Wednesday, May 30, 2012

Jalan-Jalan Di Perlis

Assalamualaikum...Selamat bercuti ke Perlis Bandar apa ehh, kalau melaka bandar bersejarah, Terengganu bandar pesisir pantai, kalau Perlis lupa plak nanti tolong chek yer, biar la bandar apa-apa, nak tau google sendiri...hehe. negeri Perlis negeri terkecil dalam Malaysia kot kalau tak silap, lupa plak geografi ni..lebih kurang macam melaka juga abah aku cakap, kuar kot sane, lalu kot sini..Banyak juga tempat menarik di Perlis, boleh la untuk melepaskan tension, merehatkan diri bersama family..mesti yang tak tahu akan tanya di Perlis ada apa ehh, entah la aku pon tak tahu ada apa, kawan abah aku cakap Perlis dalam UNIMAP..bukan  UNIMAP dalam Perlis, yup memang tak dapat dinafikan lah, skit-skit aku akan jumpa UNIMAP :) rasanyer bila sebut bab belajar ni, tak silap aku PERLIS bandar ilmu kalau tak salah lah, haishhh bukan nak citer pasal isu Perlis pun, huhuk camner la boleh sampai ke situ plak aku duk melalut-lalut nih...haishhh .Ok-ok abaikan pasal isu tadi, jum kita view sikit tempat menarik di Perlis...OPsss lupa, dialong ngan sapa entah..hahah

Adik: Ada kat mana sekarang?
Aku: Jalan-Jalan  je..lalalala
Adik: Pergi mana je kak oii
Aku: Buka blog dan tengok sendiri :)
Adik: Ko pergi gua kelam tak
Aku: pergi, tapi tut..tut..tut..
Adik: Mengada betul la, bagitahu je la kenapa :)
Aku: kalau cerita da x syok la :)) 
Adik: Ok fine, jangan masukkan picture, tak nak tengok pon.
Aku: Ok fine, tapi da masukkan Picture nak suh tengok :) abah cakap rugi tak bagi tengok, yang belajar, kene belajar, yang keje kene kerja :) 


Akak: Dik ko kat mana sekarang?
Aku: Jalan-Jalan je :)
Akak: G mana je? Padang besar? wang kelian? 
Aku: Semua, nanti tengok la kat blog, ada cerita (style berlagak)
Akak: Pergi mana je lagi?
Aku: Banyak tempat kot, letih jalan, nanti tengok kat blog je la :))(berlagak lagi)



Dah banyak sangat tanya, pergi mana-pergi mana, meh nak cerita skit pergi mana :) tak banyak pon perginya...yang sempat pergi, Padang besar, Taman ular pergi, tapi da tutup kul 5, so sempat bergambar di kawasan reakrasi je sekitar situ, Wang Kelian..huh jalan nya dasyat, abah cakap jalannya huruf O aku cakap kat abah huruf S, kalau aku yang bawa sah-sah la (entah la sah-sah apa), tuh la pasal aku cakap kat mak JPJ buat test bukit ada sebab, karang gelonsor kerete tu balik kalau tak lepas :)  dulu selalu aku pertikai jugak, napa la perlu berhenti di tengah-tengah bukit, baru faham sekarang, kalau yang depan kenderaan kita Bas bukan Baz ok, lori ke, mau merangkap kot kenderaan yang berat-berat macam ni..so ada sebab la JPJ buat test behenti diatas bukit kan...Pergi Gua Kelam, semangat aku nak masuk dalam gua, sebab sebelum ni mak da pernah masuk, mak cakap gelap sangat, dah la sunyi..mak cakap mak tak nak masuk gua tuh, tak larat nak jalan plak tuh gelap + seram, mak yang cakap :) aku plak excited la nak masuk nak tengok keadaannya, sampai je di Gua Kelam, mai aii, tak dapat nak masuk plak, sebab gua tersebut tengah renovate :) sabo je la, tak dapat la nak cerita macam mana keadaan dalam gua, tapi kat luar gua tu aku tengok pon seram..heheh   ..next time abah cakap insyaAllah dapat la aku masuk..tak ada rezeki untuk kali ini :) Planning nak pergi Pekan rabu ngan aloq staq, hohoh excited da aku ni bila abah yang cakap nak pergi jalan-jalan, last2 cancel, lain hari, lain bulan, lain tahun abah cakap, tak sempat la kalau semua nak pergi dalam dua hari:) betul kata abah, next time insyaAllah ada kesempatan boleh la merendek-rendek :) pergi kedai mee udang/mee ketam..huhu terasa juga nak merasa, tapi disebabkan muatan perut sudah penuh..insyallah lain kali kot dapat cuba, mak da agak aku tengok ketam je yang excited nyer, bukan mee nya..hehehe.


Ni kat padang besar, dari pagi sampai  kul 3 petang pon tak cukup lagi :) nak pergi round-round lagi, last-last abah cakap panggil balik,  tak kan tak habis lagi, jum balik :( ingatkan nak pergi cari baju lagi.. 

Setelah kelaparan+ keletihan, singgah sebentar di Restoran Tok Mek, dulu tak silap aku restoran ni biasa-biasa je, sekarang mai aii besar la juga.


 nak pergi rumah ayah long aku punya mentua Silap masuk jalan, tapi permandangan yang cantik kan:)

Tempat rehat selepas penat berjalan

Ni taman reakrasi kat Perlis, berhadapan dengan tanam Ular, tak dapat masuk tanam Ular, Taman reakrasi pun jadi lah :)

Ni atas jambatan gantung mana entah, sesuai untuk menghilangkan gayat :) anda gayat, patut cuba duk atas jambatan ni



Tempat ni bukan ICT kat Shah Alam, tapi di Perlis, tak banyak pun pokok lampu..skit je


Denai Larian Sungai Perlis, Pengkalan Asam Kangar


Ni dah sampai Wang Kelian,

Jum masuk sempadan siam, mak takut-takut sebab IC mak tertinggal, buat2 berani je nih..heheh :)



Kecil-kecil cili padi, leh bawa sepuluh tin susu kot...hebat budak nih..


Jalan yang abah aku cakap O, aku cakap S :)


Singgah sebentar di Gua Kelam..

Ni apa pesen pon aku tak tahu ambil gambar macam ni, actually kat belakang tu gua..hehe yang aku pegang tuh..entah la x sure plak apa


Cantikkan Permandangannya kat sini, suke bangat :)


Paksa mak tiru macam saya:) hahaha tak la, tu sebenarnyer tengah pandang Selamat Datang ke Gua Kelam :) 





Permandangan yang cantik.. dapat bergambar jadi la event x dapat masuk pon :)


Ibu bapa duk menunggu anak-anaknya daftar

Jum tengok mata sapa paling besar, panas kot :)  kat asrama adik..

 Da nak balik da time ni, Dik kitaorang balik dulu yer :) Selamat menimba ilmu ditempat orang, belajar rajin2, jangan lupa ALLAH..


Disebabkan tak jadi balik petang isnin, jum ke kuala perlis dulu jalan-jalan cari makan , masjid terapung Kuala Perlis, ingat Terengganu je ada masjid terapung, Perlis pun ada apa  ..hehe..cantik kan...

Sunday, May 20, 2012

Selamat Hari Guru :)





Assalamualaikum...Selamat hari guru (minggu lepas dah, baru berpeluang untuk menulis) Semoga jasa dan pergobanan guru-guru kita diredhai dan dirahmati Allah :) Selamat hari guru





Saturday, May 19, 2012

7 Golongan Yang Akan Mendapat Naungan Di Akhirat

assalamualaikum, aku berkesempatan menghadirkan diri ke ceramah ustaz nor hisham, ala ..mudir iman muda musim pertama tuh, ustaz norhisham memang best:) senang nak paham cara penyampaiannya, tajuknya adalah 7 golongan yang akan dilindungi oleh arrasy Allah di hari perhintungan nanti. Jum kita checklist diri kita, kalau tak ada kita pertingkatkan lagi amalam kita, mudah2an kita mendapat redha Allah...aminn...


1. Imam yang adil
2. Anak muda yang meningkat umur taat dan patuh pada perintah allah
3. Seorang yang hatinya terikat dengan masjid
4. Orang yang berkasih sayang kerana Allah
5. Seorang lelaki yang digoda untuk berzinar tapi takut kepada allah
6. Orang yang bersedekah tanpa diketahui oleh tangan kirinya
7.  Seorang lelaki atau perempuan yang berzikir sehingga menitiskan air mata dalam keadaan tidak dilihat oleh orang lain kecuali malaikat Allah. 


Iman yang adil, mesti difikiran kita sekarang pak iman yang duk di masjid bukan? apa yang dimaksudkan adil? huh mesti la kene tahu dulu kan maksud adil tuh, maksudnya meletakkan sesuatu kene pada tempatnya, lebih mudah kita letakkan ALLAH sebagai decisioan maker dalam hidup kita..Pernah dengar tak kisah Khalifah Saidina ali dengan pencuri baju besinya, kisahnya apabila pencuri baju besi mencuri baju khalifah Saidina Ali dan Saidina Ali dan juga pencuri tersebut di ke Mahkhamah


Pencuri: pencuri nafikan dengan menyatakan dia tidak mencuri baju Tersebut


Saidina Ali: aku nampak kamu yang mencurinya

Hakim: kalau kamu nampak pencuri tersebut yang mencurinya, apa bukti kamu? ada saksi?

Saidina Ali cakap dia sorang je yang nampak dan tak ada bukti apa-apa, maka mahkamah putuskan jika Saidina Ali tiada bukti kukuh, Maka baju besi tersebut hak milik pencuri tersebut, lalu menangislah pencuri tersebut sebab lihat keadilan islam, hebatkan islam ni, last-last pencuri tersebut masuk islam sebab lihat bertapa indahnya islam kan, sebab islam bukan sewenang-wenangnya menghukum seseorang tanpa bukti..Maksudnya disini nampak tak, bertapa hebatnya pemerintahan dahulu, walaupun Saidina Ali merupakan Khalifah ketika itu, hakim tidak berat seberat.., 


Orang yang berkasih sayang kerana Allah

Golongan kedua ialah pemuda yang sentiasa beribadat kepada Allah. Sejak kecil lagi rnula ditarbiyyah dengan ibadat kepada Allah. cuba kita gambarkan anak-anak muda hari ini (dalam Negeri kita sendiri). Kehidupan anak muda hari ini amat membimbangkan, mereka diserang oleh budaya yang menyesatkan. Hampir tidak ada kampung yang selamat dari budaya dadah. Alangkah baiknya kalau perubahan berlaku dengan kerjasama dari berbagai pihak. Bagaimanakah caranya kita melahirkan pemuda yang beriman? Jadi tanggung-jawab kerajaan, ibu bapa dan pendidik. Mereka dibesarkan di kalangan ibu bapa mereka. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: 

"Setiap manusia dilahirkan dalam keadaan bersih (Fitrah atau Islam), Tetapi kedua ibu bapanyalah yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi."Jika namanya tetap Islam pun, perangainya macam Yahudi, Yahudi dari segi urus niaga dengan riba', Mereka mengama1kan budaya Yahudi. Bagaimanapun pendidikan dan pentadbiran adalah tanggungjawab kerajaan, Oleh itu amatlah bertuah kalau kita berjaya mendidlk rakyat khususnya pemuda menjadi orang beriman. Mereka mendapat perliridungan di hari kiamat. 



Golongan ketiga ialah lelaki yang hatinya sentiasa berhubung dengan masjid. Dia buat jadual untuk ke masjid melaksanakan ibadat solat, dengar nasihat imam dan nasihat agama. 


Golongan keempat dua orang hamba Allah yang bertemu dan berpisah kerana Allah.
Berkasih sayang kerana cinta tidak tahu hujung pangkal dan berteraskan hawa nafsu, tidak mendapat perlindungan Arasy. Ada juga orang berkasih sayang kerana harta benda dan sebagainya tetapi yang mendapat perlindungan Arasy hanya orang yang berkasih sayang, bertemu dan berpisah kerana Allah. 

Golongan kelima ialah seorang lelaki digoda oleh seorang wanita 

Yang berkedudukan dan berharta dalam masyarakat serta rupawan lalu lelaki berkenaan menolak pelawaan perempuan itu kerana takutkan Allah. Begitu juga seorang wanita yang digoda oleh seorang lelaki walaupun dijanjikan dengan ganjaran lumayan dan tawaran istimewa tetapi dia menolak tawaran itu kerana takutkan Allah. 

Golongan keenam ialah seorang lelaki dermawan, menghulurkan bantuan kepada orang susah tetapi menyembunyikan amalannya seolah-olah tangan kanan memberi, tangan kiri tidak mengetahuinya. Ertinya dia tidak isytihar sedekah di khalayak ramai dengan menunjukkan replika cek besar-besaran supaya orang ramai mengetahuinya. Dengan itu dia akan mendapat pujian orang. Tetapi dalam permasalahan ini,jikalau bersedeqah secara terang-terangan tetapi dgn niat untuk menggalakkan org lain juga berlumba2 bersedeqah,itu adalah unjuran agama,cuma bersedeqah secara sirr(rahsia) adalah lebih baik.

Golongan terakhir iaitulah golongan ketujuh, seorang lelaki atau perempuan yang berzikir sehingga menitiskan air mata dalam keadaan tidak dilihat oleh orang lain kecuali malaikat Allah.

Zikir ini amat luas maknanya, termasuklah kita meneliti fail-fail kerja pentadbiran tetapi tidak sampai matlamatnya , lalu dia menitiskan air mata merasakan kerdil dirinya dan merasai betapa Agung dan hebatnya Allah.

Kesimpulannya bahawa manusia perlu mendapat perlindungan arasy atau dengan kata lain mendapat perlindungan Allah pada hari kiamat ketika huru-hara hebat berlaku di padang mahsyar.

la bergantung kepada amalan seseorang itu, sejauh mana ia menjadi pemimpin yang adil, sejauh mana menjadi seorang hamba Allah yang sentiasa beribadat kepada-Nya, sejauh mana berkasih sayang, bertemu dan berpisah kerana Allah, sejauh mana pergantungan hati kepada masjid dan perkara lain yang disebut di dalam hadith ini, dilaksanakan oleh kita semua. Oleh itu kita mestilah muhasabah diri, adakah kita tergolong di kalangan mereka berkenaan. Jika ada kita hendaklah bersyukur kepada Allah atas segala petunjuk yang dikurniakan kepada kita. Jika tidak, kita hendaklah berusaha sedaya upaya kita supaya tergolong di kalangan mereka yang mendapat perlindungan itu di hari tiada pelindung yang boleh menyelamatkan diri darinya melainkan perlindungan Allah S.W.T. - refata - 




Friday, May 18, 2012

Doa Untuk kamu


 cid:image003.jpg@01CA00A1.858EBFA0

Ada 3 Hal dlm hidup yg tidak boleh kembali :
1. Waktu                     2. Kata-kata              3. Kesempatan


Ada 3 Hal yg dpt menghancurkan hidup seseorg :
1. Kemarahan           2. Keangkuhan       3. Dendam


Ada 3 Hal yg tidak boleh hilang :
1. Harapan                 2. Keikhlasan          3. Kejujuran


Ada 3 Hal yg paling berharga :


1. Kasih Sayang       2. Cinta                     3. Kebaikan


Ada 3 Hal dlm hidup yg tidak pernah pasti :
1. Kekayaan              2. Kejayaan              3. Mimpi


Ada 3 Hal yg membentuk watak seseorg :
1. Komitmen             2. Ketulusan            3. Kerja keras


Ada 3 Hal yg membuat kita sukses :
1. Tekad                    2. Kemahuan           3. Fokus


Ada 3 Hal yg tidak pernah kita tahu :
1. Rezeki                   2. Umur                     3. Jodoh




 TAPI, ada 3 Hal dalam hidup yg PASTI :


1. Tua                         2. Sakit                      3. Kematian.


 Ya  اللّه , saudara ku yg membaca ini adalah hamba mu yg soleh & solehah, kuat, sabar, pengasih & penyayang..maka sayangilah dia serta kasihilah dia..bantulah dia meningkatkan taraf kehidupannya..murahkan rezekinya.. sihatkan tubuh badannya..jika dia melangkah, selamatkanlah dia..permudahkan & lancarkan segala pekerjaannya..
..آمِيّنْ..آمِيّنْ..آمِّيْنَ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْنَ    cid:3760EB56-5A3B-4806-8FBC-6C690C53F401
انْشَآءَ اللّهُ ِ cid:3760EB56-5A3B-4806-8FBC-6C690C53F401 Hidupmu juga akan bahagia kerana mereka juga mendoakanmu..amin..

Saya Sayang Mak Saya :)

Assalamualaikum....Bagi aku hari mak adalah hari-hari.Tiada istilah hari khusus untuk hari mak..Bagi aku, menghargai mak adalah hari-hari bukan hari khusus. Hari Khamis lepas, sedihnya aku tengok luahan hati mak di forum perdana, tajuhnya ..Lupa plak dah, ni aku je tambah lebih, mak bukan mintak kita duit, mak cuma nak kita lawat dia, tepon dia, tuh da cukup da bagi seorang mak, kenkadang kita dapat bagi ibu duit berpuluh, beratus-ratus, beribu-ribu..tapi bukan itu pinta ibu, pinta ibu adalah kasih sayang kita kepadanya..Masihkah kita ingat, masa kita kecil-kecil dulu? siapa suapakan kita? ibu, siapa yang mandikan kita? ibu, Siapa masakkan kita? ibu, Siapa uruskan pakaian kita? ibu, tapi bila kita dah dewasa, ada kita ingat ibu? rebutlah peluang yang ada, nilai mak kita tidak dapat dinilai dengan apa-apa sekalipun, pandang wajah ibu bapa kita dengan kasih sayang pun dah dapat pahala, senangnya bukan? tapi berapa ramai yang buat?  Siapa yang buat baik kepada ibu bapanya allah akan berikan kebahagian kepadanya, dan setiap setitik air mata keluar dari mak kita, kita sudah digelar anak derhaka, masa ada kita tidak hargai, masa dah tiada, kita tidak dapat berbuat apa-apa dah, kecuali dengan dengan doa dari anak yang soleh kan kepada kedua-dua orang tuanya, ganjaran allah bagi sangat besar kepada orang yang berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapa kita terutama mak kita iaitu syurga


Saya sayang mak,sebab mak Bestt :) Sebabnyer mak saya la yang bersambung nyawa masa melahirkan saya, 9 bulan saya duk dalam perut mak, mak bawa saya kemana-mana, tanpa bersungut letih pon, bila saya lahir, dia still menjaga saya macam saya ada dalam kandungannya, sayangnya mak saya pada saya kan,Tiada siapa kat dunia ni dapat menjaga dan menyayangi saya sepeti mak menjaga saya:( sebab walau anak mak ni 25 years old, mak stil menjaga saya macam budak kecik..saya saya mak hari-hari..setiap masa, setiap saat  :) tiada yang dapat jadi pegantinya ..bila aku sedih, orang yang akan nasihatkan aku adalah mak, orang yang jadi besffriend aku adalah mak, orang yang jadi penasihat aku adalah mak, orang yang akan teman aku adalah mak...semua mak la :) mak memang bestt :)
Kasih sayang ibu dan pengorbanannya tidak dapat dinilai dengan harta benda. Hargailah semasa mereka ada,  InsyaAllah berkat.Syurga anak di bawah tapak kaki ibu kita,  Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa manakala kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibubapa - hargailah ibubapa kita selagi beliau masih ada insyaAllah kita akan dapat keberkatan daripada-NYA..


Setiap dari kita mesti ada kesalahan bukan?dan sebagai seorang anak kita cari redha dengan penuh kesabaran, jum kita berubah sekarang, kalau dulu masa kecil kita cerewet, kita sensetif, ingat bertapa ibu bapa kita sabar dengan kereneh kita kan? ingat putaran hidup kita, berbuat baik pada mak ayah kita, perbaiki dengan penuh kesabaran. Checklist diri kita , musabah dir untuk dirii ini juga.


Tetiba plak rase nak dengar lagu Your Mother by  Yusof Islam  =)
Who should I give my love to? 
My respect and my honor to 
Who should I pay good mind to? 
After Allah 
And Rasulullah
Comes your mother 
Who next? Your mother 
Who next? Your mother 
And then your father
Cause who used to hold you 
And clean you and clothes you 
Who used to feed you? 
And always be with you 
When you were sick 
Stay up all night 
Holding you tight 
That’s right no other 
Your mother (My mother)
Who should I take good care of? 
Giving all my love 
Who should I think most of? 
After Allah 
And Rasulullah
Comes your mother 
Who next? Your mother 
Who next? Your mother 
And then your father ………

Thursday, May 17, 2012

Selamat Hari Lahir NorAzura Awalludin Ahmad

Entry kali ni special for my olders sister :) Just want to say ALLAH selamatkan Kamu, ALLAH selamatkan Kamu, ALLAH selamatkan Nor Azura Awalludin Ahmad, insyaAllah...amin... Selamat Hari Lahir Akaku ku Norazura, Dengan ucapan
Semoga dikurniakan iman yang sempurna,
akhlak yang terpuji, 
pekerti yang mulia,
umur yang bermanafaat,
rezeki yang halal,
ilmu yang berguna,
jodoh yang membahagiakan,
hidup yang dirahmati di dunia dan akhirat.

May Allah Save U.. Dunia & Akhirat..

InsyAllah...Aminnnn
Maaf yunk lambat wish berday kamu :) Bukan sebab tak ingat, sebab ingat la saya tulis juga entry ini special untuk awak, event busy sekalipun, letih sekalipun, saya masih ingat berday kamu :) tadi kak ura call mesti nak suruh saya wish kan :) nakal kan adik kamu ni, boleh plak buat tak tahu apa-apa kan, dan boleh plak cakap kenapa kan :) gurau je la :)  Tadi lepas awak call, saya ada bagitau mak dan abah, awak call saya mesti nak tunggu wish saya kan  :)  maafkan saya, maafkan saya :) tadi Adik Ah pun ada  message remind  me the date :) 16.05. mana boleh tak ingat :) mesti ingat..insyaAllah dengan izin ALLAH  :)..tulis entry ni bukan nak wish berday je,  nak wish juga SELAMAT HARI GURU kepada awak :) Ur also my teacher for me :)ye la, cikgu tak semestinya mengajar kat sekolah kan..awak cikgu saya la  kalau kat umah kan, thank give motivation...advise, support..beleber..hehehe :) Alhamdulilah dikurniah akak seperti kamu :) Jasa dan pengorbanan Kak Ura tak dapat nak balas :) 

Kak Ura Jangan lupa klik link kat bawah yer :) khas untuk kamu : walau dalam lagu ni ada mention sahabat, kamu memang sahabat saya dunia akhirat..insyaAllah, 


Awan Berarak Ceria
Tiada Titisan Hujan
Pohon Melambai
Tanda Sokongan

Kususuri Perjalanan
Bertemankan Senyuman
Di Hari Lahirmu
Sahabatku

Dedaun Berguguran
Membuktikan Kedewasaan
Walau Tanpa Madah Dan Hadiah
Namun Cukup Bagiku
Sekadar Ucapan

Selamat Hari Lahir
Iringi Doa Kuhulur
Bersyukur KepadaNya
Atas Nikmat Usia

Sahabatku
Usia Yang Tuhan Kurniakan Ini
Dihasilah Ia Dengan Amalan Yang Murni
Semoga Ia Menjadi Temanmu Di Akhirat Nanti
Selamat Hari Lahir

Usiamu Ibarat Mutiara
Tiada Berganti Lagi
Hiaskan Iman Bersulam Taqwa
Agar Sempat Mengucup
Haruman Syurgawi

Tuesday, May 1, 2012

Jodoh Itu Rahsia Allah

JODOH adalah rahsia Allah, kita MERANCANG dan Allah pun turut sama merancang..cuma kadang-kadang aku TAKUT dengan RENCANA Allah.. 

Sebab apa?

Sebab aku TIDAK PERNAH tahu apa yang bakal berada di hadapanku kelak, dan apa PENGAKHIRAN yang Allah inginkan buatku, buat hidupku..tiba-tiba hati berbisik, sebenarnya perancangan Allah mengatasi perancangan kita sendiri..buat apa terlalu memikirkan sangat.....kita LALUILAH kehidupan seperti biasa..permulaan itu bermula dari kita, dan pengakhiran itu akan Allah TENTUKAN kelak..BERDOALAH semoga PENGAKHIRAN itu adalah sama seperti yang dirancangkan dan yang TERBAIK dalam hidup... ✿

~ Belum dikatakan dia JODOH kita selagi ‘AKAD’ tidak TERTUNAI ..kadang PERTEMUAN itu ada namun JODOH itu tetap menjadi RAHSIANYA lagi...;)



Kredit to Kak Haizah :)

Kita Adalah Pelakonnya

Assalamualikum all..


Setiap apa yang kita lakukan mesti ada cerita disebaliknya walaupun kadang kala kita sendiri tak tahu atas sebab apa kita lakukannya.. dalam kehidupan kita ni, kita adalah pelakonnya dan watak utamanya adalah diri kita..apa yang kita buat akan meninggalkan kesan, tak kiralah kesan nya positif or negatif tapi pasti ada kesannya walapun sebesar biji zarah. mungkin apa yang kita lihat, yang kita pandang, yang kita rasa , yang kita buat( berapa banyak yang yerk) nasib tak nyanyi lagu yunk jer kan..  itulah yang kita rasakan yang terbaik bagi kita tapi tak semua orang ada pandangan sudut yang sama bukan.. we have different of thinking.. adakah watak yang kita lakonkan itu adalah watak baik or jahat, hanya kita yang boleh mencorakkannya..



Walaupun kadang2 kira telah cuba untuk melakonkan yang terbaik, tapi disebabkan sudut pandang manusia ini berbeda, kita sudah pasti tidak mampu untuk memuaskan hati semua pihak. Apa yang kita rasa terbaik untuk kita, tidak semestinya baik untuk semua orang. Kita mesti akan fikir, mahu menjadi diri sendiri or mengikut apa yang orang suke?? mungkin semua orang akan cakap, "yelah mestilah jadi diri sendiri, tak kan nak jadi orang lain, tu dh namanya hipokrit bukan"... tapi sedar atau tidak dalam kehidupan kita, kadang2 kita sebenarnya cuba menjadi apa yang orang suke dan bukanlah apa yang kita suke.. cuba kita lihat diri kita balik dan nilailah adakah sekarang ini kita menjadi diri kita ataupun telah bertukar menjadi panda..hehu.. apa yang orang suke.. kita adalah pelakonnya, pengarahnya dan penulis skripnya.. dan keberhasilan sesuatu lakonan itu adalah bergantung pada pelakonnya.. adakah lakonan kita boleh memberi impak yang positif pada orang lain ataupun sebaliknya..kita yang menentukan... hehehe...