Tuesday, October 23, 2012

Pesanan buat pasangan sudah berkahwin dan yang bakal Berkahwin

Assalamualaikum...Tadi duk baca-baca article terjumpa pasal article sedikit Pesanan dan juga peringatan buat pasangan yang sudah berkahwin atau yang bakal berkahwin..

-Asal kepada perkahwinan adalah untuk kekal dan bukan bercerai
-cinta itu tidak salah tapi fitrah, cuma bagaimana kita menyalurkannya.
-Janganlah letakkan harapan dan impian yang terlalu tinggi sebelum berkahwin kerana takut realiti perkahwinan tidak seperti yang diharapkan.
-Kita janganlah cinta kepada orang yang belum tentu kita kahwini, tetapi cintalah kepada orang yang kita kahwin.
-Walau berlaku masalah dalam rumahtangga, bersabarlah.Kerana, Allah menilai setiap sesuatu,apa sahaja kebaikan yang kita lakukan tidak sia-sia.
-Manusia tidak sempurna,sebab itu kita jangan letakkan manusia sebagai harapan.Sebaliknya, letakkanlah harapan kepada Allah kerana hanya Dia tempat sebaik-baik pertolongan dan harapan.
-Bila kita melakukan kebaikan kerana Allah,insyaAllah mampu bawa keluarga kita ke syurga.
-Jika kita menghadapi masalah, (SABAR), jika dapat nikmat (SYUKUR

-Ustazah Noraslina Jusin-

Sunday, October 14, 2012

Kesabaran Ada Kemanisan

Assalamualaikum. Kesabaran ada kemanisan, macam sweet je kata-kata ni kan, yer betul-betul aku setuju la dengan kata-kata sahabat aku ni memang setiap kesabaran itu pasti akan ada kemanisan di akhirnya...manis yang dimaksud kan macam mana tuh?? urmm... manis macam gula tak best sangat, tak boleh nak telan plak kan, urmm..macam coklat la..urmm..sedap..begitu lah dengan setiap kesabaran insyaAllah pasti ada kemanisannya, pasti ada hikmahnyakan..dan pasti ada ganjaran bukan, ingat tak kata-kata hikmah ni kadang-kadang  ALLAH hilangkan matahari, kemudian DIA datangkan guruh, puas kita menangis mencari  mana matahari kita, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita Pelangi yang Indah..Setiap kesabaran pasti ada kemanisan :)

Friday, October 12, 2012

Sahabat...

Carilah ramai sahabat kerana Allah taala,
Bukan kerana kepentingan dunia sahaja kerana jika sahabat anda itu tidak lagi mempunyai apa2, engkau akan menjauhinya..

Alangkah beruntung org yg mempunyai ramai sahabat kerana Allah taala, kerana mendapat limpahan doa dari sahabat2nya..

Jika bersahabat kerana Allah, pastinya kita sayangkan sahabat kita dan tidak ingin mereka masuk ke neraka Allah.. Kita akan sedaya upaya menariknya ke arah kebaikan dan menegur sebarang kesilapan dgn penuh kasih sayang... Indahnya erti persahabatan yg sebenar :)

Jom perbetulkan niat kita dalam bersahabat..

Thursday, October 11, 2012

Mukjizatnya Azan


Pesanan  Semasa Mendengar Azan... 

Kematian itu pasti  menjelma.  Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui. Cuba kita amati. Mengapa  kebanyakan orang yang nazak, hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa....  lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan 'sakaratul  maut'. 

Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: "Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya. "Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri,  jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang. 

Sebagai orang  beragama Islam kita wajib menghormati azan. Banyak fadhilatnya. Jika lagu  kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri. Mengapa ketika azan  kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas sesiapa yang  berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak. 

Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita tidak dapat mengucap kalimah  "Lailahaillallah.." yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan  kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan syurga untuk mereka. 

Dari itu marilah  kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut.

"Ya Allah! Anugerahkanlah kematian  kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah  "Lailahaillallah.." semasa sakaratul maut menghampiri kami.  
Amin ..amin..amin  Yarobbal a'lamin.." 

WASIAT NABI MUHAMMAD  S.A.W.  kepada SAIDINA ALI R.A.;
Wahai Ali, bagi orang 'ALIM itu ada 3  tanda2nya:
1)   Jujur dalam berkata-kata.
2)    Menjauhi segala yg haram.
3)   Merendahkan diri. 


Wahai Ali, bagi  orang yg JUJUR itu ada 3 tanda2nya: 
1)    Merahsiakan  ibadahnya. 
2)    Merahsiakan  sedekahnya. 
3)    Merahsiakan ujian yg  menimpanya. 


Wahai Ali, bagi org yg TAKWA itu ada 3  tanda2nya: 
1)    Takut berlaku dusta dan  keji. 
2)    Menjauhi kejahatan. 
3)     Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman. 


Wahai Ali,  bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda2nya:
1)     Mengawasi  dirinya. 
2)     Menghisab  dirinya. 
3)     Memperbanyakkan ibadah kepada Allah  s.w.t. 

Wang RM50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid,

tetapi begitu kecil bila kita bawa ke supermarket. 45 minit terasa terlalu
lama untuk berzikir tapi betapa pendeknya waktu itu untuk pertandingan
bola sepak. Semua insan ingin memasuki syurga tetapi tidak ramai yang
berfikir dan berbicara tentang bagaimana untuk memasukinya

Wednesday, October 10, 2012

Kemanisan Yang Hilang

Orang cakap jangan minum manis...nanti kene kencing manis, tapi lebihkan manis dalam senyuman itu bagus..hehe..teringat aku masa dulu-dulu time belajar,  selalu order air di  cafe, dan aku akan pesan kurang manis..dan dia akan cakap lebihkan manis dalam senyuman kurangkan manis dalam minuman....ok-ok bukan bab tu yang aku nak huraikan..huhu apa plak duk melalut-lalut nih..heheh ok berbalik kepada kemanisan yang hilang ni..kita dah tengok macam-macam rancangan dah, dah dengar macam-macam ceramah, bab agama, namun kadang-kadang  perangai kita masih sama.Ramai orang dah tegur, tapi perangai kita tak berubah jugak kan, masih di takuk lama  jugak kan....jum sama-sama kita mohon kepada Allah supaya memberi kefahaman kepada kita..ramai orang belaja..tapi tak beramal, ramai yang dengar dan beramal tapi  susah nak sampaikan kepada orang lain..jum sama-sama kita kekalkan kemanisan beribadat dalam diri kita..jangan sampai kemanisan dalam hati kita hilang. sebab apa hilang? sebab kita selalu  duk perlekehkan kepada orang yang pergi ke majlis ilmu, pandang buruk pada orang, selalu tinggi diri, bongkak, sombong, buruk sangka dan sebagainya. Ada juga orang beribadat kerana orang, sebab apa? sebab nak dapat pujian dari orang..jangan sampai kemanisan iman  kita di tarik, semoga hati kita sentiasa dapat kemanisanya..mana hilangnya kasih ihsan kepada ibu bapanya kita..mencintai sesiapa yang menyukai pertemuan dengan allah maka allah menyukai pertemuan dengannya..hubungan kita dengan orang? cuba kita pikir-pikirkan...

Monday, October 8, 2012

Meegi Ketam

Assalamualaikum...entry tah apa-apa kan, tetiba je mee ketam. Hari sabtu baru ni berkesempatan makan meegi ketam, biasanyer pernah dengar cerita orang dan tengok gambar orang makan je, Thanks kepada yang belanja..Jum ikuti resepi yang tak berapa nak resepi sangat ..hehe  senang je kot nak membuatnyer, pergi pasar or kat mane-mana yang jual ketam ni, then beli...ok..meh aku ajar cara aku plak( macam la pandai masak sangat) huhuk semua orang ada skills masing-masing kan..huhu terpulang bagaimana anda nak menghidangkannyer...cara aku mudah je.. Bagi air mendidih dulu, kalau tak nak bagi pon tak apa, masuk je ketam tu dalam periuk korang., Masukkan seafood korang nak letak apa lagi selain ketam tu, nak masukkan udang ke, sotong ke, lala ke, tapi kat umah aku tak der lala, so aku abaikaan je ..letak perencah meegi yang korang nak makan, perencah kari ke, ayam ke, tomyam ke, perencah sendiri ke semuanyer terpulang pada kesukaan masing-masing, tidak ada paksaan wokeh.., hari tu aku buat dengan meegi tonyam ruski..sedap...huhuk susah la orang yang perasan dia masak sedap ni..huhu  memang la sedap sebab guna perencah dia la makcik oii..hehehe aku tolong masak je..benda dah ada so add on..add on je la..chewah main add on2 konon...masukkan sayur, aku memang suka sayur, so siapa yang tak suke sayur tak payah la letak, kan senang..jangan masak lama sangat, hilang sayur punya khasiat kot, entah lupa orang panggil apa..huhu last sekali masukkan meggi..x yah lama sangat, sebab nanti meegi jadi kembang..agak-agak ok da boleh masukkan kedalam bekas..dan makan dengan dimulakan bismillah...siap...senang kan.:)