Sunday, October 30, 2011

Melaka Lagi

Assalamualaiku, naper la tajuk melaka, asyik-asyik melaka, tapi tajuk entry yang ni Melaka Lagi, banyak syok ohh, cuti lama-lama, mana taknya,cuti kan memang la syok, tul ker tidak? betul la kan? kalau yang jawab tak tu, mungkin ada masalah dalaman la kot..Ok stop situ sekejap, apa yang aku bebelkan ni? sekadar berkongsi rasa suka, gembira, happy, warg....berapa banyak perkataan, tapi makna yang sama :P sangat seronok berjumpa dengan sahabat-sahabat, seyes sangat happy berjumpa dengan korang, warg...semakin bergaya ,semakin cantik, semakin comel, apa lagi ehh semakin? apa-apa yang semakin la..yang penting korang happening :P tak pening suda, tapi tak banyak sangat aktiviti yang kita buat kan?, kejap je masa berlalu, seyes petang khamis jumpa korang, siap-siap kita pergi U kita, ambik apa yang patut,makan malam bersama-sama chewah ala2 romantik gitu, passtu balik homestay, gelak-gelak, cakap-cakap, then tido, esokkanya bangun pagi, gosok gigi, gosok gigi sekarang, nyayi la plak, kita pergi majlis raptai, abis tengah hari makan tengah hari bersama, then mintak tolong kak amni bawakan ke jusco baru cari kasut :P bukan baru cari wokeh, dah ada kasutnya, tapi takut tak lepas plak, then abis cari kasut pergi majlis Hi Tea, lama tak jumpa kawan-kawan, lecture-lecture rasa segan pun ada, mungkin dulu duk hoii, hoii, sekarang da segan la plak nak hoii, hoii, da besar kan, dah leh kawin da, sebabnya da abis belaja kan :) warg tetiba maksud bab kahwin plak ni apa hal? ok-ok stop bab kahwin ,sambung bab tadi, ramai juga yang datang Hi Tea tuh, tapi tak adalah seramai beribu-ribu , nak capai ratus, rasayanya tak kot, bertegur sapa la jugak, paling kuat pun senyum, senyum kan sedekah yang tak berbayar, paling kuat pon tunduk, buat-buat tak nampak :P bila duk citer bab buat-buat tak nampak ni, ada sorang lecture bergelar Prof, dah abis pusing da, nak buat-buat tak nampak, tetiba dia tego macam kenal? huh, terus jawab yer la Prof memang la Prof kenal kami, Anak didik Prof kan, malu rasanya seyes!! sampaikan dia cakap kalau tak silap macam ni la gamaknya "yer la kita yang kene tego", hohoho maaf Prof ingatkan Prof dah lupa kami, bukan tak nak tego, cuma segan sebab dah lama tak berjumpa, plak tuh tak berkesempatan la Prof, macam la prof dengar aku duk luah kat sini kan :) biar ahh..passtu petang tu, lepas abis selesai Hi Tea, kami bergambar di A Famosa, ala dekat bandar hilir tu, tapi tak cukup korom(geng), malam tuh, lepak dengan family, sian plak , jauh datang, tetiba tak leh lepak ngan family, walaupun masih rindu kat kawan-kawan, tapi tak apa lah, next time insyaAllah, jika ada jodoh kita bertemu lagi...insyaAllah...

Thursday, October 27, 2011

Melaka

Melaka memang best, chewah tetiba aje puji melaka ni ada apa hal ehh? yer la melaka kan bandar bersejarah, dan salah satu tempat aku menuntut ilmu, so kene puji la erk? kembang la orang melaka puji lebih-lebih negerinya..ok abaikan ak nak cerita pasal aku pergi melaka, dah berapa kali pergi melaka baru nak citer pasal melaka ker bro? yer tak ya jugak, duk melaka 2 tahun tak kan benda yang sama jugak? ok2, dah lama da tak pergi melaka, nih aku nak citer lain la, aku naik bas jam 12 lebih kot, nak kul 1 juga la dari kerteh, sepanjang naik bas tuh, hujan, lagi la lena, sampai-sampai dah kat melaka centre da, samapai aje sane, tak tahu nak ditujunya sebab awal pagi kot, dalam 4 lebih, pakcik-pakcik teksi duk suruh naik teksinya, takut juga pagi-pagi hari, dah la perempuan, macam-macam dipikirkan dalam kepala, ambik keputusan lepak la dulu kat luar centre ni, ada orang daripada tak ada orang lagi la takut, jam da masuk 6 pagi,ramai da orang lalu lalang ke surau, ambik keputusan bergerak ke surau, masuk dalam surau tengok 2 orang tengah tido, ambik wuduk macam biasa kene tunaikan tanggungjawab sebagai muslim, usai solat, menenangkan fikiran sekejap, lepas tuh disapa oleh kaum sejinis ku, tapi lain perwatakkannya, agak terkejut kerana.....kerana dia menyuruhku ajarnya solat, niat aku pada masa tuh satu je, aku buat kerana allah, lantas aku mengajarnya mengambil wuduk, selepas ambil wuduk, aku menyuruhnya pakai kain telekung, pada masa yang sama dia teragak2 untuk memakainya, boleh lagi dia tanya aku, kalau saya tak nak pakai ni tak boleh ker, aku cuma cakap kita wajib tutup aurat kita, mane boleh dalam keadaan macam tuh dia tak nak tutup aurat, aku bukannya pandai sangat bab-bab mengajar orang ni, sekadar tolong apa yang patut boleh la, aku cakap kt dia, mula2 mesti la berdiri kan, passtu niat, tak pandai dalam bahasa arab, baca bahasa melayu jek la dalam hati, then dia solat, masa rukuk tuh boleh plak berpusing pada aku, dia cakap nak baca al fatihah, aku cakap tak boleh, benda rukun mmg kene baca bacaannya, dia cakap da malas solat, erm..terpikir kejap, tak apa la, aku menawarkan untuk dia mengikutku untuk membaca, bacaan dalam solat, dia cakap dia tak nak,dan dia cakap lagi dia tak pernah tahu nak solat macam mana, aku nasihatkannya untuk membeli buku cara untuk solat, kat kedai kan banyak, hanya diri kita mampu mengubahnya, orang lain hanya pendorong sahaja tapi dah alang-alang berdakwah, aku tegor dia, tutup lah auratnya,(aku bukan sempurna sangat) cuma ingat menginati sama manusia, dan sesama islam, sesama jentina, sebab di neraka kelak begitu ramai perempuan di neraka..hanya disebabkan benda-benda yang kecil macam ni la, salah satunnyer aurat,

Alhamdulilah

Assalamualaikum, lama rasanya blog tak berupdate,file sijil-sijil aku tetiba hilang di pandangan mata, habis di selongkar, tak jumpa-jumpa, mak, abah tolong pon sama-sama tolong carikan file sijil-sijil aku, sampai satu tahap, aku cakap kat mak dan abah, aku redha sekiranya file tersebut hilang dari pandangan mata, mungkin ini dugaan yang kecil mak, setakat file untuk sijil-sijil apalah sangat, ayat tersebut untuk naikkan semangat yang tetiba-tiba down, agak down masa tuh, sampai satu tahap aku dah malas cari, mana nak fikir nak pergi melaka lagi, akhirnya aku ambik keputusan balik dari melaka, insyaAllah ada la tuh,tapi  masih yakin file tersebut tidak hilang,cuma pandangan mata ku tertutup sekajap untuk melihatnya, balik dari melaka, aku cakap kat anak buah aku tolong carikan file cik teh yang hilang, budak 5-4 tahun mana la tahu file yang mana satu, abis buku dia tunjukkan pada ku, tapi semuanya bukan, sebab itu adalah  buku, bukan file, akhirnya mak aku juga tolong carikan, terkejut aku anak buah aku adriana tunjukkan file tersebut pada ku, ya allah alhamdulilah, aku bersyukur, mungkin allah hilangkan sekejap pada pandangan mata ku, ujian yang kecil, kehilangan yang kecil...