Saturday, February 28, 2009

-aNTi nYAMuk..-

hari ni ada sorang kawan aku yang baikhati perkenalkan aku kepada sofware anti nyamuk..tak pernah aku dengar aku sofware ..nama pon cam pelik jerk kan...cam gitu la..menurut kawan aku sofware ni dapat mengesan nyamuk yang terdapat pada sekitar kita..so nyamuk tak akan datang la mengigit kita lagi macam tuh kan..bertapa canggihnya teknologi kan..sampaikan sofware untuk menghalau nyamuk pon ada..itu la dunia realiti sekarang..semua boleh berlaku dengan yang tak kita sangka2 kan..apa2 pon aku bangga jadi dak sofware..hahaha..walaupon aku bukan buat benda alah tuh..

Hari Ini

Hari ini hari sabtu, aku tak kemana-mana just duk umah jerk, anim ngan zaiti kuar pergi mane entah yang pasti anim ngan ****** hahahah sajer jerk anim..aku cakap camtuh sebab tak da idea nak tulis..sebab da lama da tak update blog..semalam kak ayu mintak tolong..maaf kak ayu baz nak tolong tapi x dapat..arap2 kak ayu ngan ******* masih on seperti biasa..insyallah..semalam jugak baz mintak tolong adik tapi dia da tido, nak pergi joom heboh pun tak tau nak pergi ngan saper..so tinggal la aku aini ngan imah kat umah duk senam erobik kat atas katil..macam biasa la buat rutin harian. Hawa plak balik umah..beshnyer kalau aku dapat balik, teringat aku dulu2 masa belajar kat dungun, tiap2 minggu aku akan balik umah, kebetulan adik aku pun belajar kat dungun gak, sama2 la kitaorang suruh abah datang ambik..beshnyer time tuh..kalau tension jerk balik umah, tengok muka mak abah alhamdulilah segala tension dapat la dikurangkan. sekrang kalau aku nak balik hujung miggu sudah lagi tak mampu m..bukan x mampu....x larat pikirkan 6 jam duk dalam bas..plak tuh cuti 2 hari jerk tambah pergi dan balik da 70 ringgit....Minggu lepas adalah hari yang paling tension..tension sebab aper? sebab tension ngan assgment yang berlambak2..ngan test lagi..last test math..aku jawab main kepala aku jerk..lepas tuh call mak ..mak cakap kalau da jawab tuh..redha jerk la..aku pon x tau la aku dapat berapa keputusan math kali ni..pening gak memikirkan math yang terlalu senang +mudah ..(hahahh rasa cam nak gelak jerk bila aku cakap camtuh) mak tanya makan aper ari ni..sedih +sebak aku..aku nangis tapi mak aku tak tau kot..sebab kene la cover tak nak bagi mak susah ati aku duk jauh..aku cakap da boring sangat da makan lauk kat sini..mak cakap balik kalau dekat macam dulu leh la mak masak kan..tapi masalah jauh kan..nak buat camner.. takpe la..tak lama lagi da cuti.. yahooooo.. tak sabar rasanyer nak balik umah... .

Friday, February 20, 2009

Manuasia Suka Sangka-Sangka

Manusia hari ini suka bersangka-sangka
Ada sangkaan baik... Ada sangkaan buruk...
Orang beribadah disangka riak
Orang yang relax disangka malas
Orang yang pakai baju baru disangka menunjuk
Orang yang pakai baju buruk disangka zuhud (hina)
Orang makan banyak disangka pelahap
Orang makan sikit disangka diet
Orang baik disangka buruk
Orang buruk disangka baik
Orang senyum disangka mengejek
Orang masam disangka merajuk
Orang bermuzakarah disangka mengumpat
Orang diam disangka menyendiri
Orang menawan disangka pakai susuk
Orang nampak ceria disangka membela

Mana tahu yang diam itu kerana berzikir kepada Allah..
mana tahu yang senyum itu kerana bersedekah..
mana tahu yang masam itu kerana mengenangkan dosa..
mana tahu yang menawan itu kerana bersih hati dan mindanya..
mana tahu yang ceria itu kerana cergas cerdasnya ..

Jauhi sikap suka bersangka-sangka kerana ia bakal memusnahkan ukhwah seperti musnah nya kayu dimakan api..
Satu benda yang kita lihat, macam-macam kesimpulan yang boleh kita buat. semuanya bergantung bagaimana kita melihatnya.

Teguran dan nasihat itu hendaklah disampaikan secara rahsia supaya tidak seorang pun yang mengetahuinya kerana nasihat yang disampaikan di hadapan khalayak ramai itu bukanlah teguran atau nasihat melainkan suatu kecemaran yang memalukan

Semoga menjadi renungan dan pelajaran kepada kita semua. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah meninggal dunia... .


UBAH DIRI BINALAH REALITI

Ketika lepas bebas di alam remaja

Impianku tidak mengenal batasan

Aku ingin MENGUBAH DUNIA

Bila usia meningkat dewasa

Dan aku semakin matang

Ku sedari...

Rupanya dunia tidak berubah

Lalu aku bataskan jangkaan

Memadailah jika aku dapat MENGUBAH NEGARA

Namun ini juga belum kesampaian

Di usia senja... .

Pilihan terakhirku ialah

Untuk MENGUBAH KELUARGA

Dan mereka yang terdekat

Malangnya... .

Mereka juga tidak mampu ku ubah

Kini di pembaringan menanti maut

Baru kusedari (mungkin buat kali pertama)

Andainya dahulu yang pertama

Ku ubah adalah DIRI SENDIRI

Dengan menjadi teladan yang baik

Pasti aku dapatMENGUBAHKELUARGA

Lantas... .

Dengan sokongan dan dorongan semangat mereka

Aku pasti mampu MENGUBAH NEGARA

Dan siapa tahu... ..

Mungkin juga aku mampu

MENGUBAH DUNIA

Akhirnya

Alhamdulilah akhirnya abis jugak minggu midterm aku. Letih la satu minggu ni sebab tak cukup tido..berlalu nya midteram bertambah plak assgment..macam itulah lumrah menjadi student..

Monday, February 16, 2009

Surah Al-Kautsar

Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga.Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik. Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi. Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihiiaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib. Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

1) Baca surah ini ketika hujan danberdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya'allah hilang dahaga.

3) Jikasering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihiritu.

5) Jika membacanya 1,000x rezeki kitaakan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidakbersalah tetapi dizalimi. Perkara yg baikkita amalkan slalu. Sebar2kan kepada kekawan, terima kasih.

cinta OH cinta

Cinta datang kepada mereka yang berharap sekalipun pernah dikecewakan.Cinta datang kepada mereka yang masih percaya sekalipun pernah dikhianati.Cinta datang kepada mereka yang masih mencintai sekalipun pernah disakiti hatinya.Begitulah penangan cinta, sungguh luar biasa!Cinta bukan sahaja buta, malah boleh membutakan lagi melumpuhkan bagi mereka yang terkena panahannya.Ketika khusyuk dilamun cinta, kita sanggup menafikan segalanya. Yang kita tahu, dengan cinta segala-galanya indah. Kemabukan cinta inilah yang menyulitkan mangsanya untuk berfikir secara rasional.Namun kebanyakkan CINTA hari ini telah diekspresikan tanpa menghiraukan tuntutan agama.Bahkan pendewaan terhadap cinta akhirnya menolak pelakunya kepada kesyirikan yang tidak disedari. Cinta tanpa menghiraukan tuntutan agama merupakan titik tolak berlakunya pergaulan bebas, pencerobohan maruah diri, serta pokok pangkal kepada gejala merosakkan yang lain. Tanggal 14Feb kononnya menjadi tarikh keramat yang ditunggu-tunggu pasangan yang menyemai kasih bersama lantas pelbagai usaha dilakukan demi mempersembahkan rasa cinta terhadap pesangan.Hari valentine diraikan tanpa menghiraukan hukum syarak.Jika dahulu, hari valentine diraikan oleh muda mudi di bandar, namun hari ini, ia telah diraikan juga disegenap ceruk sekalipun.Tidak kira dewasa, belia, remaja bahkan kanak-kanak juga turut meraikannya. Mengikut sejarah mitos, sambutan hari valentine diasaskan oleh masyarakat Rom yang beragama kristian demin mengingati peristiwa seorang paderi , Saint Valentine yang dihukum bunuh oleh pemerintah Rom kerana mengahwinkan seorang askar secara rahsia sedangkan undang2 Rom masa itu manghalang perkahwinan sebaliknya dikerah menjadi tentera. Maka orang2 Kristian mengambil sempena 14 Feb untuk meraikan hari kasih sayang demi mengingati hari kematian paderi Valentine. Mari kita renungkan sebuah hadith Rasulullah s.a.w yang bermaksud, "Barangsiapa yang melakukan perbuatan yang menyerupai sesuatu kaum itu, maka ia turut termasuk bersama golongan tersebut." Dari sudut pandangan Islam, Valentine merupakan sebuah perayaan yang wajib dijauhi oleh muda-mudi muslim kerana ianya bukan sahaja bertentangan dengan akhlak Islam tetapi boleh juga mengganggu gugat akidah sebagai seorang muslim.

Ingatlah Seruan Malaikat Ni Tiap Hari Pada Kita

Abul laits berkata:Ayahku berkata: Diriwayatkan dari Rosulullah saw besabda:Tidak tiba suatu hari melainkan turun lima malaikat.. pertama di mekah.kedua di Madinah,ketiga di Baitul Maqdis,keempat di kubur kaum Muslimin dan kelima di pasar kaum Muslimin..

Adapun yang turun di Mekahmaka berseru:Ingatlah! siapa yang meniggalkan kewajipannya kepada ALLAH.maka terlepas dari rahmat ALLAH.. Dan yang turun di Madinah berseru:Ingatlah!siapa yangmeniggalkan sunnaturrosul maka akan terlepas dari syafaatnya.. Adapun yang turun di BaitulMaqdis maka berseru:Ingatlah!siapa yang makan harta haram tidak diterima sumer amalnya..

Dan yang turun di kubur kaum muslimin berseru:Hai! ahli kubur.. apakah yang kamu inginkan dan apakah yang kamu sesalkan?? Jawab ahli kubur:kami menyesalkerna tidak dapat menambah amal.dan atas umur kami dahulu yangkami buang(sia2kn)begitu saja,dan kami selalu iri ati kpd orang2 yg selalu solat berjemaah dan memebaca Al quran,dan membaca selawat Nabi saw dan membaca istighfar sedang kamisudah tidak dpt berbuat sume 2 lagi..

Adapun yang turun di pasar maka berseru:Hai manusia,tenag-tenaglah sebab ALLAH menentukanbalasan hukuman,maka siapa yang takut dengan pembalasan hukuman ALLAH harus segera memeperbaiki dirinya dan bertaubat dari dosa2nya..

Kami mengingatkan kamu tetapi kamu tidak mengingatkannya,dan kami takut kamu pula tidak takut,andaikan tidak ada orang2 yang khusyuk da tidak ada bayi2 yang menyusu,dan binatang yang terpelihara dan orang2 tua yang rukuk(solat)nescaya telah dituangkan(diturunkan) ke atas kamu seksa sekaligus... maa ashobaka hasanatin faninallah.. wama ashobaka sayyiatin famin nafsi

buat renungan

"Kenapa aku baru tau maksud perkataan "BYE"... SubhanAllah!!! Perkataan "BYE" merupakanja rum sulit org Kristian... Di dlm bahasa Arab b'maksud "fihafzil baba ". Manakala dlm bahasa Malaysia b'maksud di Bawah Naungan Pope(paderi). Jadi foward dan sebarkan kepada semua shbt2 anda. Semoga Allah memberi rahmat kpd kita dan org Islam yang lain. Wassalam di Universiti Putra Malaysia. Itulah satu-satunya Universiti yang ada gereja. Gereja ini antara yang aktif untuk memurtadkan orang Islam. kalau ada saudara kita terminum 'Holy Water'. Sebenarnya air ini dibuat di Vatican City. Dijampi oleh paderi termasuk Pope John Paul yang jemput Perdana Menteri kita dulu! . Kalau terminum, cari air kolah dari 3 masjid. Baca Al-Fatihah 1x, Yasin 1x, 3 qul 1x, dan selawat. Ambil sebahagian buat minum dan sebahagian buat mandi. InsyaAllah mereka akan sedar dan dapat diselamatkan.insyaAllah. tolong fowardkan ... demi islam... demi agama yang tercinta... insyaallah...

Bermulanya Maksiat...

1. salam.Blh sy kenal awk? Sy tertarik dgn prwatakan sopan awk. Dah lama syprhatikn awk. Awk dak baik n sy trtarik la dgn tudung labuh awk. Sy harap kite leh brkenalan..ukhuwah fillah org kate..sy x terer sgt arab ni…

2. Trima kasih krn mnerima sy. Sy akan try sedaya upaya sy mnjaga awk danmgikut syariat. Sy tau sy bukan baik sgt, tp demi Allah, sy cuba wat yg trbaik utk awk…

3. Ingat tau, jaga aurat leklok..jgn bagi org lain nmpk..kuar ngan kwn2 tau..jgn sorg2..blk contact sy ek..sy doakan awk selalu..

4. Wak,nape x contact sy. Sy risau awk kuar lama2..ye..mmg sy xde hak pun..sy tau sy percaye awk, tp sy x tau la nk kate cmne. Kite slalu nmpk dari jauh je ek.Tp sy rasa awk mcm dkt je ngan sy. Mgkn ni org kate cinta kot, Wak..awk cinta sy x? xnk bgtau.. tp sy tau awk cinta sy..awk da malu nkjln tmpt sy lepak sbb malukan?..kih3. .tq..i love u too..

5. Wak,selain family, Allah dan rasulnyer.. awk sayang sape ek? Sapa saya dlm hati awk?

6. Wak wak..dr kawan kite just pggl sy awk je..mcm x special plk diri sy utkawk. sy tringin gak nk jd cm room8 sy ni. Pggl ayang.. bole ke? Awk pggl sy biek? Rasa mcm baby sket. X salah kan.. just panggilan je..thanks ayang..love u... ..

7. Yang. kekdang bi tgk ayang ni mcm x prcaya bi je. Yela, bi just tanya ayang pkai apa je kan ..tq ek gtau, mkin dalam pulak rindu kat ayang ni... .hihihi..

8. Yang bi nak ayang tau, ayanglah segalanya utk bi, ayang la pmberi semangat utk bi... yang... ..bi harap bi ngan ayang xde rahsia lagi ek..jgn risau..inikanmembuktikan bi caring..so jgn risau..k..yeye. .bi janji kan jaga rahsia kite..just msg je kan..love u.

.9. Ayang..da lama kite msg, leh kite jumpe x? ye..ayang bwk la kawan2 k..tqayang... ..

10. Tq pggl bi ngan pgglan abg..abg tggu lame da..abg tau..kite x leh pakse dlmhubungan..la iqra hafiddin..hehe. .sikit sikit je..kih3..

11. Hi ayang, watpe 2? Nk ckp sket..nape ayang bwk satu battalion nak jumpa abg?... ayang x caye kat abg eh.. huhu..1

2. Ayang..kite jumpe k?..abg suka ayang pakai tudung yg abg beli tu..camwardina lak..bkn ayang x cntk..just nmpk mkn cntk la..nipis sikit je..nnt jumpa nnt ayang bwk sorg dah la k..13. Ayang..abg sory ngan apa jd td..abg trsentuh jari ayang td.. Tol gak ckpayang eh, trsentuh xpe..ter.. hehe..makin tebal la pulak cinta abg kat ayang..

14. Tq jumpa td, ayang cntk la..Ololo..abg romantik sket pun salah ke?Ske abg romantik ek? Hehe..Eh, td jumpa abg da berani tenung abg ek..hoho..tgk td kwn ayang cam ske kat kwn abg je.. senang la kita jumpa pasni..tgk..Allah memberkati hubungan kite..ayang solat dah ke? Doakan abgskali ek..miss u..

15. Ayang..just nk tanya..ayang cinta bg berapa percent? Apa tandanya eh?50% je... huhu..yang. .just nk tanya..rambut ayang panjang x? just thinking of u at the moment…1

6. Td terbeli tudung pendek.. yg abg bg kat ayang tu.. Ayang..bg la gmbrayang special untuk abg yg pakai tudung td 2..Cntk nye ayang..gambar ni nak wat wallpaper hp ngan kompter abg la..

17. Yang.. ayang cintakan abg berapa percent? Sepenuh hati Thanks ayang..love u too..

18. Ayang..da lame kita couple kan..xkan abg pegang tgn pun nakmarah.. ayang kan milik abg.. Thank 4 being understanding. .

19. Ayang kata ayang cintakan abg sepenuh hati..kalu gitu..apa buktinyaayang cintakan abg..?


SELEPAS ITU BARU BERMULA MAKSIAT SEBENAR... ..

Aku Sedang Mencuba dan Belajar

Sebuah nukilan menarik untuk dikongsikan bersama sahabat-sahabat

Aku sedang mencuba melupakan manusia aku sedang belajar mendekatkan diri padaNya.

Aku sedang mencuba menangguhkan cinta aku sedang belajar mendekatkan diri padaNya.

Aku sedang mencuba melupakan semuanya aku sedang belajar mendekatkan diri padaNya.

Aku sedang mencuba tidak mengikut rasa aku sedang belajar mendekatkan diri padaNya.

Aku sedang mencuba tidak melukakan jiwa aku sedang belajar mendekatkan diri padaNya.

Aku sedang mencuba tidak melukakan sesiapa aku sedang belajar mendekatkan diri padaNya.

Aku sedang mencuba menjadi lebih perkasa aku sedang belajar mendekatkan diri padaNya.

Aku sedang mencuba pandai menimbang kecewa aku sedang belajar mendekatkan diri padaNya.

Aku sedang mencuba menjadi benar-benar manusia aku sedang belajar mendekatkan diri padaNya.

Aku sedang mencuba memaknakan hidup yang sementara aku sedang belajar mendekatkan diri padaNya.

Aku sedang mencuba berkelana tanpa sesiapa aku sedang belajar mendekatkan diri padaNya.

Aku sedang mencuba mewangikan semesta aku sedang belajar mendekatkan diri padaNya.

Aku sedang mencuba reda dan menerima seadanya aku sedang belajar mendekatkan diri padaNya.

Bicara Hikmah

“Ketika aku muda dan imaginasiku bebas tanpa batasan, aku mengimpikan untuk mengubah dunia.

Apabila aku semakin dewasa dan lebih bijak, aku menyedari bahawa dunia ini tidak akan berubah.Maka aku cuba melihat lebih dekat dan mengambil keputusan untuk mengubah hanya negaraku. Tetapi, ia juga, kelihatan tidak dapat digerakkan.

Apabila aku memasuki penghujung usia, dalam satu cubaan terdesak, aku cuba mengubah hanya keluargaku, mereka yang hampir padaku. Namun tiada yang mahu berubah.

Kini, ketika aku terbaring di atas katil menunggu ajal, aku tersedar: Kalaulah aku mengubah diriku dahulu, kemudian dengan menjadi contoh tauladan aku mengubah keluargaku. Daripada inspirasi dan galakkan mereka, aku mungkin bisa mampu untuk menjadikan negaraku lebih baik, dan siapa tahu, aku mungkin akan mengubah dunia.”

Sebab apa kita tidak boleh couple


1. Apabila seseorang dah lama bercouple, diaorang dah puas tengok muka antara satu sama lain. Bila dah kahwin tu, diaorang lagilah bosan tengok? Asyik muka ni jee!!! Takde muka lain ke hah?? Gitulah gayaya bisikan hati diaorang. Ha, logic tak( sebab tuh islam suruh pakai niqab(penutup muka) biar muka tu special untuk suami korang je tengok)


2. Sebab diaorang dah couple lama, diaorang dah tahu keburukkan masing-masing, Cuma tak berani nak luah bagi masa tengah bercouple tuh, sayanglah konon, tak nak lukakan hati yang tersayang. Bila dah kahwin, mulalah rasa benci. Bila da benci, maka keberanian untuk menyerang yang disayangi satu masa terdahulu timbul, apatahlagi, perang dunia pun meletus dan terlontarlah dengan lancer dan lafasnya talak

3. Bila bercouple ni diaorang sememangnya akan melukakan maksiat2 yang memang tak mampu disangkal lagi akan mendapat kemurkaan ALLAH. Kalau ALLAH dah murka manakan rumahtangga nak aman.

4. Biasa tengok orang bersilat tak? Biasanya kalau langkah awal tu sumbang, langkah seterusnya akan terus bertambah sumbang dan sumbang. Beginilah jugak bercouple ni, apabila langkah awal untuk hidup bersama dah dicemari dengan kesumbangan akhlak maka kesumbangan langkah seterusnya akan mampu menenggelamkan bantera kapal indah yang baru berlayar. Mana tak tenggelamnya kalau kapal bocor, kesian betul!! Kos kenduri kahwin je dah beribu kau tau tak? Ni sedap2 je nak cerai.

5. Korang tau tak kenapa kek tu sedap? Tahu tak? Kalau nak tau, kek sedap sebab dia jarang dimakan. Jadi seorang bercouple ni diaorang dah biasa sangat antara satu sama lain. Bila dah biasa ke? Special ker? Antara satu sama lain sudah biasa dirasa, jadi hilanglah kespecialan tu , sebab masing2 dah kenal sangt antara satu sama lain. Sebab tuh la bila kahwin jer, terus cepat muak, meluat, bosan, benci dan terus nak muntahh bila tengok muka dia ni

6. Korang biasa dengar tak dengan panggilan baby or sayang or honey or bucuk? Kalau nak tau itulah panggilan yang selalu digunakan oleh pasangan couple. Mula2, panggil saya-awak, pastu dah lama2 boring sikit, tukar guna sayang, pastu boring lagi guna honey. Last2 lepas kahwin, sebab dah boring dengan semua panggilan. Akhirnya guna aku-kau jugak heheh pelik kan. Itulah fitrah bercouple

7. As the conclusion, from my research I as the scientis can conclude that all of the factor above make the couple feel bored fast to each other when they are getting married. The feeling want to have a couple is a ? lumrah? Or fitrah ? but we can? Layan? The fitrah. My advice, lets your marrying got the blesses form God because he is the controller of all thing in the world

Hhmmm sesungguhnya becouple itu memboringkan kerana……..
Fikir2 kan lah..

Tuesday, February 3, 2009

sony cybershot



alhamdulilah dapat jugak camera baru..hehehe...tapi yang tak beshnyer..duit abis..sabo jerk la..
heheh kalau tak ..tak merasa plak camera baru kan..bukan aper pun beli camera baru sebab abang mie aku iaitu abg aku nak guna camera aku yang da lama tuh..so dia cakap dia bagi duit untuk beli camera aku tuh..dia cakap boleh la aku beli camera baru..aper lagi..hehehe suka la aku sebab dapat camera baru..pergi la cari seluruh kedai..akhirnyer aku berkenan pada sony cyvershot gak..huhu..cina yang jual kat kedai tuh dia suruh aku beli samsung..aku kalau da berkenan pada sesatu susah da nak tukar nak jugak yang tuh walaupon dia cakap aper2 pon tentang yang tuh ..last2 sekali dia cakap awk ni da memang keluarga sony..hehehe biar la dia nak kata aper pon..janji aku yang nak guna..bukan dia yang nak guna kan..aku call abg aku tanya pendapat..dia cakap kalau da suka..beli ajer...x yah dengar orang lain cakap aper..aku pon ikut la keputusan abg aku ..huhuhhu akhirnya aku dapat jugak camera tuh..terima kasih pada abg dan akak aku yang banyak bagi sponsor..