Sunday, April 21, 2013

Deman Pilihan Raya

Assalamualaikum...dekat-dekat nak mengundi ni, macam-macam kempen pari, masing-masing kempen parti masing-masing...aku rasa inikalilah (chewah)  pilihan raya yang paling wow sekali..hahah apa yang wownya yer.. pilihanraya yer lah paling lambat sekali PM umumkan tarikh pilihan raya..huhu dasyatkan :) Ok-Ok aku tak nak bercerita pasal itu..minggu lepas ada meeting kat kemaman, macam biasalah, adat menumpang kene ikut orang lah kan, lepas ajer meeting lepak kat kedai dengan kawan-kawan,  meeting untuk kali ke 2 di kedai kopi, dalam duk asyik meeting tu tetiba kawan aku pangil aku, dan tunjukkan pada sebuah van yang ada bendera parti,  aku cakap baguslah :) sambil tersenyum..Antara ramai-ramai masa duk meeting tu, ada sorang mamak ni duk  tanya aku parti mana? ehem-ehem..masa tu, semua duk pandang aku dan tunggu jawapan aku, huhh...dasyat tul soalan dia kali ni...saya nak parti yang membangun bersama islam , sambil menghadiakan senyum pada semua orang...lepas je aku cakap macam tu, semua diam..tak cakap apa-apa...ada aku kisah...kawan aku duk runsing pasal keje, disebabkan aku kerja kontrak dibawah kerajaan pusat, semua dah cuak, jika Terengganu di perintah oleh pembangkang maka diaorg cakap tak der dah keje kita nanti...bab ni paling aku rasa nak marah sekali..hello..hello...hishhh kamu ni pasal apa, siapa yang bagi kamu rezeki? kerajaan Allah atau Kerajaan Manusia...Rezeki Allah melangit tinggi, tugas kita usaha, Man Ja Da, Wa Ja Da, siapa yang berusaha maka akan dapat hasilnya, iktikad kita mesti betul, tak kira siapa yang perintah, Jodoh, Rezeki semua sudah di tentukan Allah sejak kita 4 bulan dalam kandungan lagi..sedangkan cacing dalam tanah boleh hidup, ni kita manusia..Ingatlah kerajaan Allah yang paling berkuasa :)

Thursday, January 31, 2013

Selamat Hari Lahir

Allah selamatkan saya
Allah selamatkan saya
Allah selamatkan saya
Allah selamatkan saya
InsyaAllah...aminnn


Assalamualaikum..Alhamdulillah  Syukur padaNYA kerana masih di beri peluang untuk bernafas dimuka bumi ini,  5 hari lepas umur aku telah meningkat satu angka...peringatan untuk diri ini, apabila meninkat umur, maka makin dekat kita dengan kematian kan...Terima kasih pada sahabat-sahabat yang mendoakan diri ini, terima kasih banyak-banyak mudah-mudahan allah memelihara diri ini zahir dan batin dari kejahatan manusia dan syaitan serta berjaya dunia dan akhirat..insyaAllah amin..kepada adikku yang wish akak will become a good muslimah daughter and sister, ..insyaAllah..aminn..mohon doa kalian juga, thanks kepada sahabat yang mendoakan diri ini semoga perjalanan hidup ku dipermudahkan, segala dugaan dapat ditempuhi demi kejayaan dunia dan akhirat..dilimpahkan rezeki yang halal, nikmat kesihatan yang baik, kecantikkan yang sempurna, kebahagian yang berpanjanga dan keimanan yang tak pernah lekang dihati, terima kasih banyak-banyak sahabat..sayang kamu dunia dan akhirat..insyaAllah.

Ya Allah, 5 hari lepas adalah ulang tahun kelahiranku. Sudah 26 tahun aku bernaung di bawah langitMu Ya Allah. Belum pun terasa menjadi hambaMu yang sebenar. Masih berpura-pura. Alangkah alpa dan berdosanya aku. Apakah sisa umurku masih panjang? Atau, hanya seketika lagi? Aku tidak pasti.


Ketika ramai teman mengucapkan selamat panjang umur, hakikatnya umurku semakin pendek. Bukankah tarikh mati setiap insan sudah ditetapkan? Dan hari ini, esok dan lusa aku menapak lagi...semakin hampir pada tarikh kematian yang dijanjikan. Duhai, tertipunya aku ketika menerima ucapan selamat hari lahir...selamat pulakah hari matiku?

Aku belum bersedia untuk bertemuMu Ya Allah. Walaupun aku tahu, siapalah aku untuk menyatakan tidak dan tunggu. Ya Allah, segala kekuatan hanya padaMu jua. Kau yang Maha Tahu apa yang terbaik buat diriku. Aku merayu padaMu Ya Allah, pada tarikh ini...untuk mengemis keampunanMu dengan tangan yang berdosa, dengan hati yang tercela. Jika tidak mengenangkan yang Engkau Maha Pengampun, aku tidak akan datang Ya Allah. Rasa malu dan hina untuk meminta. Apakah aku diterima?

Ya Allah, pada hari ini, ku pinta leraikanlah segala kekusutan di fikiranku. Mohon dijinakkan nafsu liarku. Tenangkanlah gelojak hati ini. Wahai Yang Maha Adil, kutiplah aku untuk menumpang sekalipun di pinggir rahmatMu. Walau sering aku lupa, namun aku sentiasa mendamba.

Aku kembara telah jauh, namun kolam hatiku kian keruh. Beban bertambah berat, diriku kian penat. Urusan kian payah, jiwa semakin gundah. Justeru mudah-mudahan di hari lahirku ini aku akan 'dilahirkan' semula. Lahir sebagai insan yang sentiasa mengingatiMu. Yang mampu hidup antara kekangan takut dan lingkungan harap. Takut, kalau-kalau dimurkai. Harap, minta-minta diampuni.

Buat sahabat, teman dan kenalan, terima kasih di atas ingatan kalian. Pada yang jauh, maafkanku kerana gagal mendekat. Pada yang hampir, maaf kerana tidak pandai membelai. Akhirnya, terimalah secebis kata (mungkin ini pun masih dari terowong jiwaku yang gelap gelita)

"Dalam kehidupan ini, kerap kali yang kita lihat sebagai satu pengakhiran rupa-rupanya adalah suatu permulaan yang baru"

Mudah-mudahan, ini adalah permulaan yang baik. Ameen Ya Rabbal 'Alamin~

*dipetik dan diubahsuai dari Nota 'Monolog Hari Jadiku' dari buku 'Di Mana Dia di Hatiku?' oleh Ustaz Pahrol Mat Juoi <3 font="">

Sunday, January 13, 2013

Jangan Kita Menyesal Bila Ibu...

Assalamualaikum, tadi  kawan aku cerita pasal mak dia, tetiba aku rasa tersentuh..bayangkan bila semua anakya sudah berjaya, punyai kerjaya, sudah berkahwin, punyai kehidupan masing-masing, mak ayah sering dilupakan..ok meh aku cerita sedikit kisahnya, tadi kawanku cerita pasal maknya,  aku sempat lagi bertanya pada kawan aku tu, siapa yang ada dirumahnya sekarang yang jaga mak dia, dia jawab tiada siapa yang jaga, dan aku bertanya lagi, dah sebelum ni kalau duk umah adik, siapa yang jaga ? dia jawab tak ada siapa yang jaga..  bayangkan mak yang dalam keadaan lumpuh duduk umah sorang-sorang di rumah, tanpa siapa yang mengawasinya, dah lah mak tak boleh berjalan, macam mana nak makan, nak pergi tandas, nak ambik wuduk..bayangkan macam mana sekarang bila kita letakkan diri kita pada tempat emaknya sekarang...sedih memang tentu sekali, dan tidak dapat dinafikan lagi kan, cuba kita renung semuala, masa kita kecil, masa kita sakit,bilakita sedih, bila kita ada problem, maklah orang yang awal-awal kita cari kan,  mak ayah kita masih boleh membesarkan anak-anaknya,  tapi anaknya? boleh kah menjaga emaknya yang sorang ini? kita mungkin bukan terbaik, tapi kita berusaha untuk menjadi terbaik dikalangan yang terbaik, ingatlah bila mata ibu mu telah tertutup, maka hilanglah satu keberkatan dalam hidupmu iaitu doa, bertapa dasyat doa ibu bukan? ..jum sesama kita berdoa supaya dapat menjadi anak yang soleh dan solehah..

Thursday, January 3, 2013

Kene Tahan Lagi

Assalamualaikum..hari ni aku ditahan lagi? haishh apa yang duk mengarut2 ni..tahan apa n siapa yang tahan...:) alkisahnya bermulalah sebuah cerita yang bosan..huhuhuk..aku kene tahan polis la :) kali ni dah kali ke 3 ditahan polis semasa aku yang bawa kereta, masa first dulu2 time nak pergi kenduri di kemaman bersama 4 orang ratu cantik iaitu sahabat dunia akhirat..insyaAllah aminn...masa tu gerak 2 buah kereta kalau tak silap, kawan aku yang bawa lepas plak..aik time aku yang bawa, polis tuh suruh aku ketepi..huhu ..aku ni kalut skit bila time aku yang pandu kereta, then di tahan plak..macam mana tak kalut..Polis tu minta lesen memandu dan IC..cari punya cari tak jumpa(time tgh kalut) last2 anim yang tolong aku carikan IC dan Lesen ..hehe akhirnya lepas, eleh saje je buat orang takut..saya tak takut sebab tak silap..cuma nerves je...naper entah..huhu sabo jer la..second time masa nak balik lunch dengan adik, aku plak time tuh boleh plak tak bawa handbag hari tu..last-last polis tu mintak IC dengan Lesen,dengan slumber cakap aku tertinggal kat sekolah..hehe dia suruh aku pergi balik ambik, dia tunggu..urm..dengan kerajinan tahap maksima..pergilah aku ambik IC dengan Lesen..siap abg polis tu pesan lagi, lain kali jangan tertinggal erk:) ok fine sebab tu memang salah aku kan..ok..then untuk yang  ke... aku ditahan lagi oleh  abg polis yang sama, haishh, soalan yang sama, tapi kali ni dia mintak Lesen jer, saya nak tengok lesen awak..ok jap erk..tp aku ni kalut skit, cari-cari tak jumpa..haishh biar betul..pelik kalau tak ada,aku tengok kerete lain bersusun kat belakang..en saya ketepi dulu boleh, sebab ramai da kat belakang tuh..ok2 awak ketepi dulu..aku tengok dari cermin belakang..haishh abg polis ni..mana aci..dengan aku mintak lesen , dengan kereta belakang, boleh plak buat tak tahu, tak silap aku kereta depan aku pun tadi, dia just tgk road tax je..tak per sabo-sabo..bila aku dah jumpa Lesen  dah, aku tunjuk-tunjuk kat dia..warg lega skit..dia tanya aku dari mane? aku cakap dari sekolah..dia plak tak dengar..apa dari sungai? haishh nak pergi sungai buat aper..aper dah..last-last boleh plak cakap kat aku, hari tu saya tahan awak gak kan, awak tertinggal beg..haishh boleh plak ingat..aku tau la time aku kalut memang muka aku memang macam orang bersalah..even tak buat salah pun, moral of the storynyer..jangan lupa bawa IC dan Lesen apabila anda berada di jalan raya, lagi satu jangan kalut-kalut..kenkadang kita tak salah, tapi bila kita kalut dia ingat kita yang bersalah...