Assalamualaikum.. tajuk yang aku nak mebebel kan pada hari ini ialah belajar dari budak-budak, ye aku tahu aku seorang kanak-kanak remaja yang akan melangkah ke alam dewasa, tapi kenkadang aku belajar dari anak buahku yang berusia 4 dan 5 tahun, ini kerana sebab apa yer? aku selalu memerhati mereka, nak melangkah ke tandas je selalu baca doa masuk tandas, dan nak masuk tandas pun tengok lagi kaki mana diaorang melangkah.. kenkadang kalau dia melangkah dengan kaki tangan ada juga dia minta maaf(cik teh mintak maaf, adam silap kaki), keluar tandas pun masih tengok kaki mana..
"Dengan nama Allah, Ya Allah aku berlindung denganMu daripada syaitan jantan dan syaitan
betina".
Ok lupakan bab tandas dan makan, bab nak tido plak, kalau korang tidur korang baca doa tak, padahal masa kecil-kecil dahulu kita pun diajar untuk baca doa tidur kan? kenkadang anak buah aku plak menegur, cik teh da baca doa ke??
Bila naik kenderaan berapa orang yang akan baca doa naik kenderaan?? seyes dulu aku tak pernah ambik port untuk doa naik kenderaan, kan aku da cakap kenkadang kita belajar dari budak-budak , bila naik je kenderaan, tanpa disuruh akan baca doa ni
Maha Suci Tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami, sedang kami sebelum itu tidak terdaya menguasainya. Dan sesungguhnya kepada Tuhan kamilah, kami akan kembali.
Tapi aku? pernah tak aku perasan kaki mana yang aku masuk, baca doa ke belum nak masuk tandas, keluar plak dengan kaki mana, sebelum tidur pernah ke tidak aku baca doa dan berzikir, masa makan, main suap ke tidak bila makanan yang dihidang diatas meja tanpa membaca doa? dan bila naik kenderaan pula lupakah aku untuk mengingatiNYA,Lupakah aku pada nikmat kurniaanya, Ya ALLAH, jauhilah aku dari sifat yang tidak tahu bersyukur.. tapi bila kita tengok banyak mana yang kita perasan tapi kita buat-buat tidak perasan.. benda kecik tapi banyak manfaat..check list diri .. semoga mendapat manfaat...
No comments:
Post a Comment