Monday, November 30, 2009

Bertunang?biar Betul?


سلامت هاري راي عيدالاضحى... معاف ظاهير دان باتين Ramai yang membuat majlis perkahwinan, pertunangan dan bermacam2 majlis lah, biasa la kan sekarang kan cuti, so ramailah yang merancang untuk membuat majlis tersebut, al maklumlah semua saudara mara berkumpul dan balik kampung kan, lagi la meriah untuk membuat masjlis tersebut. Siapa yang bertunang nih? yang pastinya bukan saya or adik beradik saya.sebenarnya sepupu saya yang bertunang pada hari raya adiladaha yang ke2, kepada saya sepupu saya apiz selamat bertunang dan cepat2 lah kahwin...:)

PreSenTatIoN BenGKeL

assalamualaikum..Tetiba rasa nak update gambar nih..heheh gambar ni sebenarnya mengingatkan saya bertapa stress, tension, marah, sedih semua ada, tetapi berkat usaha + sabar + tawakal akhirnya kami dapat buat yang terbaik.Terima kasih kepada ahli kumpulan kami yang bertungkus lumus untuk buat yang  terbaik, Terima kasih mak+abah+adik+abang+akak+kawan2 umah+kawan2 yang selalu bagi sokongan moral pada saya masa waktu saya hampir putus asa, saya sangat appereciate dan menghargai nya.

Segala puji bagi Allah yang memeberi kita semua kekuatan untuk meneruskan kehidupan.Ya ALLAH PERMUDAHKAN SEGALA URUSAN HAMBA MU INI...AMIN

Saturday, November 28, 2009

eNTaH

 Tadi sambil2 bosan melayari internet..dengan rajinnya saya tengok gambar2 lelama yang rasanya memang tak berupdate lagi gambar nih. Gambar ni merupakan masa jumuan hari raya UTeM  warg2 tetiba idea tak ada nak tulis apa..ok arrr...

Satu Hari AdilAdha

assalamualaikum...hari ini merupakan hari raya adiladha kan..apa aktiviti yang saya buat erk? yang pasti nya saya bangun awal pagi..Orang kedua bangun selepas mak saya bangun..warg2..seronok bangun awal2 nih..apa yang seronoknya semalam dengan malasnya saya tak bergosok baju dan tidak menyiapkan kelengkapan untuk pergi solat adiladha..warg2..so memang kene bangun awal la kan....selepas subuh jerk aku mula mencari baju raya yang mane nak saya pakai(saya jenis yang suka gosok baju banyak2 dan pilih mane yang berkenan) warg2..kemudiannya mak saya suh saya gosok baju abang dan abah..warg3 dengan rajin dan baik hati nya anak abah dan adik abang nih tolong la gosokkan baju untuk diaorg..lepas tuh mak bagi lagi saya gosok telekung solat mak..hehehe ngan rajin sekali lagi gosok baju mak...warg2 kalau bab gosok memang saya sorang yang sangat teliti..tak suka kedut2..memang A la untuk sabject mengosok2 nih(walaupon belajar dalam bidang lain) warg2 dengan tak mandinya mak saya duk bising suruh saya mandi dengan cepat..mak saya duk luar bilik air asyik duk time jam..bagus betul mak(cayang mak muahs..muaah..) siap 5 minut mak duk time jam..hehee me kasih mak sebab mak takut saya lewat pergi solat adiladha..selepas selesainya kami pon melangkah la ke solat untuk solat adiladha..warg2 selepas semuanya selesai saya dalam keadaan yang mengantuk la jugak dengan kutbah adiladha mengenai pergobanan nabi Ibrahim terhadap anak kesayangnya anak nabi Ismail..begitulah juga pergorbanan kedua-dua ibu bapa kita yang tidak mengenal erti lelah untuk membesarkan kita.. Selepas zohor kami g Shooping..warg2 saya memang suka bab2 shooping nih...pulak tuh hari nih adalah perbukaan giant terbaru kt mesramall lagi la semua barang murah2..rasa nak beli semua jerk..tapi tak baik membazir(chewah..esk saya ingin beraya ke kuala terengganu..warg2 mesti seronok..x sabarnya menunggu hari esk :)

Thursday, November 26, 2009

Selamat hari raya Aidil Adha

Apa yang kita tahui esok iaitu 10 zulhijjah merupakan hari raya adiladha. Disini saya dan keluarga ingin mengambil kesempatan mengucapkan selamat hari raya adiladha..

Emosi Ku TerGaNGu

Mungkin emosi saya tergangu bila keadaan saya yang kurang sihat. Ini bermakna saya tidak sihat lah kan? kenapa saya tidak sihat? sebabnya saya demam + selseme + batuk..nasib baik lah abang saya pergi ambik ubat untuk adik dia yang nkal nih..time kasih tolong ambikkan ubat ya untuk adik kamu ih..ehh terpikir ngan tajuk apa yang aku tulis nih? , sebenarnya aku geram sangat campur marah..kenapa ngan tajuk aku nih, aku baru sahaja masuk room chat untuk menghilangkan kebosanan yang melanda. so ada lah sorang mamat nih duk bercerita dia ditip perempuan dan sorang lagi perempuan duk bercerita yang dia pon sayang lelaki tuh tapi lelaki tuh tak pernah sayang kat dia. Antara ayat nya seperti dibawah


a: paling banyak sy korban adalah tahun ni..
a: sy korban org yg sy syg utk dia g kat jantan lain.

b.damia: telluriumz samalah kita
a: aku lak yg sengsara...adoi...korban...korban..

b: telluriumz mia syg dia..mia sanggup wat ape saje...tp...org lain jugak pilihan dia

saya_comot: tp saya x setuju awak terlalu sayang sampaikan bt mcm tuh..

a: abis tu nak buta camne lagi comot oi

b: pas2 dia ckp dia memperbodohkan dia

saya_comot: naper perlu bersedih mia

b: then pas2 dia ckp mia xleh ambik tau dgn sape yg dia kwn..dgn sape dia kluar...

saya_comot: tuh saya setuju..sebab mia lum isteri dia
saya_comot: ehh mia cuba bangun2
saya_comot: saya x mo tgk kaum perempuan lemah

b: mia sedih sgt...dgn ape yg mia wat selama nie...

saya_comot: buka mata awak..tolong la..
saya_comot: aper guna kalau dia x sayan awak
saya_comot: awk sayang dia sensorg
saya_comot: kenapa nak nngis sebab lelaki camtuh
saya_comot: entah la mia..nasihat kt awak saya rasa sama jerk

b: kita leh nasihat..tp bila kita hadapi sendiri..baru kita tahu...

saya_comot: sebab saya pernah kene la saya x mo awak sedih
saya_comot: sebab saya pon perempuan
saya_comot: pernah rasa aper yang awak rasa
saya_comot: so awk kene bangkit

saya_comot: entah la terpulang pada awak..
saya_comot: sebab nyer awak jerk leh ubah diri awak


entah la tetiba aku teremo skit ngan budak nih..eee sakit jugak hati bila dia cakap camtuh duk sayang sangat budak tuh sampai kita yang terseksa sedangkan si pakwe bersuka ria..ku nasihat kan untuk diri ku ini juga mudah-mudahan aku boleh bangkit daripada kekecewaan..YA ALLAH seandainya dia jodoh terbaik dengan ku maka dekat kan lah hati ku dengan hatinya dan lindungi lah aku dari kekecewaan..seandainya dia bukan jodoh terbaik buat ku..AMIN..

Tuesday, November 24, 2009

PAKU YANG LEKAT DI HATI

warg tetiba terasa banyak benda dikongsi di kala pagi ini.. terasa diri ini banyak dosa..maaf kenkawan seandainya saya ada menyakiti hati kamu semua, sebab saya hanya insan biasa yang tak terlepas dari melakukan kesilapan. Saya suka sangat skiti hati orang so saya terjumpa satu article yang mungkin dapat memberi kesedaran kepada saya dan juga kawan2 lain..

saya ambik artikle ni dari i luv islam

“Jangan suka menyakiti hati orang lain dengan kata-kata kita,” nasihat seorang ibu kepada anaknya.

“Saya tahu itu salah, ibu. Tapi, saya akan cepat minta maaf. Itu satu kelebihan juga, bu?” Kilas si anak.

“Tetapi perbuatan kamu itu menyakitkan hati orang, anakku,” kata ibu itu lagi.

“Saya rasa tidak, saya tidak kejam. Selepas minta maaf, segala-galanya langsai, bu.” Si ibu berfikir. Apakah cara untuk menyedarkan anaknya daripada sifat buruk ini?

“Kalau begitu, kamu ikut cadangan ibu ini. Moga kamu akan fahami maksud ibu nanti.” Tanpa membantah anak itu setuju.

“Begini, setiap kali kamu menyakiti hati seseorang, kamu ketuk sebilah paku ke dinding ini. Kemudian, setelah kamu meminta maaf, kamu cabut semula paku yang kamu ketuk itu!”

“Baik, ibu.” Beberapa bulan berlalu, mereka sama-sama menghadap dinding tersebut. “Lihat ibu, mana ada paku yang tinggal?” Ujar si anak dengan bangga.

“Semuanya telah dicabut. Memang ramai orang yang saya sakiti hati mereka, tetapi semuanya telah memaafkan saya setelah saya meminta maaf.”

“Betul kamu sudah minta maaf dan mereka telah memaafkan, tapi sedarkah kamu…?”

“Maksud ibu?”

“Cuba kamu tengok dinding ini. Semuanya sudah tebuk, calar dan ‘berkematu’. Itulah hati-hati yang telah kamu sakiti. Walaupun kamu sudah dimaafkan, tetapi kesan perbuatan buruk itu masih berbekas di hati mereka. Hati yang dilukai ada parutnya, anakku…”

Si anak merenung dinding yang tebuk-tebuk itu. Sudah tidak indah lagi seperti asalnya. Begitukah hati-hati orang yang telah aku sakiti?

Pengajaran: Meminta maaf adalah perbuatan terpuji. Tetapi berusaha agar kita tidak terpaksa meminta maaf (maksudnya menghindarkan diri daripada menyakiti hati orang lain) jauh lebih terpuji. Ya, luka di hati itu lebih sukar diubati daripada luka di tangan.

Pesanan Untuk Si Dia

saya amat tertarik bila saya membaca satu artikle di i luv islam yang bertajuk seruan buat sibelangkas yang ditulis oleh Fatimah Syarha Mohd Noordin dan editOr oleh arisHa27. Mesti korang pahamkan apa yang nak disampaikan ..keratan di bawah adalah yang saya ambik sebab dikira menarik bagi saya untuk berkongsi bersama-sama dan semoga ia memberi manfaat yang berguna kepada kita..insyallah


Kunasihatkan diriku jua dirimu hai muda-mudi, Dalam urusan jodoh, apapun keputusan buatlah sebagaimana yang dianjurkan oleh syarak dengan jalan istikharah dan musyawarah (berbincang) . Andai di sana nampak keserasian, usah terlalu fikirkan masalah, berfikirlah dengan optimis. Ambil langkah yang diizinkan Allah seterusnya iaitu dengan berkhitbah (bertunang) dan saling setia pada janji syarak yang di bina.


Buat kaum Hawa, yakin dan percayalah pada insan yang telah ditunjukkan Allah dalam istikharahmu walau apapun keadaannya pada masa ini, asalkan baik agamanya. Samada dia masih belajar atau masih bertukar-tukar kerja, percayalah padanya. Buat syabab, rezeki Allah amat luas, jangan dirisaukan sangat. Walaupun sesuatu pekerjaan itu tidak terpandang di sisi masyarakat contohnya bekerja sendiri namun terakam mulia dalam hadis Rasulullah s.a.w. Beliau bersabda:

“Pekerjaan yang terbaik adalah usaha seseorang dengan tangannya sendiri dan semua penjual beli yang baik.” (HR Ahmad, Baihaqi dan lain-lain).


“Sesungguhnya di antara keberkatan wanita ialah kemudahan peminangannya dan kemudahan maharnya.” (HR. Ahmad).

Oh, kaum Hawa! Tidakkah kamu mahu menjadi wanita yang berkat? Oh, mudah kahwin itu rupanya jika ikut agama! Apa tunggu lagi wahai yang dah berpunya? Pilihlah untuk berkahwin. Takutlah pada Allah melebihi takutmu pada segala persoalan di benakmu. Yakinlah pada Allah. Berdoalah pada-Nya agar dipermudahkan nikah buatmu.

Aku Mohon Padanya

Ya Allah. Kami ingin belajar untuk mentaati perintah-Mu. Kami belajar untuk menjadi hamba-Mu yang soleh dan solehah. Kami seringkali jatuh dan bangun, jatuh dan bangun lagi, dan lagi.Ya allah Jangan engkau balik kan hati kami setelah engkau memberi hidayah, Semoga kami terus dipimpin oleh-Mu, duhai Allah”. ameen

Bersidang Di mahkamah hati

assalamualaikum..sudah lama cerita saya hanya berkisarkan kawan2+ Family...selepas saya membaca beberapa cerita saya terpanggil untuk bercerita mengenai hati.. Allah yang menentukan segalanya, termasuk membolak-balikkan hati manusia..DIA la pemilih segalanya..Tiada sapa yang perlu kita takutkan kecuali hanyalah ALLAH yang satu..tadi saya mendengar abang saya ucapkan selalulah bersidang di mahkamah hati sebab hati tak pernah berdust selagi tidak mati.. macam mana kita henak bersiddang di mahkamah hati? wujudkah mahkamah hati itu? itu kita celikkan akal kita, buka mata kita dan renung-renungkan lah ayat tersebut..

Monday, November 23, 2009

DaRi pErEMpUAn UnTUk PerEMpUan

assalamualaikum nih saya ambik dari virtualfriend..dan saya rasa ingin berkongsi article tersebut.. tajuknya dari perempuan untuk perempuan.. saya rasa article ini sangat menarik. Atricle nya adalah seperti dibawah

Jodoh itu ada, cuma belum sampai masanya. ibarat menanti jambatan utk ke seberang, kalau panjang jambatannya jauhlah perjalanannya. ada org jodohnya cepat sbb jambatannya pendek. usia 30 thn rasanya belumlah terlalu lewat. dan usia 40 thn belum apa2 kalau sepanjang usia itu telah digunakan utk membina kecemerlangan. luahkanlah perasaan dan keinginan itu dlm doa2 lewat sembahyang. Allah mendengar.

wanita baik utk lelaki yg baik, sebaliknya wanita jahat utk lelaki yg jahat. biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right (walaupun tak spt Mr Darcy) dan biar seorang diri drpd menjadi mangsa lelaki yg tak beriman dan tak bertanggungjawab kemudian nanti.

mmg mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. selalu menyangka, kau pasti bahagia kalau mendapat ini atau itu. hakikatnya, apabila kau benar2 mendapat apa yg diinginkan, ia juga dtg bersama masalah.

kau selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetik di dlm hati, bahagianya org itu. hakikatnya apabila kau telah memiliki kereta sendiri (walaupun tidak mewah), pelbagai kerenah menimpa. tak mustahil juga org yg memandu kereta mewah (walaupun sebnrnya hidupnya tak semewah keretanya) terpaksa membayar lebih tatkala berhenti utk membeli buah di tepi jalan. org lain membeli dgn harga biasa, dia terpaksa membayar berlipat ganda.

ketika kau terperangkap dlm kesesakan jalan raya, motosikal mencelah2 hingga dlm sekelip mata mampu berada jauh di hadapan. kau yg memandu kereta pun mengeluh, alangkah baiknya kalau hanya menunggang motosikal spt itu dan cepat sampai ke tempat yg dituju. sedangkan penunggang motosikal pula mungkin sdg memikirkan bilakah dia akan memandu kereta sendiri di tgh2 bandar raya.

bukan semua yg kau sangka menggembirakan itu benar2 membahagiakan. bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga dtg sama. semua benda, pasti ada baik buruknya. demikian juga perkahwinan. ia baik sbb ia dibenarkan oleh agama, sunnah Nabi, sbg saluran yg betul utk melepaskan shahwat di samping membina sahsiah dsb, tapi ia juga buruk sbb ramai org yg berkahwin hidupnya semakin tak terurus. ramai org menempah neraka sebaik saja melangkahkan kaki ke alam berumahtangga. dgn terlafaznya ijab dan kabul, bukan saja menghalalkan hubungan kelamin, namun tanggungjawab yg terpaksa dipikul juga turut bertambah. dan apabila gagal melaksanakannya, kau mengumpul dosa dan seterusnya membina jambatan ke neraka.

lihatlah di sekeliling, berapa ramai manusia yg kau kenal menyesali perkahwinan masing2 padahal dulunya mereka bermati2an membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yg sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata? belum dikira lagi berapa byk rumahtangga yg runtuh sedangkan zuriat telahpun dilahirkan? berapa ramai pula yg walaupun masih dlm ikatan perkahwinan tetapi menjalin hubungan terlarang kononnya tak sanggup berpisah demi anak2?

jika tak sanggup utk bergelar isteri tak usah berkahwin dulu. jika merasakan diri belum cukup ilmu utk bergelar ibu, belajarlah dulu. jika rasa2 belum bersedia utk bersabar dgn kerenah anak2, carilah dulu kesabaran itu. jangan berkahwin lagi sbb kenyataannya ramai yg tak bersedia utk melangkah tapi telah melompat, akhirnya jatuh terjerumus ke gaung yg sgt dlm dan tak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.

berkahwin itu indah dan nikmat bagi yg benar2 mengerti tuntutan2nya. berkahwin itu menjanjikan pahala yg tak putus2 bagi yg menjadikannya gelanggang utk memantapkan diri, mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan syurga sebagai matlamat. berkahwin itu permulaan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan, sbg ejen pelengkap antara pasangan – bagi yg mengetahui rahsia2nya.

andai satu masa nanti sampai jodohmu, berkahwinlah demi Allah dan Rasul-Nya, bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan dtg menjemput, namun perlu juga kau cuba membuka lorong2nya agar jemputan itu mudah sampai dan tak terhalang.

kau tak akan selalu dpt apa yg kau suka. jadi belajarlah menyukai apa yg ada dan apa yg telah kau dpt. dan, sementara menunggu waktu itu sampai, bergembiralah menikmati kehidupan bujangmu!!!

BloG saYer

WaRG BloG Ku bERwAJaH bArU...

Sunday, November 22, 2009

nO TitTLe..

Sejak balik dari rumah..malasnya nak berupdate blog...yang aku tau, makan tido,makan, tido dan seterusnya makan dan tido.Al maklumlah sekarang time ujan kan..memang la asyik tido jek kan..tak boleh nak buat aper...sebenarnya baru jerk balik antar adik kat dungun tapi tak sampai dungun pon sebab air kat paka dah naik ..so ak call la ayoh long aku cakap abah nak pinjam storm dia..hehe almaklumlah kete dia leh redah jerk..tapi ayoh long aku plak beria2 nak antar adik aku..alamak..terlepas la aku nak g tengok air naik..kot2 la sane banjir leh la tangkap gambar sekali, abah aku suruh ak naik kete ayoh long aku..aku cakap tak nak..hehehe aku paksa abah aku pergi tengok air kat ranggon plak..hehehe aku dapat agak abah aku ngan malasnya layan la anak dia yang ala2 mengada2 nih..nasib baikla abah aku layan jugak aku nih..dia pergi la bawa aku ke tempat tuh..warg teruja aku tengok ramai nya org..tapi masa aku datang tuh ramai da nak balik..abah siap perli lagi aku tuh tak tahan..tengok la air tuh..heheheh mak aku cakap nak turun..hehe ak pon bawa sorg satu payung dan turun tengok air..heeheh tapi besh jugak tgk ramai orang..abah pon ajak saya balik..heheh saya pon aper tunggu lagi dengan berat ati jerk terpaksa la balik ngan abah dan mak..hehehe last3 saya ajak abah lalu depan pantai..hehehe dengan terpaksa abah pon lalu la depan pantai tuh...hehehe mengada2 sungguh anak abah yang nih kan..memang pon baru tau ker??hhehe last2 abah cakap tengok la air pantai tuh..hehe ngan malu2 saya jawab ingat kan air naik..sajer jerk nak tengok air naik ...heheheh