi kawanku cerita pasal maknya, aku sempat lagi bertanya pada kawan aku tu, siapa yang ada dirumahnya sekarang yang jaga mak dia, dia jawab tiada siapa yang jaga, dan aku bertanya lagi, dah sebelum ni kalau duk umah adik, siapa yang jaga ? dia jawab tak ada siapa yang jaga.. bayangkan mak yang dalam keadaan lumpuh duduk umah sorang-sorang di rumah, tanpa siapa yang mengawasinya, dah lah mak tak boleh berjalan, macam mana nak makan, nak pergi tandas, nak ambik wuduk..bayangkan macam mana sekarang bila kita letakkan diri kita pada tempat emaknya sekarang...sedih memang tentu sekali, dan tidak dapat dinafikan lagi kan, cuba kita renung semuala, masa kita kecil, masa kita sakit,bilakita sedih, bila kita ada problem, maklah orang yang awal-awal kita cari kan, mak ayah kita masih boleh membesarkan anak-anaknya, tapi anaknya? boleh kah menjaga emaknya yang sorang ini? kita mungkin bukan terbaik, tapi kita berusaha untuk menjadi terbaik dikalangan yang terbaik, ingatlah bila mata ibu mu telah tertutup, maka hilanglah satu keberkatan dalam hidupmu iaitu doa, bertapa dasyat doa ibu bukan? ..jum sesama kita berdoa supaya dapat menjadi anak yang soleh dan solehah..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment