Monday, April 30, 2012

Jangan Cari Masalah Sebelum Timbul Masalah

Assalamualaikum..apa yang aku nak berpot pet..pot pet ni, Jangan cari masalah sebelum timbul masalah, boleh ke ayat aku macam tuh, boleh la kan sikit2..haishh camner nak mulakan ni yer,urm.. urm..  macam mane nak cari masalah kalau dah masalah timbul terlebih dahulu, huh..so elakkan la, tuh pun nak bagi tau ker? macam mana nak elakkan pula, dah kamu yang mulakan, so sattle la sendiri macam mane sekalipun, tapi bila  adab berkawan, bersahabat, tak kan nak biarkan masalahnya sendiri  atau menyerabutkan masalahnya lagi....ingat satu perkara membantu orang lain dalam kebahagian agar mendapat harumnya kebahagian darinya, jika kita tidak bersedia menghadapi masalah, jangan berani mengambil masalah....karang bila dah ada masalah, huh, sakit kepala untuk memikirnya....Ingat Allah tidak akan membeban umatnya, melampaui kebatasannya, Allah menguji umatnya, nak tengok umatnya ini mampu atau tidak melalui ujian Allah..so bila ada masalah, ada musibah jangan rasa terbeban, ingat Allah, Allah sentiasa bersama kita, kasih sayang Allah melangit tinggi, La tahzan sahabat..mulakan hari-hari esok dengan senyuman.

Sunday, April 29, 2012

Hampir Tergadai Iman Kerana 20 sen

Assalamualaikum, baru ni  aku ada post kat FB UIA berkenaan :

Assalamualaikum ustaz, nk tanya se soalan, baru ni ada beli set periuk 3 kotok, pastu balik kat umah, tgk2 dalam setiap kotok tu ada 2 set, jadi lebihnya 3set la..gane tuh ustaz yg lebihnya. g antr balik ke guane?

Then tetiba ada sorang sahabat aku suruh baca cerita dibawah ni, yang bertajuk hampir tergadai iman kerana 20 sen , sebab katanya macam ada kene mengene..

Hampir Tergadai Iman Kerana 20 sen


Beberapa tahun dahulu, ada seorang Imam yang berasal dari Thailand telah dipanggil ke Malaysia untuk menjadi Imam tetap di sebuah masjid di Malaysia.
Telah menjadi kebiasaan Imam tersebut selalu menaiki bas untuk pergi ke masjid.

Pada suatu hari, selepas Imam tersebut membayar tambang dan duduk di dalam bas, dia tersedar yang pemandu bas tersebut telah memulangkan wang baki yang lebih daripada yang sepatutnya sebanyak 20 sen.

Sepanjang perjalanan Imam tersebut memikirkan tentang wang 20 sen tersebut.
"Perlukah aku memulangkan 20 sen ni?", Imam tersebut bertanya kepada dirinya.
"Ah... syarikat bas ni dah kaya... setakat 20 sen ni.. nak beli tosei pun tak cukup", kata Imam tersebut.

Apabila tiba di hadapan masjid, Imam tersebut menekan loceng dan bas tersebut pun berhenti. Ketika Imam tersebut ingin turun sahaja daripada bas, tiba-tiba seakan-akan dirinya secara automatik berhenti dan berpaling ke arah pemandu bas tersebut sambil memulangkan wang 20 sen tersebut. "Tadi kamu beri saya wang baki terlebih 20 sen", kata Imam tersebut kepada pemandu bas tersebut.

"Owh... terima kasih! Kenapa awak pulangkan 20 sen ni.. kan sedikit je nilainya", pemandu bas tersebut berkata. Imam tersebut menjawab, "Wang tersebut bukan milik saya, sebagai seorang muslim saya wajib berlaku jujur".

Pemandu bas tersebut tersenyum, dan berkata, "Sebenarnya saya sengaja memberi wang baki yang lebih sebanyak 20 sen ni, saya nak uji kejujuran kamu wahai Imam.
Saya sudah berkali-kali berfikir untuk memeluk Islam".

Imam tersebut turun dari bas dan seluruh jasadnya menggigil dan kesejukan. Imam tersebut berdoa sambil menadah tangan, "Astaghfirullah!!!, Ampunkan daku Ya Allah... Aku hampir-hampir menjual harga sebuah Iman dengan 20 sen!!!.

Sahabat-sahabatku sekalian... Apa yang anda dapat daripada peristiwa di atas? Ingatlah.. kita mungkin tidak melihat dan tahu kesan tindakan kita terhadap orang lain. Kadang-kadang manusia akan menganggap kita sebagai tingkap untuk melihat ke dalam dunia Islam... Sesungguhnya pada diri Rasulullah s.a.w. itu terdapat contoh teladan yang baik.

"DUNIA sebagai ALAT AKHIRAT sebagai MATLAMAT"

Thursday, April 26, 2012

Angkara Kueh Tidur ku Terganggu

Assalamualaikum, apa topik yang nak cerita ya? oooo Angkara kueh Tidur terganggu, mahu tak terganggu  hari selasa 24 April, tidur pun kul 2 pagi, bangun kul 5? mak aii berapa jam beno tidurnya ni? dek tempahan orang terpaksa bangun awal, tempahan apa? tempahan nasi ayam la..pandai ke masak? hahah bukan saya yang buat, saya tolong  tengok aje..hehe lepas siap2 orang ambik tempahan, bermulanya buat apam polkadot, ala apam comel-comel tuh, ni satu lagi aku main sanggup je untuk 500 biji order, pakcking macam guddies tuh untuk 200 packing, kakitangan tak cukup, cuma ada kaki dan tangan ni la yang allah bagi, syukur alhamdulillah sempat juga menyiapkan tempahan event tidur ku agak terganggu..Abah cakap production slow, hehe mane tak production slow, kalau cuma 2 orang je yang berkerja..hehe sapa lagi kalau bukan aku dengan mak ..hehe tak cukup sangat kakitangan, aku import orang..heheh sapakah? abah, abang dengan adik..hehehe paksa diaorang..cara itulah paling berkesan sekali, hehehe tak adalah bukan paksaan pon rela dalam paksa kot..heheee alhamdulilah bila abah, abang ngan adik nak tolong, production aku bertambah laju..hehehe kalau diaorang x tolong agak2nya kul 3.am tak siap lagi gamaknya..Lepas ni abang aku cakap kene lesson learn, buat dari pagi bukan main ambik tempahan aje :)

Friday, April 20, 2012

Bila Rezeki Itu Bukan Hak Kita

Syukur Alhamdulillah, Allah berikan saya kudrat lagi untuk membebel di blog  ini. Apa yang nak diceritakan yer, tajuknya mcam di ataslah, bila bukan rezeki itu, bukan hak kita, macam mane sekalipun memang bukan hak kita, alkisahnya macam ni, aku nak beli udang, sanggup lintas jalan ni semangat punya pasal nak beli udang, sampai sane aku tanya la pakcik yang jual tu, kebetulan duit aku bawa RM 50, pakcik tu cakap RM 55, aku cakap aku nak beli, cuma RM 5 lagi, nanti sampai kat kereta aku bagi, pakcik tu cakap nanti dia akan hantar udang tu kat kereta, masa aku tengah2  nak lintas jalan ke kereta, aku tengok la ada satu BMW behenti, betul-betul gerai pakcik tuh, tapi aku buat-buat tak tahu je, sebab aku kan da cop nak beli cuma duit je tak cukup, tunggu pakcik tu datang, sambil-sambil tuh aku tengok pakcik tu da jual kat pakcik yang naik BMW tadi, kebetulan pula pakcik tadi cakap kat aku yang tu yang last..Rasa sedih juga mula-mula, orang buat kita macam tuh kan, tapi tu bukan rezeki aku kan, sebab Allah dah tetapkan itu bukan rezeki kita. Redha sajalah. Kalau dah memang bukan rezeki kita tetap tak kan jadi milik kita..Sedangkan rezeki dah di mulut boleh terlepas :)

Thursday, April 19, 2012

Peringtan Untuk Diri Ini WALL di Facebook


Tahukah anda apa makna WALL?

Yup. . Ia bermakna DINDING. Lalu kenapa dengan dinding?

Saya lanjutkan. .

Siapakah yang membuat FB? Mark Zuckerberg seorang berbangsa YAHUDI. Apa kaitannya WALL & YAHUDI? Kaitan keduanya sangat erat.

DINDING RATAPAN.

Didinding itu mereka menangisi dosa-dosa mereka,meluahkan harapan,ratapan dan segalanya. Itulah tujuan mereka membuat FB.

Dan tanpa kita sadari, kita lebih banyak mengadu masalah diFB daripada mengadu kepada ALLAH SWT, lebih mengutamakan update status daripada shalat dan dzikir kepada ALLAH SWT.

Hati-hatilah sahabat, bisa-bisa kita nanti menjadi ''Tassyabuh'' atau menyerupai kaum lain (Yahudi). Nabi melarang dalam sabdanya:'' Barang siapa menyerupai suatu kaum, maka ia termasuk dalam golongannya."

Oleh karena itu, jangan jadikan WALL FB sebagai tempat luahan perasaan seperti mereka. Tapi jadikanlah ia sebagai tempat membagi ilmu dan nasehat kebaikan kepada umat Nabi Muhammad SAW. Walaupun hanya kepada 1 orang.

Jadikan Wall FB sebagai media untuk menyebarkan dakwah.

Jika anda belum percaya silahkan buka Google dan Search:'' Wailing Wall Of Israel ''.

Mari kita renungkan.

'' Sungguh kalian akan mengikuti langkah2 orang2 sebelum kalian
sejengkal demi sejengkal dan sehasta demi sehasta. Bahkan seandainya mereka masuk lubang biawakpun niscaya kalian ikut masuk pula kedalamnya. Para sahabat bertanya:'Siapakan mereka itu Ya Rasulullah?'. Beliau menjawab:'' Ahli Kitab (Nasrani & Yahudi). ! Siapa lagi kalau bukan mereka? " [HR. Imam Bukhari]

Jadi postkanlah kata2 hikmah/nasehat/ayat Al-Quran, Hadits,Ulama terdahulu tentang agama Islam.

Gunakan peluang Yahudi/Nasrani yang akan merusak umat Islam dengan membangunkan agama Islam melalui platform mereka.

Ini ilmu baru. Yuk kita amalkan dan dishare keteman yang lain.

Mari kita jalani kehidupan ini dengam ilmu dan iman.

Semoga Allah Ridho....
(disadur dari fb: Pendidikan Quran Habiburahman)


Insya Allah jika niatan kita baik, hasilnya pun akan baik ^_^