Tuesday, December 2, 2008
1- sila la baca
Semua manusia ada membuat kesilapan termasuk la dengan diri aku yang hina ini, biasanya manusia ni x pernah sedar apa yang dia buat sebab terpengaruh dengan dek nafsu, teringat satu cerita pasal nafsu ini susah benar nafsu nak tunduk pada ALLAH sehingga la kali yang ke 3 klau tak silap baru la nafsu tunduk pada perintah ALLAH, biasanya nafsu kitayang membuatkan kita terjerumus untuk membuat kejahatan sebab kita leka, bab orang cakap yang senang itu la susah sangat orang nak buat contohnya solat la, bukan susah sangat pun nak buat kalau solat, tak ada la ambik masa sampai satu jam pun, kalau benda yang susah tuh senang sangat nak dibuatnya , ni la namanya manusia kan, dengan namanya manusia ini la macam-macam perangai kadang2 baik, dan kadang2 kurang baik( jahat la ) dan juga kadang2 manusia ni suka hipokrit( suka berlakon) . Manusia ini lahirkan sama sahaja, kalau kita faham,kita dijadikan dari setitik air mani, kemudiannya membentuk segumpul darah, kemudiannya membentuk seketul daging, pembentukan tulang dan seterusnya sehinggalah kita dilahirkan didunia ini kan, terfikirkah kita bertapa unik nya proses kelahiran kita , dan bertapa besarnya kekuasaan ALLAH S.W.T. Bab kata pepatah, bayi dilahirkan seperti kain putih yang bersih, yang mencorokkan nya adalah ibu bapa. Maka terpulang lah pada ibu bapa untuk mencorakkan samada untuk menjadi baik dan sebaliknya kan. Berbalik pada persoalan tadi kenapa manusia hari ini terlalu mengikut nafsu, nak salahkan ibu bapa tak boleh jugak, kadang2 mak abah kita dah bagi secukupnya ilmu, tetapi yang jadi masalahnya adalah diri kita juga kan, da memang salah kita 100% , sebab orang lain hanya boleh menjadi pendorong kita sahaja, nak salahkan persekitaran? kenapa kita memilih persekitaran yang sebegitu?, nak salahkan kawan? kenapa kita pilih kawan yang begitu? so memang salah kita, jangan ego sangat dengan hanya nak menyalahkan diri orang lain sahaja kan, pernah tak kita dengar lagu dari raihan, iman tak dapat dijual beli, iman tiada ditepian pantai, so memang iman kita lemah, sebab tuh la kita sering lalai dengan ikutan nasfu kita kan, apa yang penting kita kuatan iman, tingkat kan prestasi. Moga-moga kita menjadi insan yang boleh membuat orang lain kearah kebaikkan..insyallah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment