Friday, December 30, 2011

Nikmat Syukur

Cubalah renungkan! Bagaimana jika manusia hidup di dunia dalam keadaan buta, maka dia tidak dapat melihat. Seluruh yang ada di hadapannya adalah sama. Tidak dapat melihat keindahan warna-warni dan tidak dapat melihat keindahan alam semesta. Cuba sekali lagi renungkan! Bagaimana jadinya jika manusia hidup di dunia dalam keadaan buta dan tuli. Maka dia tidak dapat berbuat apa-apa. Dan cuba sekali lagi renungkan! Jika manusia hidup di dunia dalam keadaan buta, tuli, dan gila. Maka hidupnya menjadi beban yang lainnya. Demikianlah nikmat penglihatan, pendengaran, dan akal. Demikianlah nikmat sarana kehidupan (wasail al-hayat).~Salam Jumaat~

Wednesday, December 28, 2011

Bubur Asyura

Alhamdulilah semalam 25/12/2011 selesai majlis sambutan asyura di dun kemasik,tapi kat rumah je jawabnya:),..hahah majlis konon, ayat penyedap ayat je tu, mane ada majlis-majlis sambutan..alhamdulilah  selesai memasak bubur asyura 10 jam kot.huhuk agak lama kan? mana tak lama nya mula 8 pagi mula masak, alhamdulilah 6 petang baru bubur asyura dapat disediakan :) chewah disediakan konon-kononnya je la :) bubur asyura agak sukar disediakan salah satu sebabnya kita mesti menjaga tahap kepanasan..hahaha ayat apa yang aku taip pun tak pasti betul ke idak :) yer la mesti selalu kena kacau, takut hangit, mak aku cakap kalau hangit, nanti rasa bubur asyura kita jadi tak sedap rasa tengit, bubur asyura pantai timur dengan utara, selatan, barat tak silap aku lain .


Tuesday, December 27, 2011

Jodoh Itu Rahsia Allah

Assalamualaikum, baru menyelongkar facebook, tetiba nampak status seorang shabat, rasa ingin dikongsi semoga sama-sama dapat manfaatnya


Awak jodoh itu rahsia
Allah..
☻♥☻
/█\/█\
.||.||.
SEKUAT mana awak setia...
SEHEBAT mana awak
merancang...
SELAMA mana awak
menunggu...
SEKERAS mana awak
bersabar...
SEJUJUR mana awak
menerima saya...
SEJAUH mana kita
trpisah....

Jika ALLAH Tidak Menulis
Jodoh Kita Bersama..Kita
Tetap Tidak Akan
Bersama..^_^ ♥

Monday, December 26, 2011

5 sebab aku suka membawa basikal untuk bersiar-siar

Assalamualaikum, 5 sebab aku lebih suka menaiki basikal untuk bersiar siar, antara sebab-sebabnya ialah:

1. Aku lebih suka tidur apabila aku jadi menumpang, sebab kalau memandu macam mana nak tidur? tak kan dengan pemandu-pemandu sekali tidur kot, lain plak jadinya nanti..

2. Aku lebih suka melayan perasaan dengan melihat pemandangan ciptaan allah..kalau aku yang memandu sudah pasti aku mesti khuyuk memandang lurus dengan sekali sekala melemparkan pandangaan kiri atau kanan dan juga lurus tanpa dapat monoleh ke belakang.

3. Aku kalau bawa kereta memang tak bawa laju, bila dah tak bawa laju, pemandu di belakang aku asyik duk follow dekat-dekat bila dah follow dekat-dekat aku jadi trauma sedikit, mula la duk membebel sensorg, weh cepat la potong, dah tahu aku lambat, tak nak potong plak, potong la kalau berani chewah berlagak konon :)

4. Bila aku bawa kereta, bila nak parking, mula la mengelabah tak tentu pasal, nak-nak kalau orang tunggu belakang..haishh, pernah masa praktikal dulu, masuk parking tup-tup kereta aku plak bergesek pada tiang, haisshh mau tak malu, semua pandang..aku duk vrummmm...vrumm...alamak macam mana ni entah macam mana alhamdulilah terlepas gak dari gesek, then balik rumah aku terpaksa berbohong sunat, buat-buat tak perasan kenapa pintu kereta kepek, dan aku akan parking jauh sikit dari rumah :)  tapi abah masih perasan, kenapa pintu kereta tuh? hah kenapa plak? kat mana? tak ada apa-apa pun :) hehehe takut sebenarnya :) tapi sekejap je la aku akan buat macam tuh untuk bersedia kene marah :) hehehe ok tak cara aku, last2 bila abang aku balik dia sudah agak apa sebabnya, ni mesti kes tak lepas parking nih :) terus senyum sambil jawab, tadi takut nak bagitau..hehe :) last-last bagitau hal sebenarnya :)

5. Pergi kerja awal untuk  parking, bukan nak berebut parking, tapi nak ambik fell masa parking, pergi awal dapat elak dari aku diketawakan oleh manusia-manusia yang memang dah expert bab parking-parking ni,  masa tima praktikal la, sekaraang suam-suam air jek dah xpert dah bab parking kot :) teringat masa time praktikal, siap ada orang tunggu tengok aku parking betul ke idak, mana tak berdebar dah ada orang tunggu, dah tahu aku bukan reti sangat pun buat reverse parking sampai satu tahap aku cakap nak parking biasa je la, malas nak buat reverse-reverse tapi malu plak, malu sebab takut kene announce..heheh  , tapi sekarang da expert dah..haha expert konon, export ada arr :) ada sekali tuh aku asyik depan, belakang, tepi, kanan semua tak kene dan-dan dia suruh turun dan dia tolong baiki kedudukan, tapi aku tengok dia pun fail jugak..hehehe :)  tapi apa-apa pun terima kasih

.

Saturday, December 24, 2011

Peringatan Untuk Aku Dan Juga Sahabat-Sahabat

BANGGA ke dapat bagi tahu dan cerita kat seluruh dunia apa yang anda buat dengan kekasih anda (belum kawin)?
BANGGA ke dapat upload gambar berduaan, berpimpin tangan, peluk cium dengan kekasih anda?
BANGGA ke bila orang ramai melihat anda dan kekasih bermadu asmara, bercinta dan menunjukkan kasih sayang walhal anda belum menikah?

Tanya pada diri sendri: "Aku bangga dengan maksiat di dunia, tapi mampukah aku menahan siksa api neraka oleh kerana maksiat ini?- 
sumber :Syahirul

Thursday, December 22, 2011

Belajar Dari Budak-Budak

Assalamualaikum.. tajuk yang aku nak mebebel kan pada hari ini ialah belajar dari budak-budak, ye aku tahu aku seorang kanak-kanak remaja yang akan melangkah ke alam dewasa, tapi kenkadang aku belajar dari anak buahku yang berusia 4 dan 5 tahun, ini kerana sebab apa yer? aku selalu memerhati mereka, nak melangkah ke tandas je selalu baca doa masuk tandas, dan nak masuk tandas pun tengok lagi kaki mana diaorang melangkah.. kenkadang kalau dia melangkah dengan kaki tangan ada juga dia minta maaf(cik teh mintak maaf, adam silap kaki), keluar tandas pun masih tengok kaki mana..


"Dengan nama Allah, Ya Allah aku berlindung denganMu daripada syaitan jantan dan syaitan 
betina".


bab makan pun begitu,time makan aku beria-ria menyuruh anak buahku membaca doa makan sebelum makan,  tapi aku bila makanan depan mata, ada ingat doa.





Ok lupakan bab tandas dan makan, bab nak tido plak, kalau korang tidur korang baca doa tak, padahal masa kecil-kecil dahulu kita pun diajar untuk baca doa tidur kan? kenkadang anak buah aku plak menegur, cik teh  da baca doa ke??




Bila naik kenderaan berapa orang yang akan baca doa naik kenderaan?? seyes dulu aku tak pernah ambik port untuk doa naik kenderaan, kan aku da cakap kenkadang kita belajar dari budak-budak , bila naik je kenderaan, tanpa disuruh akan baca doa ni 

Maha Suci Tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami, sedang kami sebelum itu tidak terdaya menguasainya. Dan sesungguhnya kepada Tuhan kamilah, kami akan kembali.


Tapi aku? pernah tak aku perasan kaki mana yang aku masuk, baca doa ke belum nak masuk tandas, keluar plak dengan kaki mana, sebelum tidur pernah ke tidak aku baca doa dan berzikir, masa makan,  main suap ke tidak bila makanan yang dihidang diatas meja tanpa membaca doa? dan bila naik kenderaan pula lupakah aku untuk mengingatiNYA,Lupakah aku pada nikmat kurniaanya, Ya ALLAH, jauhilah aku dari sifat yang tidak tahu bersyukur.. tapi bila kita tengok banyak mana yang kita perasan tapi kita buat-buat tidak perasan.. benda kecik tapi banyak manfaat..check list diri .. semoga mendapat manfaat...

Tuesday, December 6, 2011

Jum Motivasi diri

Tak semuanyer yang kita rancang tuh menjadi, ingt satu jek aper2 pon perancangan allah lebih baik, mungkin kalau tunang nnti akan putus tgh jalan, baik terus x jadi tunang, mungkin org cakap senang la ko cakap kan, tp terpaksa kita kene ingt, rezeki, jodoh ngn mati kita hanya adalah rahsia allah, tak siapa pon yang akan tau , semuanya telah tersirat di luf munfuz, jangan bersedih sahabat..mmg ia sangt sakit..tp biar dia sakit masa ni, pada masa akan datang bila kita sudah bergelar isteri bergelar tunang, lg amat menyakitkan


Walau sekuat mana hati kita..pasti ada secebis kesedihan berbekas di hati. Namun solusi terbaik adalah kembali pada Allah.. Mungkin..ujian dan dugaan yang datang adalah satu musabab untuk kita lebih mendekatkan diri padaNYA. Dalam doa seharian kita selalu sebut.. Ya Allah, Kau ampunkanlah dosaku.. dan mungkin..doa kita tu dah dmakbulkan..maka Allah mendatangkan ujian agar kita lebih dekat denganNYA.

Aku ni pandai cakap je, hakikatnya bila terkena batang hidung sendiri..tersungkur juga. Tapi bila terseungkur..bangunlah. Jangan dibiar jatuh terlalu lama. Tak berbaloi menangis meratap pada lelaki yang bukan jodoh kita. motivasi untuk kuatkan diri kita, yang penting,teruskan berdoa...minta diberi jodoh,kalau tidak ada jodoh,redhalah,ada hikmah,kita muslim jika diuji bersabar..jika diberi nikmat..bersyukurlah,dalam masa yang sama berusahalah mencari jodoh mengikut ajaran islam

Nangis pun tak boleh bawak ke mana. Nak buat macam mana, mungkin jodoh kita bukan dengan die. Doakan je la die bahagia. Jodoh kita mungkin tengah datang naik basikal. Tu yang lambat sikit. Nak tengok setia menanti tak kita dalam menunggu jodoh yang satu. 

Sesekali nak nangis tu, biasalah, kalau tak boleh kawal. Tapi, jangan lama2 duk fikir nanti jadi tak redha dengan takdir Allah. Ingat je, jodoh kita Allah yang tentukan. Kuat mana kita sayang kat seseorang, kalau tu bukan jodoh kita, ataupun, dah lama mana pun rasa jodoh tak sampai2, ingatlah, Allah tengah persiapkan diri kita dan jodoh kita untuk yang terbaik. Sebab tu die datang slow2 naik basikal, tak naik F1. Biar sihat sikit badan, tak la bawak laju2 takut accident. Tapi, kalau skil bagus, naik F1 pun OK.

Namun ada insan lagi perit dugaannya, apabila jodohnya dibatalkan saat akhir, hampir menggoncang iman. Sudahlah iman senipis kulit bawang, apa yang berbaki? Dengan baki iman yang ada itulah insan itu bangun semula di dalam keadaan duka yang berpanjangan. Dengan baki iman yang ada itu berusaha untuk meneruskan kehidupan di jalan yang Allah redha.

Jadi kalau Dr seijiseimura hanya hilang motivasi dek kerana putus cinta, ada insan lain yang lebih parah lagi, apabila pernikahan dibatalkan saat akhir sedangkan segala persediaan jiwa raga,rohani,jasmani dan mental telah bersedia untuk berkahwin. 

Namun siapa kah kita yang mampu untuk menolak qudrat dan iradat Allah? Sebagai hamba kita hanya taat dan patuh sahaja, hikmahnya hanya Allah yang tahu. Kita nampak seperti terseksa, seperti dizalimi namun Allah Maha Mengetahui itu yang terbaik buat kita pada masa ini. Dan akan datang ada yang lebih baik lagi selagi kita masih berada di jalan yang DIA redha.

Dikala hatimu sakit kerana beratnya ujian hidup, tentunya smbil menangis kita akan berkata '' Ya Allah, mngapa ini semua menimpa diriku? Katakanlah pada diri ''inilah cara Allah menjadikan kita kuat dan memberikan rahmat-Nya. Kerana dlm ujian itu DIA pun pasti sudah menyiapkan JALAN buatmu...

~ Laa Tahzan, innallaha ma'ana

Monday, December 5, 2011

TAKZIRAH Hari Ini

"Kita bagi PINJAM kereta KITA kepada KAWAN BAIK..KITA keluar berJALAN..Kawan yang PINJAM kereta KITA tadi tu, bila nampak kita, terus meMECUT LAJU dan meLANGGAR KITA... Kita MARAH atau berDIAM DIRI?...

Lihat pula dengan keadaan kita sebagai HAMBA... Allah telah memberi PINJAM segala CIPTAAN-Nya, namun KITA memBALASnya dengan meLANGGAR PERINTAH Allah dan meLAKUkan MAKSIAT kepadaNya.. Adakah Allah MURKA atau berDIAM DIRI?..

"Ingatlah, keMURKAan ALLAH lebih HEBAT dari keMARAHan manusia..."

9-10 Muharam

‎5/12 = 9 Muharram n 6/12 = 10 Muharram (Hari Asyura)...digalakkan berpuasa sunat..

Thursday, December 1, 2011

Tazkirah Hari Ini

Bila kita jadi jahat, ORANG BENCI Bila jadi baik, ORANG MELUAT Bila kita ikut suruhan agama, orang kata kita BERLAGAK ALIM ... Bila kita langgar suruhan agama, orang kata "ASTAGHFIRULLAH.. APA LAH NAK JADI.. NAK KIAMAT KOT?" Bila kita ikut peraturan, orang kata kita SKEMA Bila kita langgar peraturan, orang kata kita ni macam TAKDE MASA DEPAN Bila kita tegur dengan baik, orang kata kita ni BAJET BAGUS Bila kita tegur dengan kasar, orang kata kita ni KURANG AJAR Bila kita bagi nasihat, orang kata "JANGAN SIBUK JAGA TEPI KAIN ORANG, BOLEH?!" Bila kita sindir-menyindir, orang kata "TAK RETI BAGI NASIHAT LEKLOK?" p/s: Sememangnya manusia tidak dapat memuaskan hati sesama manusia. Apa yang penting ikhlas hati kerana DIA. InsyaAllah