Cinta datang kepada mereka yang berharap sekalipun pernah dikecewakan.Cinta datang kepada mereka yang masih percaya sekalipun pernah dikhianati.Cinta datang kepada mereka yang masih mencintai sekalipun pernah disakiti hatinya.Begitulah penangan cinta, sungguh luar biasa!Cinta bukan sahaja buta, malah boleh membutakan lagi melumpuhkan bagi mereka yang terkena panahannya.Ketika khusyuk dilamun cinta, kita sanggup menafikan segalanya. Yang kita tahu, dengan cinta segala-galanya indah. Kemabukan cinta inilah yang menyulitkan mangsanya untuk berfikir secara rasional.Namun kebanyakkan CINTA hari ini telah diekspresikan tanpa menghiraukan tuntutan agama.Bahkan pendewaan terhadap cinta akhirnya menolak pelakunya kepada kesyirikan yang tidak disedari. Cinta tanpa menghiraukan tuntutan agama merupakan titik tolak berlakunya pergaulan bebas, pencerobohan maruah diri, serta pokok pangkal kepada gejala merosakkan yang lain. Tanggal 14Feb kononnya menjadi tarikh keramat yang ditunggu-tunggu pasangan yang menyemai kasih bersama lantas pelbagai usaha dilakukan demi mempersembahkan rasa cinta terhadap pesangan.Hari valentine diraikan tanpa menghiraukan hukum syarak.Jika dahulu, hari valentine diraikan oleh muda mudi di bandar, namun hari ini, ia telah diraikan juga disegenap ceruk sekalipun.Tidak kira dewasa, belia, remaja bahkan kanak-kanak juga turut meraikannya. Mengikut sejarah mitos, sambutan hari valentine diasaskan oleh masyarakat Rom yang beragama kristian demin mengingati peristiwa seorang paderi , Saint Valentine yang dihukum bunuh oleh pemerintah Rom kerana mengahwinkan seorang askar secara rahsia sedangkan undang2 Rom masa itu manghalang perkahwinan sebaliknya dikerah menjadi tentera. Maka orang2 Kristian mengambil sempena 14 Feb untuk meraikan hari kasih sayang demi mengingati hari kematian paderi Valentine. Mari kita renungkan sebuah hadith Rasulullah s.a.w yang bermaksud, "Barangsiapa yang melakukan perbuatan yang menyerupai sesuatu kaum itu, maka ia turut termasuk bersama golongan tersebut." Dari sudut pandangan Islam, Valentine merupakan sebuah perayaan yang wajib dijauhi oleh muda-mudi muslim kerana ianya bukan sahaja bertentangan dengan akhlak Islam tetapi boleh juga mengganggu gugat akidah sebagai seorang muslim.
No comments:
Post a Comment