Tuesday, June 19, 2012

Tazkirah

‎~Mencintailah (sesuatu) kerana Allah Yang Esa, Membencilah (sesuatu) pun kerana Allah,Memberi kerana Allah dan Menolak pun kerana Allah..Maka itu dia telah mencapai kesempurnaan Iman.( Al Hadis).

Lelaki Dan Bola

Assalamualaikum...Lelaki dan bola?? hoho apa la yang aku duk merapu-meraban malam-malam nih, aku pon tak tahu..disebabkan sekarang ramai yang demam euro 2012, aku agak la yang kaki-kaki bola, tak kira lelaki atau perempuan duk sokong team bola yang mereka suka..Aku?? aku suke tengok berita je, kat part top 5 menjaringkan bola tercantik, tuh la paling part yang aku suke...ok abaikan sekejap wokeh, kembali ke tajuk asal lelaki dan bola..Kenkadang ada  yang excited tengok je, main bola..memang orang cakap tak akan lah..hehehe kenkadang ramai yang duk pandai complain je lebih, itu..ini..itu ..ini...n bla...bla. bila suruh pergi main..huh... dasyat, dasyat memang dasyat, sebab memang tak reti langsung..huhu sebab yang bergerak mulutnya, bukan kakinya,,ada jugak yang duk suke menjerit, padahal bola tuh bukan nak masuk gol pon, dia menjerit mai aiii, habis 40 jiran duk dengar..ok-ok..stop sampai situ lah..even kita suke sesuatu sukan tuh, tapi satu jangan lupa, time kita dengan pencipta kita, ni asyik sangat dengan bola, seruan pon boleh buat endah tak endah je kan....kenkadang orang boleh berjaga 2-3 pagi kerana bola, kenapa tidak kita berjaga 2-3 pagi menghadap pencipta yang mencipta kita, tengok bola ke, minat bola ke, main bola ke memang  tak salah, selagi kene caranya kan...peringatan untuk diri ini yang sering lupa ...

Friday, June 15, 2012

Saturday, June 9, 2012

"Cukuplah Allah Sebagai Penolong Kami dan Dia Adalah Sebaik-baik Pelindung"

     




"Cukuplah Allah Sebagai Penolong Kami dan Dia Adalah Sebaik-baik Pelindung"

Kita sebagai hambanya perlu 100% yakin yang Allah sentiasa membantu kita walau dalam keadaan susah yang amat sangat sekalipun. Yakin yang Allah Maha Memberi Pertolongan, Maha Melindung dan Maha Mengasihi para hambanya... SubhanAllah. 

Allah sentiasa ada bersama kita saat susah dan senang. akan tetapi, adakah kita ingat akan Allah saat kita susah dan senang?? tepuk dada tanya iman~

Apapun, kita memang beruntung.

"Untunglah ade Allah" :') - warnahidupku -

Wanita Terbaik

Daripada Anas bin Malik r.a bahawa beliau mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: "Cukuplah bagimu empat wanita terbaik di dunia iaitu Maryam bt Imran, Siti Khadijah bt Khuwailid, Fatimah bt Muhammad dan Asiah, isteri Fir'aun" 
-
(Hadith Riwayat Ahmad, Abdurrazaq, Tirmidzi, Ibnu Hibban dan Hakim

Friday, June 8, 2012

Jalan-jalan Di Putrajaya

Assalamualaikum jom jalan-jalan cuti sekolah,  jalan-jalan ke mana plak kali nih?? huhuhuk jalan-jalan cari makan ke.....Putrajaya ..apa yang best ehh? yang aku tahu Masjid Putrajaya, Dataran yang tukar-tukar color, Nasi Arab Saba kat Cyberjaya..Alamanda, Tasik Putrajaya..Pasar Malam, macam Terengganu tak ada pasar malam je..hoho..bukan tak ada, cuma kat pasar malam Di Terengganu tak ada puyoh goreng +  laksa peneng tanpa belacan kot namanya...heheh  dan satu lagi tempat makan ape ehh... tapi .tempatnya dalam garden..lupa la..google sendiri la lagi senang.. budak sekolah cuti, aku yang lebih-lebih yang cuti..sempat merajuk dengan abah... mana tak merajuknya ingat Ahad Balik..rupanya Isnin...Up lagi cuti satu hari ...hoho..

Tempat ni di Bahau, Negeri Sembilan cantikkan ciptaan Allah, Hijau... Tempat ni mmg betul-betul hujung...kalau aku cakap hujung apa ehh, karang cakap hujung dunia orang pertikaikan plak..hujung yang sangat hujung...hehehe aku rasa setakat ni da 3 tempat yang aku pergi aku rasa duk di hujung-hujung tempat 
1. Perlis iaitu Wang Kelian, yang abah aku cakap jalannya O, aku cakap S
2. Bahau , Kelab Goft Era kot, x sure plak,sebab tak ambik part sangat..  
3. Melaka, Utem -  tempat aku belaja la tuh..hoho



Setelah penat duk dalam kereta..:)


Alisya tengah memikirkan sesuatu, jangan panggil budak gemuk, nanti dia mengamuk :)



Jum jalan-jalan di KL, kalau suruh berposing...on aje :)

Tengah tunggu apa ehh, LRT kot, ..jum berlakon kejap :)



3 Beradik..


Aikk apesal plak novel ni tetiba...hoho sebenarnyer hadiah dari kawan mak.. lama dah tak baca novel-novel ni..Urmm..orang bagi hadiah, baca je lah ....ALLAH tidak meninggalkan kita walau sedetik, hanya kita sering melupai-NYA :)