Wednesday, December 24, 2008

Ayat dibawah aku ambik dari buku jangan bersedih dari Dr Badrul Amin Mahrom, tersentuh hati kalau dibaca dengan bersungguh-sungguh..bertapa banyak dosa yang telah kita buat pada mak ayag kita, pada orang lain dan dosa yang sengaja atau ketidak sengajaan...sesungguhnya ALLAH maha pengampun dan penerima taubat, sebelum nyawa kita di ambil oleh malaikat jibrail marilah kita sama-sama minta ampun dari ALLAH.



" Ya ALLAH, kami berlindung kepada-Mu daripada keresahan dan kesedihan. Kami berlindung kepada-Mu ya ALLAH daripada sifat lemah dan pemalas. Kami berlindung kepada-MU ya ALLAH daripada sifat penakut dan kedekut. Kami berlindung kepada Mu ya ALLAH dari beban hutan dan juga tekanan perasaan"


Ya ALLAH ya Tuhan kami, akhirnya kami memohon kepada-MU, jangan kau bebankan kami dengan dosa-dosa kami ya ALLAH. Ampunkan dosa kami Ya ALLAH. Ampunkan dosa kami Ya ALLAH ya ALLAH. Ampunkan dosa ayah dan ibu kami ya ALLAH. Itulah ayah yang telah banyak berkorban untuk kami. Itulah ibu yang telah mengandungkan, melahirkan kamu dengan penuh penderitaan. Ampunkanlah dosa ayah dan ibu kami yang masih hidup , apatah lagi yang telah meninggal dunia


Ampunkan dosa kami sebagai anak, Ya ALLAH. Kiranya selama ini kami pernah menyakiti hati mereka, kami pernah menguris perasaan meraka, kami pernah menghina mereka, kami pernah mengkhianati mereka, kami pernah mengecewakan mereka. Ya ALLAH, jangan Kau jadikan dosa itu belenggu di hati kami, penyebab kedukaan kami ya ALLAH. Lapangkanlah hati ini dengan Kau ampunkan segala dosa-dosa kami


Ampunkan dosa isteri dan anak-anak kami Ya ALLAH. Ampunkan dosa seluruh keluarga kami - abang, kakak, adik, makcik, pakcik kami. Ampunkan sahabat-sahabat kami. Ampunkan jiran tetangga kami. Ampunkan seluruh muslimin dan muslimat Ya ALLAH.

Angkatlah kedukaan ummat ini ya ALLAH. Angkatlah kesedihan ummat ini Ya ALLAH. Jadikanlah kesedihan ini suatu kebahagian. Menangkanlah umat Muhammad. Hentikanlah segala musibah. Hentikan segala bencana menimpa umat Muhammad. Menangkanlah umat ini Ya ALLAH, atas musuh-musuh kami. Hancurkan musyrikin kuffur. Hancurkan siapa saja Ya ALLAH yang ingin menghancurkan agama-Mu

Ya ALLAH, menangkan kami di dunia, menangkan kami di akhirat dengan syurga-Mu Ya ALLAH. Muliakan kami di dunia, muliakan kami di akhirat Ya ALLAH

Wednesday, December 17, 2008

Charger Laptop Aku Yang Rosak

Sedihnya beteri laptop aku da rosak, tuh yang macam malas jerk nak update blog nih, semalam aku pergi kemaman, kononnya nak beli charger baru la kan, pergi cari punya pergi cari ..aku pon pergi la tanya dia ada ke tidak charger jenis laptop aku nih, orang tuh pun call la tanya saper entah, dia cakap ada tapi kene tempah dulu, nak tak nak 2 m inggu baru sampai dan harga nya maunya dia cakap 200-300 mak aiii!! mahal nya dalam hati aku, biar tul kedai nih, nak tipu aku pun agak2 la sebab kawan aku pun baru gak beli charger laptop baru dalam RM 100 lebih jer, aku pun cakap tak aper la, lagi pun tak ada untuk sekarang...sema gak lari 2 minggu masuk belajar balik gak kan. So aku pun ke kedai lain plak, dia pun cakap ada..so aku cakap ler nak charger port nyer macam ni..aku ingat kan da betul la kan..so aku pun tanya la harga nyer berapa

berapa harga dia erk- 180
leh kurang lagi tak- kasi 160
boleh la aku jawab pon
tp kalau saya pasang kat laptop saya tak leh..saya datang balik tukar ya
ok..

so aku pun beli la charger tuh kan..lepas tuh aku, adik aku dan jugak mak sedara aku pun pergi la makan KFC, mak sedara aku belanja..belasah jerk la..lepas2 order semua..aku makan seketul jerk ayam.. aku pun tengok balik charger tuh, macam bukan jerk charger aku ni.aku cakap ler kat adik aku, rasanyer lubang kat port dia besar skit, ni yang beli ni kecik ler, x muat ler..sebab semalam sebelum aku beli aku da tgk charger laptop adik aku, kecik skit dan x muat kalau nak masuk laptop aku nih..so aku suruh ler adik aku tunggu kejap ngan mak sedara aku, aku pun belari balik pergi kedai tadi

salam bang..saya rasa nih bukan jenis laptop saya la...toukei kedai kot tgk..dia cakap yer la, ni bukan...salah sorang dari diaorg menyampuk..

awak try dulu, nnti kalau tak dapat awak datang balik tukar- umah saya jauh,bukannya dekat, kalau umah kat sini boleh la datang balik

umah awak kat mane-bukan kat kemaman,tp kat kerteh..30 minit plak nak datang sini

awak tengok la nih..yang ni beso yang ni kecik tak kan sama plak- bos dia suruh cari la charger lain yang sama ngan yang aku bawa kan..

rupanyer pekerja dia tuh..tgk power dia berapa..mmg la kebanyakkan charger beteri 240 aku da cakap tengok ler port dia beso mane..naik hangin gak ler ..sabo jerk ler dalam hati..hanya tuhan yang tahu..aku sorang dia 4 orang..heheeh

lepas dia cari2 x jumpa jenis charger laptop aku nak kan, aku pun cakap kat dia camni

maaf ler bukan salah saya..dan bukan saya tak nak beli..dah sebab tak der kan..so saya nak balik la duit saya erk..malu gak..hahah tp nak buat camner..kalau beli pun nak kasi saper charger tuh..

dia pun bagi balik ler duit aku..

sekrang ni da tak dapat update sangat blog..sebab charger me rosak..nanti da masuk belajar nak try cari kat melaka tak pun nak turun kL cari..

cedih2 terpaksa kuar duit lagi..huhuhu..sabo jerk la..da la sekarang ekonomi tak stabil..effect kat aku jugak upanya..hehehe

Friday, December 12, 2008

Hari Raya ke 4



Hari raya yang ke4...hahaha ada jugak ker raya yang ke4 erk..tapi yang pasti aku nak beraya gak, tak kira la ada ker tak ada, janji aku dapat beraya kan, hari raya ke 4 ni aku pergi dungun untuk hantar akak aku balik umah dia, sebelum pergi dungun macam biasa la..sempat ler bergambar skit-skit..suka beno kan aku bergambar kan..nak buat macam mane..da hobby kan nak buat macam mane..hehehe

Hari raya Ke-3





Hari raya ke 3 ni aku pergi jalan2 cari makan arr..so aku mak, abah, akak dan 2 anak buah aku pergi la kuala terengganu..bertolak da la lambat gak dalam lul 2 sampai sane dalam kul 4 baru la sampai Kuala Terengganu..ikut je la mak dan akak pergi jenjalan beli la aper2 yang patut kat sane. Kul 6 abah datang ambik balik dan mak suruh abah balik terus. tp abah nak pergi jumpa pak sedara sebab ada hal kerje..ni lah gambor2 yang dapat diambil masa ke sane.heheh maklum la kitaorg ni suka bergambar kan..so gambar ler yang diambik nya

Thursday, December 11, 2008

Selamat Hari Raya AdilAdha



Assalamualaikum pertama sekali me nak ucapkan selamat hari raya adiladha kepada semua, terutama kepada mak, abah, akak, abang,adik, kawan2, orang yang kenal dan orang yang tak kenal kalau ada silap..arap dimaafkan

Alhamdulilah hari raya tahun nih tak la hujan, sebab 2-3 hari sebelum hari raya adiladha hujan lebat sangat, hingga malam, pagi raya tuh bangun awal pagi sebab nak pergi sembanyang raya, bangun awal pun tp mandi lewat gak, mak dan akak aku duk siap tunggu da, tetapi aku jer lum siap lagi...Mak dan akak duk bising kat luar rumah sebab da jam 8 a.m, biasanya mak cakap kalau lewat nanti tak dapat solat adiladha plak, kelam kabut jugak la pagi tuh, kuar2 je umah, aku sorang je yang tak bawa sejadah..mak bising suruh pergi ambik sejadah dalam umah, sebab mak da sedia 3 sejadah untuk mak, akak dan juga aku, masuk2 mak cakap atas kerusi, aku pergi cari atas kerusi lain plak, tak jumpa la jawab nyer..aku cakap kat mak tak aper la nnti guna je la sejadah kat masjid , tiba2 kat masjid aku cakap kat akak orang pun tak ramai lagi, tadi beria sangat nak cepat sampai kan aku x sempat nk comei2..hehe..lepas solat adiladha aku pun balik umah, kemudiannya pergi umah jiran antar makanan. petang tuh abah baru balik dari Peneg..so hari raya tahun ni tak beraya ngan abah arr jawab nyer:(...SELAMAT HARI RAYA ADILADHA

Sunday, December 7, 2008

Cerita Sedih Sehari Hari Raya Adiladha

pagi ini aku bangun tido awal sangat, lepas sahaja solat subuh entah kenapa pagi ini mata memang tak mengantuk, so aku tengok lah citer kat tb berapa entah, tajuk citer tuh aku atau dia. Ok lah lepas dari tengok tuh ada plak call masuk..saper la pagi2 call aku nih, dia plak suruh aku teka saper dia, mane la aku nak tau saper dia tuh, karang salah teka susah plak, last-last dia bagi clue kat aku budak optimal(tempat aku prtical dulu) ehh saper plak nih, main2 plak dia ni, aku tanya lagi budak prtical ker, ehh tak adalah, aduh kene mikir lagi saper plak dia nih..last2 dia cakap jugak dia saper rupanya abg peja(satu ofis dengan dia la) dah setahun lebih aku dengan dia tak bertanya kabo, memang la dah aku tukar no tel kan, memang tak adalah no aku kan, sebab masa tukar no tel dulu aku lupa nak cakap kat dia, sembang punya la sembang, mak aku cakap ada orang cari aku, kawan aku, saper plak erk pagi2 macam ni pun ada orang cari, tapi time tuh tak adalah pagi sangat pun dah jam 10.00 pagi, dia suruh aku bersiap sebab jam 12.00 pm dia datang umah ambik aku bawa pergi ke kuala terengganu , aku kene jumpa jpj, aper plak salah aku kan sampai kene g kuala terengganu jumpa jpj nih, aku pun mandi, lepas aja mandi siap2 dan makan jap, lepas makan da nak kul 12 aku tunggu la orang ajar aku tuh nama dia kak ani, so tunggu kak ani tuh la datang ambik, letih jugak duk tunggu nih, kul 12.15 baru la dia datang. Dalam perjalanan ke Kuala Terengganu satu kemalangan telah berlaku, iaitu dekat jambatan kerteh, pajero jatuh dalam sungai sebab pajero tuh terbabas, aku pun macam nak tengok, tapi bukan aku yang bawa kete kan, kita penumpang jerk so tak yah la gatal-gatal nak nengok kan, kak ani cakap jom nengok accident jap, aku pun turun dari kerete dan mmg tak nampak pun pajero tuh sebab duk dalam sungai da..tenggelam..cedih pun ada gak..esok da la hari raya kan, dengar citer plak sorang terselamat dan sorang lagi masih dalam proses pencarian, keadaan bertambah rumit plak sebab tetiba hujan turun berserta ngan angin, nasib baik la aku turun dan duk bawah jambatan plak, ramai sangat orang yang nak tau perkembangan, sorang penyelam persendirian bersama penyelam bomba turun menyelam dalam sungai untuk mengesan pajero dan mencari seorg lagi mangsa yang ada dalam pajero tuh, dalam hati aku berdoa agar sorang lagi mangsa dijumpai, dari kul 12.30 sampai la jam 3.45 aku duk kat tempat accident, untuk ke terengganu jumpa jpj terpaksa la dibatalkan memandagkan hari pun hujan lebat gak, so kalau aku pergi pun mungkin akan beraya kat tepi jalan kot, sebab dengo kata air naik kat marang, berbalik kes kemalangan tadi, krenn pun datang la ngan jentera nya..penyelam dari kdrp ngan penyelam bomba masuk balik menyelam dalam sungai tuh untuk ikat tali kren supaya pajero tuh dapat naik keatas, masa kren angkat pajero tuh tetiba mayat sorang lagi kawannya ada di pintu belakang, orang ramai menjerit orang tuh..ada orang tuh..ada orang tuh, tetiba mayat tuh pun jatuh balik kedalam sungai, masa tuh pun aku geram jugak, sebab bomba duk tengok je, x der la nak g selamatkan mayat tuh dari hanyut..sedih nyer x terperi..menggigil jap tengok mayat nyer..dah nak kul 4 aku pun balik la..dalam keadaan ujan nyer dah la tak bawa payong..berlari2 ke kerete....semalam abg dan adik ku bercerita yang mak kepada mangsa bermimpi yang mayat anaknyer ada tersangkut pada batu, dan alhamdulilah pagi tadi adik ku cakap yang mayat anaknya telah dijumpa..

Friday, December 5, 2008

Aku Jual Sutera Terengganu

Saper-saper yang berminat untuk membeli sutera boleh lah membuat tempahan kepada saya antara jenis-jenis sutera adalah chifon,crick,sutera biasa dan lain-lain.. Sila buat tempahan di talian YM saya_comot atau email tudung_purple87@yahoo.com. Tempahan akan dihantar terus atau menggunakan perkhidmatan pos.

RM 140

RM 140

RM 140

RM 140
RM 220
RM 110

Manusia, Malaikat Dan Syaitan

Manusia - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu ...
Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini...awal lagi nie?.zzzzzzzz

Manusia - Nak makan, laparlah ??
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah...
Syaitan - Ahh, tak payahla... dah lapar ini !! mmm..sedapnyaaaa?.

Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat..
Syaitan - Ehh, panaslah, takde style langsung, nampak kampung!!!

Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat..
Syaitan - Ahhh?awal lagi?mmm..aaahh?suruh si X, punchkanlah?

Manusia - Azan sudah kedengaran...
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan - Baru pukul berapa... . rilex lah..awal lagi nieii?.

Manusia - Eh, eh... .tak boleh tengok ini, berdosa...
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan mengetahui !
Syaitan - Perggghh... best tu... . rugi ooo kalau tak tengok nie..

Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat - Wahai anak Adam:cegahla ia..
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantaklahh? .

Manusia - Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihatilah sesama kamu..
Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2... pandai2lah?

Manusia - aku telah berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu,sesungguhnya Allah Maha Pengampun. .
Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... lagipun muda hanya sekali....rugila... (kalau sempatla)

Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah,berpalinglah dari jalan itu ..
Syaitan - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu...Jomlahhh?.

Manusia ? Uuhhh?letihnya arini..tak solat lagi nieee?.
Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu...
Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku,kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan diakhirat (jangan mimpilah!) .

Thursday, December 4, 2008

jIKa aKU jATUh cINTa

Ya Muhaimin, jika aku jatuh cinta, jagalah hatiku padanya agar tidak melebihi cintaku pada-Mu

Ya Allah jika aku jatuh cinta,berikanlah kekuatan akal fikiran ku supaya tidak akan lupa kepada hukum-hukum -MU dan batansan-batasan pergaulan seorg perempuan ajnabi dan muhrimnya

Ya allah jika aku jatuh cinta,mekarkanlah sentiasa kasih sayang kepada ku
agar aku tidak terdorong kepada perbuatan engkau murkai

Ya allah jika aku jatuh cinta, jauhi aku dari sifat sombong dan angkuh kepada Mu dan jgn biarkan diriku diselipu dengan perasaan tersebut agar aku adalah manusia yang tau bersyukur dia atas kuniaan itu

Ya allah jika aku jatuh cinta, jgn lah hati ku berpaling dari mengingati Mu.dan aku berharap aku sentiasa menyebut nama mu dibibir ku..

Ya Rabbul Izzati jika aku rindu, halal kan rindu tersebut supaya aku aku tidak berada dalam golongan yang leka kepada Mu Ya Allah

Ya Allah jika aku rindu, rindukanlah aku pada kekasihmu yang melabuhkan cintanya melebihi cintanya kepada Ku.

Ya allah jika aku jatuh hati , jatuhkan lah hati ku pada insan yang tidak melupakan dirinyer kepada Mu Ya Allah agar dia tahu manfaatnya

Wednesday, December 3, 2008

pEriNGATaN kiTA uNTuK mATi

Wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBUSAYA, hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah yang mana kamu ada bawa bersama-sama dari dunia ini. Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat. Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah, dan bahawa senya Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah. Ingatlah wahai SAYA Bin IBU SAYA, apabila datang kepada kamu 2 orang malaikat sebagai wakil Tuhan yang menemui kamu, iaitu Mungkar dan Nakir, maka janganlah berasa gentar dan takut, janganlah kamu berdukacita dan risau serta janganlah kamu susah-hati dan terkejut. Ketahuilah wahai SAYA Bin IBUSAYA bahawasanya Mungkar dan Nakir itu hamba Allah Taala, sebagaimana kamu juga hamba Allah Taala. Apabila mereka menyuruh kamu duduk, mereka juga akan menyoal kamu. Mereka berkata:

Siapakah Tuhan kamu?
Siapakah Nabi kamu?
Apakah agama kamu?
Apakah kiblat kamu?
Siapakah saudara kamu?
Apakah pegangan iktikad kamu?
Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?

Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka dengan cermat dan sehabis-habis terang, tepat dan betul. Janganlah berasa gementar, janganlah cuak dan janganlah bergopoh-gapah, biarlah tenang dan berhati-hati. Hendaklah kamu jawab begini:

Allah Taala Tuhanku, Muhammad nabiku, Islam agamaku, kitab suci Al-Quran ikutanku, Baitullah itu kiblatku,malahan solah lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku. Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku, bahkan dari masa hidup hingga aku mati aku mengucap: "La ila ha illallah Muhammad dur rasulullah".

Wahai SAYA Bin IBU SAYA tetapkanlah hatimu, inilah dia suatu dugaan yang paling besar. Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal di dalam alam Barzakh, sehingga sampai satu masa kelak, kamu akan dibangunkan semula untuk berkumpul di Padang Mahsyar. Insaflah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawa senya mati ini adalah benar, soalan malaikat Mungkar dan Nakir di dalam kubur ini adalah benar, bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar, berkumpul dan berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar, dihisab dan dikira segala amalan kamu adalah benar, minum di kolam air nabi adalah benar, ada syurga dan neraka adalah benar. Bahawa senya hari Kiamat tetap akan adanya, begitu juga Tuhan yang maha berkuasa akan membangkitkan semula orang-orang yang di dalam kubur. Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah dan selamat tinggal kami disisi Allah Taala. Semoga Tuhan akan memberi sejahtera kepada kamu. Tuhan jua yang menetapkan hati kamu. Kami sekalian berdoa mudah-mudahan Allah Taala menjinakkan hati kamu yang liar, dan Allah menaruh belas kasihan kepada kamu yang berdagang seorang diri di dalam kubur ini. Mudah-mudahan Tuhan akan memberi keampunan dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala amal kebajikan kamu. Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon kepada Mu supaya tidak disiksa mayat ini dengan kemegahan penghulu kami Muhammad SAW. Subhana rabbika rabbil izati amma ya sifun wassallamu alal mursalinwalham dulillahi rabbil alamin. Al-Fatihah.. Setiap yang bernafas, Pasti akan Mati - "Kullu nafsin za iqatul maut" Firman Allah swt, "Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar berada di dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, yang ingat-mengingati supaya mentaati kebenaran, dan yang ingat-mengingati dengan kesabaran." Surah Al-A'sr Dari Abdullah bin 'Amr R.A, Rasulullah S.A.W bersabda: "Sampaikanlah pesanku walaupunpun satu ayat... " *"jika tidak dapat apa yang kita suka... belajarlah utk menyukai apa yang kita dapat..

Tuesday, December 2, 2008

1- sila la baca

Semua manusia ada membuat kesilapan termasuk la dengan diri aku yang hina ini, biasanya manusia ni x pernah sedar apa yang dia buat sebab terpengaruh dengan dek nafsu, teringat satu cerita pasal nafsu ini susah benar nafsu nak tunduk pada ALLAH sehingga la kali yang ke 3 klau tak silap baru la nafsu tunduk pada perintah ALLAH, biasanya nafsu kitayang membuatkan kita terjerumus untuk membuat kejahatan sebab kita leka, bab orang cakap yang senang itu la susah sangat orang nak buat contohnya solat la, bukan susah sangat pun nak buat kalau solat, tak ada la ambik masa sampai satu jam pun, kalau benda yang susah tuh senang sangat nak dibuatnya , ni la namanya manusia kan, dengan namanya manusia ini la macam-macam perangai kadang2 baik, dan kadang2 kurang baik( jahat la ) dan juga kadang2 manusia ni suka hipokrit( suka berlakon) . Manusia ini lahirkan sama sahaja, kalau kita faham,kita dijadikan dari setitik air mani, kemudiannya membentuk segumpul darah, kemudiannya membentuk seketul daging, pembentukan tulang dan seterusnya sehinggalah kita dilahirkan didunia ini kan, terfikirkah kita bertapa unik nya proses kelahiran kita , dan bertapa besarnya kekuasaan ALLAH S.W.T. Bab kata pepatah, bayi dilahirkan seperti kain putih yang bersih, yang mencorokkan nya adalah ibu bapa. Maka terpulang lah pada ibu bapa untuk mencorakkan samada untuk menjadi baik dan sebaliknya kan. Berbalik pada persoalan tadi kenapa manusia hari ini terlalu mengikut nafsu, nak salahkan ibu bapa tak boleh jugak, kadang2 mak abah kita dah bagi secukupnya ilmu, tetapi yang jadi masalahnya adalah diri kita juga kan, da memang salah kita 100% , sebab orang lain hanya boleh menjadi pendorong kita sahaja, nak salahkan persekitaran? kenapa kita memilih persekitaran yang sebegitu?, nak salahkan kawan? kenapa kita pilih kawan yang begitu? so memang salah kita, jangan ego sangat dengan hanya nak menyalahkan diri orang lain sahaja kan, pernah tak kita dengar lagu dari raihan, iman tak dapat dijual beli, iman tiada ditepian pantai, so memang iman kita lemah, sebab tuh la kita sering lalai dengan ikutan nasfu kita kan, apa yang penting kita kuatan iman, tingkat kan prestasi. Moga-moga kita menjadi insan yang boleh membuat orang lain kearah kebaikkan..insyallah

kEnaNGAn sEMiNAr sOFwarE eNGInEERiNG




Tetiba teringat kenangan semasa pergi seminar Sofware engineering kat hotel mane entah lupa la, tp kat melaka la. Kitaorang(ngan kawan-kawan) malas nak pergi seminar tuh sebenar nya sebab time tuh banyak projek yang belum disiapkan lagi, so seminar ni kitaorang pergi atas paksa la jugak, sebab untuk kos aku memang wajib pergi dan ada 2-3 kos lagi yang memang kene pergi lah, kalau kitaorg tak pergi kene potong markah, mana boleh beb nak tambah markah so kene la kitaorang pergi. Bas disediakan pada jam 7.15 pagi, bab bangun pagi la ni yang malas skit, nak-nak ari minggu kan, lene dek tido la jawab nya, macam gitu la nampak gaya nya kan, kitaorang bangun da la lewat, orang first bangun da kul 6.45, bilik air da la satu, so kene la mandi dalam 5 minit sorang, time aku mandi da kul 6.55, jadi aku mandi kerbau la(lebih kurang mandi lembu la) passtu siap2 mandi siap2 la nak pergi hotel kan kene la pakai lawa2, nasib baik semua baju kitaorg da gosok dari malam lagi, tak ada la kelam kabut sangat, walaupun serabut gak la pagi tuh. Lepas semua dah siap sama2 la nak pergi kat bas yang tunggu, tengok semua orang dah tak ada, memang comfim terlepas bas, dah la nak pergi hotel tuh kitaorang tak tau, dalam kabut2 tuh aini pun teringat la kat kawan yang kitaorang, aini call orang tuh dan tanya bas lalu tak kat belakang hostel kitaorang, nasib baik la bas belum terlepas dari hostel kitaorang lagi, alhamdulilah. kami pun berkejar2 ke belakang hostel, nasib baik la bas lalu kat situ kalau tak, tak tahu la kami kan..so masa seminar tuh plak dia cakap la pasal ERP dan SAP, kami pun dengar jer la apa yang dicakap kan walaupun aku tak paham mane apa yang disampaikan(ngantuk masa tuh, tak cukup tido) sempat la jugak ambik gambar dengan henset aini, sebab aku pakai henset murah je, me kasih aini sebab tolong ambik gambar aku masa time tuh sebab pagi tuh nak cepat2 terlupa bawa kamera. Ni la gambar kenangan semasa seminar tuh. ni gambar aini, hanim..gambar aku tiada...harap maklum..heheh :)

Monday, December 1, 2008

GaMBar LaGI




ni gambar yang akak aku tolong editkan(kak zura)..me kasih erk sebab editkan gambar ni..comei tul gambar yang kak ura editkan ni... cayang kamu..muahs